1.12.10

68 hari kemudian

Salam.

68 hari aku berada di bumi orang.

Dari kaca tingkap bilik...

Setelah sekian lama mendengar khabar jiran-jiran dari Edinburgh, Cardiff, Nottingham, Sheffield dan Birmingham yang mereka sedang gembira "menikmati" kerpasan salji, kini giliran kami di selatan pula merasa "sedapnya" nikmat turunnya salji.

Semasa tulisan ini disiapkan, salji rintik-rintik (wujud ke istilah ni?) menempias Gower Street, dipuput angin lintang walaupun dipaksa turun ke bumi kerana tarikan graviti.

Ya. Itu yang berlaku pada hari ini.

Isnin baru-baru ini, lepas solat Subuh. Tiba-tiba teringatkan kampung. Bukannya ayam atau itik. Tetapi keluarga di rumah. Tiba-tiba berlinangan air mata...

Ya Allah, kuatkanlah aku. Dalam genggaman aku ini suatu kepercayaan. (terdapat ayat yang tak mampu dilengkapkan)

Cuma, alih-alih ada tugasan belum disiapkan lagi. Kembalilah aku ke petak pertama.



13.11.10

Tatkala hujan...

Dalam minggu ni, hampir tiap-tiap hari hujan. Dek sistem tekanan udara rendah yang diberi nama "Carmen" oleh Institüte für Meteorologie atau dalam bahasa Inggerisnya Institute of Meteorology of the Free University of Berlin. Angin yang bertiup di luar bilik, membuatkan sejuk makin menggigit tulang, dan juga menerbangkan payung dan barang-barang jualan di luar kedai macam di Bayswater. Malam pula makin kian awal menjelang. Jam 6.10 petang sudah masuk waktu solat fardhu Isyak.

Carta tekanan udara permukaan MetOffice. Tanda "L" itu maksudnya tekanan udara rendah.

Ini buktinya fenomena ini dinamakan. Kenapa nak diberi nama? Senang dijejak. Mungkin boleh jadi sejarah, katakan ribut ini bertukar menjadi ganas dengan membadai UK dan memberi impak yang hebat. Manalah tahu kan?

Diramalkan oleh pegawai kaji cuaca di MetOffice, insya Allah cuaca baik diramalkan esok, lusa, dan tulat. Tak apa, kita tengok langit dulu sebelum keluar.




11.11.10

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Salam. Wah, bukan main lama tak kemaskini blog. Alasan popular kali ni:
  1. Merancang
  2. Beli barang
  3. Berulang-alik Kedah – Kuala Lumpur
  4. Hari Aidilfitri (kan kata orang – Ramadhan sebulan, Syawal pun sebulan)
  5. Masa dengan keluarga. Hehehe.
  6. Sibuklah sangat dengan belajar! (Alasan...!)
Pemandangan dari cermin depan bas MARA Liner laluan Alor Setar – Kuala Lumpur di (anggaran) KM 250 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Exit 141 Jelapang
Em, terlebih dahulu aku nak lafazkan kalimah Alhamdulillah, atas segala nikmat-Nya. Untuk keputusan peperiksaan A Level, alhamdulillah, mencukupi kelayakkan yang ditetapkan University College London. Terima kasih kepada guru-guru di Cempaka International School atas segala usaha memastikan pelajar-pelajar (macam aku) mendapatkan yang terbaik dalam sepanjang program A Level Cambridge ni. (*Ayat skema) Dan tak lupa kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan semua yang menghulurkan semangat dan menadah doa. Oh ya, kepada penaja, Jabatan Perkhidmatan Awam!

24 September. Selepas 12 jam dalam kapal terbang, bersama-sama 22 orang rakan seperjuangan. Alhamdulillah aku selamat tiba di bumi yang memang asing bagi aku. Aku suka berjalan-jalan tengok dunia tapi kali ni rasa lain sangat. Mungkin tindakbalas kimia . Sesampainya aku di lapangan terbang Heathrow, selepas siap segala urusan imigresen, ada senior-senior yang menanti di hujung pintu bertanda Nothing to declare. Terkejut? Terkejut...

Warga Gloucester Terrace berlapang dada menjemput di situ dan menumpangkan aku selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, terima kasih ye! Oh ya, keluar dari lapangan terbang dan masuk dalam kereta api bawah tanah, terasa hawa dingin 10 darjah Celcius. Senior-senior kata cuaca hari tu luar biasa, sebab tak sepatutnya sesejuk tu waktu-waktu ni. Hm...

Trafalgar Square. Bangunan di depan tu The National Gallery.
Tengoklah siapa yang mainkan alat gamelan tu!
Aku pun "mengambil kesempatan" berjalan-jalan sikit dalam tempoh yang sekejap tu. Tak la ke mana-mana sangat. Risau dengan kesan jetlag, katanya. Misalnya petang Jumaat tu juga ke Trafalgar Square. Ada Malaysia Night – "pasar malam" – anjuran Tourism Malaysia. Jual makanan je hampir semua gerai ni. Ada la juga gerai untuk Malaysia Airlines, Tourism Malaysia sendiri, dan mungkin kegunaan urus setia. Eh, roti canai sekeping £4, nasi berlauk daging £5! Biasalah, bukan standard UK, tapi standard gerai pameran. Eleh, gerai hari kantin pun macam tu juga, kan? Hehe.





12.8.10

Bunga api malam Ramadhan

Suatu meteor Perseid. Ehsan sumber.
Salam. Bagaimana ibadah puasa? Kepada yang dapat berpuasa penuh pada hari-hari pertama Ramadhan itu, alhamdulillah. Mudah-mudahan dapat berpuasa sampai hari ke-30 Ramadhan. Insya Allah.

Kenapa pula bunga api dalam tulisan kali ni? Bukan bunga api fizikal ye. Nak macam tu pergi beli sendiri di... pasaran gelap. Memperkenalkan sunnatullah yang lazimnya berlaku pada bulan Julai sehingga Ogos, hujan meteor Perseid (Perseids meteor shower). Oh ya, meteor itu lazimnya dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai tahi bintang. Dari segi istilah astronomi, meteor itu serpihan objek angkasa misalnya komet dan asteroid, yang memasuki atmosfera bumi pada kelajuan di antara 60000 km/j dan 240000 km/j. Subhanallah.

Masuk sedikit belakang tabir fenomena hujan meteor Perseid. Komet 109P/Swift-Tuttle yang beredar dengan bebasnya (tipu je), meninggalkan sisa-sisa berupa material komet itu sendiri. Analogi yang hampir mengena, misalnya lori sampah yang bergerak di atas jalan. Ada sisa-sisa sampah yang mungkin terjatuh. (Kalau tak ada tu, bersyukurlah sebab kita ada pengurusan sisa pepejal yang sangat mantap.) Kita yang bergerak di atas jalan tadi mungkin berselisih dengan sisa-sisa sampah tadi. Begitulah kesnya dengan planet Bumi. Planet kita juga melintasi jaluran sisa material komet tadi, dan sisa-sisa material itu tertarik masuk ke dalam Bumi sebagai meteor. Jangan risau, sememangnya material-material tu sempat "terbakar" di atmosfera Bumi dan menghasilkan hujan meteor. Insya Allah tiada sisa-sisa tadi dapat menghempap kepala anda.




11.8.10

Selamat datang ya Ramadhan

Salam. Kali ni memang lama tak menulis sebab asyik menyunting rencana di Wikipedia. Asyik sangat, sebab seronok sampai terabai pula blog ni. Insya Allah kali ni nak menulis mengenai bulan Ramadhan (Clichélah pula!). Tulisan kali ni menggambarkan bingkisan-bingkisan sang penulis terhadap dirinya sendiri. Mudah-mudahan para pembaca boleh dapat manfaat juga, insya Allah.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2: Ayat 183)






14.7.10

Pemansuhan UPSR dan PMR

Izinkan suara kecil aku memberi pendapat dalam isu ni. OK, mungkin isu ni dah lapuk sikit, sebab dah berminggu-minggu terhangat di pasaran. Mungkin dah tumbuh cendawan dan boleh dibuat kacau goreng dek laungan penyokong Andrés Iniesta Luján yang meletakkan bintang di atas jersi baru Sepanyol nanti.

Oh, terlebih dahulu, tulisan kali ni mungkin penuh dengan pendapat aku. Tapi macam biasalah, fakta yang ada akanku letakkan sumber... Dan pandangan aku ni juga bersumberkan pengalaman sikit-sikit.

Aku pun tak pasti bila isu ni timbul. Terima kasih pak cik Google, lebih kurang 20 Jun. Lumrah alam, ada pihak yang bersetuju, dan ada pihak yang tak bersetuju. Menurut artikel MalaysiaKini ini, sebab musabab keputusan ini ialah "aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya."

Hm. Ada juga betulnya, kan? Lagipun apa kegunaannya keputusan UPSR dan PMR ni, selain memantau prestasi akademik bagi sekolah rendah dan pendidikan menengah rendah, dan tiket memasuki institusi pengajian yang elit?

Sebenarnya pemansuhan peperiksaan awam ni bukan suatu isu terhangat di pasaran. Tak silap aku, masih ingat lagi Penilaian Tahap Satu? Itu juga dimansuhkan lebih kurang dalam tahun 2001. Aku malas nak Google dalam-dalam, dalam artikel Wikipedia bahasa Inggeris (Education in Malaysia) menyebut punca PTS dimansuhkan ialah atas sebab "tekanan daripada waris dan guru-guru terhadap pelajar demi mendapatkan keputusan cemerlang". Oh, untuk makluman pembaca, pelajar yang cemerlang dalam PTS layak diletakkan dalam darjah lima (melangkau darjah empat). Pendek cerita, "lompat kelas", istilah yang sangat popular dulu-dulu. Oh, aku pun dalam zaman itu juga. Alhamdulillah, aku pernah mendapat tawaran sebegitu, tapi kesabaran meneruskan darjah empat membuahkan hasil yang jauh lebih baik – semasa tingkatan satu program PPSMI dimulakan.



6.7.10

Datangkanlah kepadaku ilham...

Salam. Lama juga tak menulis. Banyak hal sebenarnya (alasan ke?... hehehe...). Antaranya...

1 - 9 Jun: Menghabiskan peperiksaan A Level
10 Jun: Jalan-jalan Kuala Lumpur I
11 Jun: Ke Kajang, menziarahi akhi Dzar-Abdullah
12 Jun: Parti perpisahan
13 Jun: Persiapan untuk kem Biro Tatanegara (BTN)
14 - 18 Jun: Kem BTN
19 Jun: Mengosongkan hostel
20 Jun: Berjalan-jalan di Sunway (Toy Story 3 sangat seronok!)
21 Jun: Mengemaskan barang
22 Jun: Jalan-jalan Kuala Lumpur II
23 Jun: Siar-siar Putrajaya
24 - 25 Jun: Cuti-cuti Melaka
26 Jun: Balik ke Kedah
27 Jun: "Menyesuaikan diri" dengan rumah

"Padat" kan? Ha... faham-fahamlah...

Oh ya, 1 Julai barulah aku melanggan Celcom Broadband. Pakej Student, hehehe. Alhamdulillah, ok je, cuma ada masalah dengan modem. Hm... pelik... pelik. Dah berhari-hari troubleshoot masalah ni, tapi tak tahu puncanya... Hm...

Aku tak tahu la nak tulis apa sebenarnya walaupun banyak isu semasa. Contohnya, pemansuhan UPSR dan SPM, kes buang anak, Piala Dunia, dan macam-macam isu lagi sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa melalui media massa. Mungkin jiwa aku nak memberontak kot, sampai-sampai je di rumah. Nak qada tidur, nak senang-lenang, nak tengok TV... dan macam-macam lagilah rasanya.

Dan alhamdulillah, nak menghela nafas lega, detik 9 Jun 2010 aku menamatkan pengajian A Level Cambridge di Cempaka International School. Tapi, awal lagi nak "bergembira", sebab keputusan peperiksaan hanya boleh diketahui selepas 12 Ogos. Doa-doakan ye, jangan lupa! Insya Allah, doa seseorang kepada seseorang sangat diperkenankan Allah S.W.T.

OK, OK, sebenarnya ada tulisan dalam proses. Insya Allah, akan datang, dengan syarat ada idea dan dorongan yang secukupnya. Hehehe.

P.S. Alhamdulillah belajar guna Pen Tool dalam Photoshop nak edit gambar kat atas. Tahniah kepada Najmi yang lulus International Baccalaureate.



1.6.10

Kisah untuk dikongsi

Salam. Hari ni aku nak "bercerita" pula. Terima kasih kepada saudara Naufal (jangan kembang ye!) kerana berkongsi ilmunya.

Alkisah...

Ada seorang syeikh di negara Mesir ni, salah seorang daripada hamba Allah, pada satu hari telah menaiki teksi dengan anaknya. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki ni naik tumpang sekali. Semasa dalam perjalanan, lelaki itu (macam lelaki lain juga) mengeluarkan rokok dan pemetik api. Mestilah lepas itu dia menghisap rokok tanpa segan silu. (Tambah saudara Naufal, antara segala ragam orang Arab.)

Syeikh tadi nak menegur, tetapi beliau mempunyai metode yang luar biasa dalam dakwahnya.. boleh sahaja syeikh ni nak keluarkan dalil-dalil untuk hukum lelaki itu. Nak tahu tak bagaimana syeikh ni tegur?

Beliau mula berbicara dengan lelaki tadi, "jam pukul berapa?" Kemudian syeikh tadi menyatakan ada satu masalah untuk dikongsikan dgn lelaki itu. Lelaki itupun berkata, "saya OK je!". Syeikh pun mula bercerita tentang anak di sebelahnya itu suka sangat akan gula-gula. Macam-macam jenis nasihat dah keluar dari mulutnya, anak syeikh ni masih "khayal" dengan gula-gula. Syeikh ingin meminta jasa baik lelaki ni kalau-kalau nasihat lelaki membuat hati anaknya terbuka untuk berhenti high dengan gula-gula.

Lelaki ni pun mula memberikan nasihat, misalnya, "gula-gula ni tak elok untuk kesihatan", "nanti gigi jadi jongang la...", "malam-malam semut masuk dalam mulut", dan nasihat-nasihat lain.

Selepas lelaki tadi macam dah puas berhempas-pulas memberi sebab-musabab, syeikh berterima kasih atas nasihat yg mantap. Tapi tak habis lagi kisah ni, apabila syeikh nak tanya pendapat daripada lelaki tadi tentang benda lain pula. (Saudara Naufal mencelah lagi, bahawa orang Arab memang pantang ditanya. Mesti terjawab.) Syeikh mula bertanya, "macam mana pula nak beri nasihat kepada orang yang hisap rokok ye?"

Tamat sudah alkisah. Apa reaksi anda sekiranya ada menjadi watak lelaki tadi?

Bagi aku, itu adalah salah satu cara untuk berhikmah dalam setiap tindakan kita. Apakah yang dimaksudkan dengan hikmah? Menurut Kamus Dewan (maksud literal, dari segi bahasa), hikmah membawa erti kecerdikan. [Rujukan] Maksud dari segi istilah (terminologi), metode dakwah untuk mendekati sesuatu golongan tertentu [Rujukan]. Jadi, pendekatan yang berbeza perlu diterap bagi golongan yang berbeza. Wah, aku cuma menyebut sumber, macam biasa. Sampai sini sahaja tulisan buat kali ini.

PS: Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia bagi tahun 2010 yang jatuh pada 31 Mei setiap tahun.



28.5.10

Usaha dulu baru tawakal

Salam. Hari ni (Jumaat, 28 Mei 2010), aku dah jawab kertas Matematik (Matematik Tulen) 9709/33 dan Fizik (Soalan Struktur A2) 9702/42. Kertas matematik tu waktu pagi, kertas fiziknya tengah hari. Er, biasalah, peperiksaan mana yang senang kan? Kepada yang tengah mencari kertas soalan tahun-tahun lepas sila berpatah balik, sebab blog ni bukannya bank soalannya, harap maaf (nada telefonis).

Habis-habis saja, rasa tak puas hati tu adalah juga. Sebab ada soalan yang gagal dipuaskan kehendaknya, Hehehe. Apa yang boleh dibuat? Yang sudah lepas, lepaslah. Tak perlu nak menyesal. Tawakal. Sebut pasal tawakal ni, aku nak sentuh sikit untuk tulisan kali ni.

Tawakal (توكُل) ni maksudnya "berserah diri kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh". [rujukan] Ha... itulah definisi "buku teks". Sememangnya tawakal itu sinonim dalam hidup kita terutamanya dalam hampir semua situasi. Perlu ke nak bagi contoh? Tak perlu rasanya... hehehe. Tahu sendiri tahu kan...? Tambahan (sila rujuk pautan tadi), sedangkan dalam dakwah Rasulullah s.a.w. pun, baginda bertawakal. Inikan pula urusan duniawi yang prioritinya tak terbanding dengan usaha baginda.




19.5.10

Panas... panas...

Salam. Baru saja habis menjawab kertas peperiksaan Matematik A Level, komponen Mekanik. Alhamdulillah, dah cuba menjawab yang terbaik, dan lepas ni hanya bertawakkal kepada Allah sajalah.


Ini dia kertas Cambridge A Level... Matematik komponen Mekanik (kertas 43)

Kali ni nak berkongsi mengenai kenaikan suhu global. Dalam ceramah Ustaz Hasrizal yang  aku hadiri dalam tiga minggu lepas, beliau ada menyatakan bahawa pemanasan global itu ada kaitan dengan kedahsyatan dosa segelintir manusia yang bergelumang dengan maksiat dasawarsa... eh, wallahualam. Macam itulah ujar beliau.
Sila baca tulisan beliau di sini - tulisan lama.

Hari ni lepas balik dari sekolah, baca blog-blog cuaca Weather Underground. Satu blog milik pengguna dengan nama samaran Weather456, telah mengetengahkan isu bulan April yang lepas merupakan bulan April yang "paling panas" dalam rekod cuaca. Lepas baca tulisan blog, aku sambung baca komen-komen pembaca yang menyusul. Selalunya begini juga bila aku baca blog Dr. Jeffrey "Jeff" Masters - salah seorang pengasas laman web Weather Underground.




2.5.10

Masih lagi berkata-kata

Salam. Dah lama sangat-sangat tak update. Sengaja biarkan sebulan, baru banyak cerita boleh sumbat. Hehehe...

Aku, terakhir sekali berkongsi cerita mengenai Pesta Buku Antarabangsa.. akhir Mac! Fuh, memang aku tinggalkan blog aku ni kegersangan~

Minggu ke-13, 22-26 Mac

Kelas macam biasa... ZZZ

27 Mac

Cuti penggal kedua. Di sini, cuti ni lebih dikenali sebagai cuti Easter. Alhamdulillah! ^_^ Jauh daripada hiruk-pikuk dunia akademik (kononnya~)

29 Mac - 1 April

Baru balik rumah je, dah tak duduk diam-diam! Keluar lagi!
OK, junior ajak ke Pulau Pinang! Ala, Alor Setar dengan Pulau Pinang tu dekat je. Maka, marilah kita terjah (dan menyibuk!)

Dari Alor Setar ke Butterworth dengan bas. Tambang RM 9.75 je. Rasanya semua tambang bas standard. Lepas tu kawan jemput di tempat yang bakal menjadi Penang Sentral ("Wow!"). Keluarganya buat jamuan sikit.




25.3.10

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Salam. Minggu ke-12 tahun 2010 ni memang sibuk... er... minggu lepas. Hari sekolah (Selasa - Jumaat) terlalu menumpu sangat subjek kimia. AEIZATISM pun rasa juga. (Kan? Kan? ^_^ ). Alhamdulillah, lepas siap tugasan kimia (suatu kupasan topik - elektrokimia)... lega hati...

Pagi Sabtu 20 Mac... dengan rahmat daripada Allah s.w.t., Dia tunjukkan suatu peringatan... Err... Enough said.

Menjelang tengah hari, aku dengan Wan Husni pun terus ke destinasi.



Pintu masuk di ruang legar PWTC




22.3.10

Parodi iklan FarmVille, Mafia Wars dan Cafe World

Salam. Ada post untuk minggu lepas. Sabar ye... Tenaga tak cukup!

Kali ni mari kita bergelak-gelak dengan aplikasi Facebook.

Mesti ada yang pernah main FarmVille, Mafia Wars... dan Cafe World! Kan? Kan? Kan? Aplikasi yang paling banyak diguna (er... dimain) dalam Facebook! OK, mungkin sekadar nak buat lawak (bodoh), makhluk bernama Toby Turner atau lebih dikenali sebagai Tobuscus dalam YouTube, dialah yang buat ketiga-tiga sketsa YouTube ni. Pendek cerita, enjoy!

This game pushes the limits of the imigination... BACKWARDS!
Pautan
Uh oh, Boss Fight! "Take that! Owned! With a 'P'!"
Pautan
What if you wanna cook your crops and sell them to your
irritated Facebook friends? [rujukan kepada FarmVille]
Pautan
HTML Tables


Haha... itu saja untuk kali ni. Tunggu ye untuk post baru... banyak cerita!



14.3.10

Menyambut jihad rakan seperjuangan

Salam. Hari Jumaat lepas aku dengan WH ke KLIA. Ya, kami menyambut kepergian tiga orang rakan seperjuangan sekolah menengah untuk jihad mereka di India. Jihad? Iyelah, sambung belajar kat India, insya Allah habis program twinning 4 tahun rasanya, jadilah doktor yang berkhidmat bawah Kerajaan Malaysia. :)

Kami ke sana dengan KLIA ekspres (Express Rail Link - ERL) dari stesyen Bandar Tasik Selatan. Tambangnya RM 26.50 sehala! Sebenarnya boleh dapat RM 15.70, macam mana tu? Beli tiket ke stesyen Putrajaya atau Salak Tinggi. Lepas tu dari situ, beli tiket sekali lagi ke KLIA. Tapi sebab faktor masa, OK je. Sekali-sekala kan. Perjalanan yang tambangnya RM 26.50 dalam 45 minit saja! :)

Penerbangan bawah sekali, ke Bangalore. Masa ni diorang sudah dalam bilik menunggu (dah check in).

Sampai-sampai... biasalah, jarang-jarang ke KLIA ni. Jalan-jalan, pusing-pusing, ke tingkat 5. Di situ, untuk pelepasan domestik dengan antarabangsa. Nampak si Firdaus dulu :) Mestilah dalam keadaan sibuk kan?

Yang dua orang lain tu dekat kaunter L, hujung sebelah sayap kanan bangunan. Sampai-sampai... subhanallah... banyaknya orang! Sebab ada juga penerbangan program umrah.




11.3.10

Maka jadilah ia

Salam.

Aku dengan laptop aku... biasalah mula hanyut dalam dunia Internet ni. Tak guna Facebook, masuk blog orang, tak pun... carian Google rawak~ (pun boleh jadi!)


Sebelum tu, marilah sama-sama kita mengingati pemergian seorang tokoh ulama dalam kalangan umat Islam pada zaman ini, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi. Sedekahkanlah surah Al-Fatihah buat beliau. Beliau adalah Syeikh Besar Universiti Al-Azhar (dekan?). [Berita lanjut di sini]

Maka jadilah ia: suatu ribut tropika yang sepatutnya tak dapat terbentuk dek banyak faktor penolak menurut data saintifik
[Kredit gambar]

Ribut tropika di Lautan Atlantik Selatan. Itulah topik aku untuk post ni. Sebenarnya ribut tropika Atlantik Selatan ni fenomena yang jarang-jarang sekali. Dalam rekod [sila rujuk di sini], dalam tempoh 40 tahun, hanya ada 6 fenomena macam ni yang direkodkan. Subhanallah. Sistem cuaca buruk yang dah lama terjadi sejak awal minggu ni, dengan kuasa Allah, anginnya bertambah kuat, dan menambah bilangan tu menjadi 7. Subhanallah.

Setakat ini, tiada amaran yang dikeluarkan. Mungkin masih di peringkat awal kematangan sistem hurikan ni, jabatan kaji cuaca Brazil sedang merangka sebarang kemungkinan yang boleh terjadi. (ayat aku sendiri, mungkin bukan fakta). Setakat aku taip dalam blog ni, ribut tropika ni tak diberi nama, tapi diberi kod 90Q atau 90SL. [dari Wikipedia]

Subhanallah. Banyak peminat meteorologi terutamanya yang berkaitan fenomena ribut tropika / siklon tropika (istilah meteorologi), sistem ni sangat menarik. Insya Allah aku akan kongsi perkembangan, bila ada  kesempatan (aku ada kelas esok!). Hehehe.

Oh ya, mungkin nak tahu apa-apa pasal hurikan / taufan ke, tanya ye. Insya Allah, aku cuba jawab sebaik mungkin.



10.3.10

Marilah menangis?

Tiba-tiba buka Facebook dah keluar sampai macam ni sekali?



9.3.10

Bukan hari Sabtu yang biasa

Salam.

Sebenarnya dah taip post ni bukan main lama lagi. Malam Sabtu tu dah taip. Nak publish post ni, tiba-tiba internet rumah jadi perlahan sangat-sangat. Sampai la hari Ahad. Malam Isnin tu terlalu sibuk. Hehehe... macam-macamlah alasan!

Hari Sabtu aku keluar ke KL. Nak buka mata tengok dunia sebenar. Selama ni asyik buku, buku, buku, dan skrin laptop. Hahaha.

KL oh KL, yang selalu sesak~
Lokasi: Lebuhraya Cheras - Kajang dekat Exit 701

Sebelum tu aku nak kongsi salah satu sifat diri aku. Terus terang aku nak katakan yang aku ni memang sangat sensitif orangnya. Tapi bukanlah cerewet OK? Sensitif, fragile. Ha..! Sebab tu katakan ada orang buat drama depan aku, lepas tu hati aku tersentap, jangan risau, aku ni pemaaf orangnya (rasanya). Tapi katakan orang yang sama, buat sekuel drama tadi, hatiku tersentap sekali lagi... aku masih seorang yang pemaaf. Cuma janganlah minta maaf dengan cara let the hand does the talking, jangan buat cerita yang diragui kebenarannya, lagi-lagi berbaur unsur fitnah, dan macam-macam lagilah. Aku ni manusia yang lemah dan kerdil, minta maaf banyak-banyak, dalam kes tadi, aku nak face-to-face soft talk. Beritahu aku apa-apa yang tak kena pasal aku. Pendek cerita, aku dapat rasa "keikhlasan" dalam maaf tu dengan cara yang macam tu, sebab itulah cara aku.

OK, sekarang nak masuk isi utama. Tadi tu cuma sampingan saja. Commercial break.




5.3.10

Ruang untuk diriku sendiri...

Salam. Berderet berita dunia yang aku kongsi. OK, kali ni aku nak kongsi cerita aku pula.

Sudah bulan Mac. Subhanallah, masa berlalu, sedar-sedar, kalam Allah dalam Surah Al-Asr tu dah menjadi bukti~

Alhamdulillah, dalam minggu yang terdekat ni sebenarnya aku sangatlah sibuk, kononnya nak buat persiapan peperiksaan percubaan A Level. Ye tu, ye la juga kan. Hehehe, sempat lagi buat post baru pasal gempa bumi Chile dengan sedikit penghayatan Maulidur Rasul. Hari Sabtu maka tamatlah minggu sibuk ni. Pasal exam yek? Tak nak kongsilah. Hahaha. Tunggu kertas-kertas kena semak dan diberi markah minggu depan... *AAA!! menjerit~*

Insya Allah diberi keredhaan daripada-Nya, ada 12 minggu lagi aku di sini, dah ditolak dengan cuti Easter awal April nanti. Tolak lagi Sabtu dan Ahad tinggal 60 hari lagi. Purata sehari aku tidur 4 jam, dihimpun jadilah 240 jam dalam 60 hari tu, bersamaan 10 hari. Berbaki 50 hari lagi. Kelas tiap-tiap hari 8 jam. 400 jam terkumpul bersamaan 17 hari, tinggal 33 hari lagi. Dengan segala faktor dimasukkan dalam pengiraan ni, tak mustahil, yang berbaki tu tinggal 1 hari je! Wallahualam.

OKlah, nak qada tidur yang tak cukup. Haha. Sekadar kemaskini ringkas. Insya Allah nanti aku nak cerita panjang lebar.



28.2.10

Gempa bumi magnitud 8.8 Chile 27 Februari 2010

Subhanallah.

Gempa ni terjadi di Maule, Chile (sebuah negara benua Amerika Selatan) pada 3.34 AM waktu tempatan. 2.34 PM waktu Malaysia. Masa tu aku ke cawangan sekolah aku lagi satu dekat Sepang, pergi acara wajib sekolah, Swimming Gala. Subhanallah, masa tu mesti warga Chile menikmati tidur nyenyak. [rujukan]

 Di mana Chile?


Tempat kejadiannya bencana. [Sumber imej]



27.2.10

Menagih kasihmu

Salam. Post ni sempena Maulidur Rasul. My bad, tertunda sehari...

Apa-apapun nak cerita pasal sirah baginda... rasanya mesti banyak post dalam blog-blog lain dah bagi penerangan, malahan dalam-dalam lagi. Kehebatan baginda, ukhrawi dan duniawi, sama juga. Pasti banyak, bukan setakat blog saja, ceramah la, iklan la... macam-macam lagi la.

OK. Aku cuma nak kongsi syair yang ada dalam album Gemersik Sufi: Marhaban Ya Rasul oleh Allahyarham Asri Ibrahim. Masih di pasaran, RM 19.90 (CD). Download? Minta maaf banyak-banyak ya. Hak cipta terpelihara.

***
Track 4
Narration 1 [Saat menantinya...]

dinihari di Madinah al-Munawwarah
dipersaksikan Saidina Abu bakar, ibnu umar,
disaksikan Abu Hurairah, Anas


kulihat para sahabat berkumpul di masjidmu,
angin Sahara membekukan kulitku,
gigiku gemertak
kakiku bergoyang
hatiku tak keruan
tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka
engkau datang
ya Rasul Allah
kupandang dikau
kudengar salam bersahut-sahutan


kau tersenyum
ya Rasulullah
wajahmu bersinar
angin Sahara berubah menjadi hangat
cahayamu menyelusup seluruh sendi dan darahku




21.2.10

Terlajak perahu dan terlajak tangan yang menaip

1. Pernah dengar Lynette Lincoln dan Joanna Ann? Ya?

2. Tidak? Gunakan kuasa Google.

3. Apa-apapun, renung-renungkan kembali post aku "Fenomena Facebook bloom di Malaysia", perenggan 5.

4. Kita dikurniakan nikmat akal, gunakannya untuk buat tindakan yang hikmah.

5. Pesanan ni untuk semua pembaca dan juga diri aku sendiri. Betul, semua manusia tak sempurna, tapi setiap manusia melengkapi satu sama lain.



20.2.10

Panas di sini, sejuk di tempat lain?

Salam. Lama tak buat post baru. Bukannya apa, masa tak mengizinkan.

Gambar sekadar hiasan. [Sumber imej]

Rasanya dah lama tak tulis post pasal cuaca ni. OKlah, masuk terus kepada isu kali ni. Dalam 2-3 bulan ni aku nampak cuaca memang panas dan kering. Balik cuti kat Kedah, dalam bulan 12, rasanya ada hujan 3-4 hari saja, macam tu lah. Memang kering. Dekat KL, rasanya lagi OK dari Kedah kot, kurang-kurang dalam seminggu tu 2-3 kali hujan. Cuma baru-baru ni dekat KL, sebelum Tahun Baru Cina, terasa bahangnya. Lepas tu balik Kedah, pun sama juga. Nak keluar, balik-balik rumah, penat sangat sebab kepanasan. Tak tahu la macam mana tempat lain, mungkin ada tempat hari-hari nyaman sebab hujan turun?




9.2.10

Ulasan Software: TweetDeck

Asyik-asyik post emo saja. Mesti boring kan?

Oklah, hari ni aku nak kongsi software yang aku guna hari-hari. TweetDeck. Dah ada nama "tweet" tu mestilah kegunaannya khusus untuk Twitter kan? Tapi yang bestnya TweetDeck ni, ada fungsi tambahan. Nanti nak cerita. Bawah sikit. Nak pasang, masuk laman webnya dulu.

Screenshot TweetDeck dalam Windows Vista

Keperluan minimum? Insya Allah software ni boleh jalan dalam Windows, Mac dengan Linux! Tapi kena pasang Adobe Air dulu. Kalau tak ada, tak apa, dekat laman web muat turun software ni ada. Sekali tekan, automatik terus pasang Adobe Air dengan TweetDeck. Oh ya, terlupa, nak sedap guna kena ada Internet jalur lebar. Yang berkongsi talian macam aku ni, tengok keadaan juga la. Katakan banyak teman serumah aku pakai Internet (terutamanya torrent... haisy...), tak sedap guna...




7.2.10

Pengembaraan menuntut ilmu yang penuh dugaan

 Laporan rasmi aktiviti [klik sini]

*Post disunting balik 7 Februari 2010 dan 8 Februari 2010

Alhamdulillah, 6 Februari (Sabtu), aku turut masuk dalam majlis pengajian kitab 40 Hadis Penawar Hati, anjuran Masjid Al Mukarramah. Masjid tu dekat Bandar Sri Damansara... err... dekat mana? Sorry banyak-banyak... aku tak tahu la nak cakap dekat mana... aku kan bukan orang KL... apa-apapun inilah kali pertama aku masuk program yang seumpama dengannya. Kat SAINA dulu mungkin ada macam ni, tapi ni dekat masjid, a different environment. Terima kasih banyak-banyak dekat Fakhruddin sebab ajak masuk! :)

Oh ya, yang pergi 4 orang boys, 3 orang girls. Jumlah 7 orang senior. Junior dah sampai kat destinasi... Wow! Best kan ada kereta!

Ha! Nak cerita betapa mencabarnya hari ni! Mula-mula sebab aku silap bagi maklumat... ada yang lambat... (sorry!!!)... Lepas tu meniti perjalanan menuruni lurah (over la...) dan sampai juga kat perhentian bas tempat yang selalu kami tunggu bas. Busuknya~... Jalan sikit lagi pergi perhentian bas... 8.00 AM... bas tak datang lagi?! Teksi je la...

Dalam perjalanan... ada seorang minah... dapat teksi. Nak pergi LRT... cepat-cepat aku cakap kat geng perempuan tumpang sekali. Tapi driver tu pantas... Vroom~...terlepas... baru je nak dapat tambang murah, tapi alhamdulillah diorang dapat teksi lepas tu. Kami jalan lagi dan lagi... sampai kat perhentian bas Taman Alam Jaya. Alhamdulillah ada teksi. Vroom~... sampai pun stesen Bandar Tasik Selatan. Tambang ~RM 7.00 sebab trafik jalan lancar. Memang tak percaya sebab selalunya tambang busuk-busuk RM 10.00 - RM 11.00!



3.2.10

Apa cerita?

Salam. Lama tak tulis... hahaha...dah dua minggu tak kongsi khabar.

Gambar sekadar hiasan.

Bukannya apa, aku sibuk sangat-sangat... aku ada amanat lain yang lebih perlu diutamakan. Lepas satu, ada test pula (hari Selasa dan Rabu)... alamatnya kenalah study~

Study~ study~ study~ usaha~ usaha~ usaha~... in the end... *sob sob* ada yang tak boleh jawab... tak de rezeki... need to work even harder after this! Insya Allah! Awal bulan depan ada A2 Trials. Lepas Easter Break ada post trials. Tengah-tengah? Kelas tambahan... (tak nak pergi... hahaha!!!). Banyak lagi kena buat... sigh~




18.1.10

Petikan terjemahan ayat al-Quran (Surah Āli 'Imrān)

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (١٨٥) ۞ لَتُبۡلَوُنَّ فِىٓ أَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِڪُمۡ وَلَتَسۡمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِڪُمۡ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُوٓاْ أَذً۬ى كَثِيرً۬ا‌ۚ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ (١٨٦)۝


Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. [185] Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati daripada orang yand diberi kitab sebelum kamu dan daripada orang musyrik. Jikalau kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan. [186]


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١) ۝  
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, [190] (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini (dengan) sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka." [191]


رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ (١٩٣)۝
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu), "Berimanlah kamu kepada tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang yang berbakti. [193]


Terjemahan dipetik dari Al-Quran dan Terjemahannya (Rasm Uthmani) terbitan Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Petikan kalimah Al-Quran dipetik daripada laman web Quran Explorer.




16.1.10

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah 2010

Esok hari ulang tahun hari keputeraan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-82.


 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (gambar dari laman web Kerajaan Negeri Kedah)


Lagu negeri Kedah:

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

Moga sultan dipanjangkan umur dan selalu berada bawah rahmat Allah s.w.t.



15.1.10

Gerhana matahari separa 15 Januari 2010

Alhamdulillah sebab hari ni ada rezeki nak tengok gerhana matahari, dekat planetarium lagi! Alhamdulillah!


Ditemani Rathish, Izzati, Adylka dan Dr. Barry Hoole :). Thanks guys! Apa2pun terima kasih byk2 dekat Mrs. Stephanie sebab tolong sediakan van kat kami semua :)




13.1.10

Petikan terjemahan ayat al-Quran

(Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlha kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." [Aali-Imran 3:8]

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia [rasa] cinta terhadap apa yang diingini, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta-benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat yang baik. [Aali Imran 3:14]



Aku melihat pandangan lain~

Walaupun makin serabut... %&%$& ^&% *tak terungkap dek kata*... think positive!

Insya Allah everything is going to be fine :)


Sabar jelah. Hope my friends can help me to get out of this nonsense~

Dah sambung buat kerja vector tu!!!



11.1.10

I'm annoyed!

Tgh hari tadi... masa kelas... tiba2 chairman yg jarang jenguk kami budak2 A levels, nak jumpa...

Yang dpt markah kurang best mcm aku ni dipanggil ke depan.

-skip- Yelah2, tapi jgn la guna isu2 mcm tu... ada kaitan ke? Please, kami bukan la kampung sgt! :P -bebel-

Looking on the bright side, at least there's a push for me to keep up with academics. Exams are (again) around the corner. Final term is in early February, A level trials in early March, post trials are in somewhat late April, and then the A levels are on May and June...

Whatever!



9.1.10

Twitter hari ni

Subhanallah! Tu yg terkeluar dari mulut aku bila aku login Twitter kol 11.00 PM, hari post ni ditulis (9 Januari).


Screenshot Twitter, 11.00 PM, 9 Januari. Boleh nampak hashtag (#) AllahSWT, subhanallah!

Purata 30 tweet dlm 0.03 saat setiap kali Twitter update database searchnya. Maknanya dalam satu saat, lebih kurang 1000 tweeple Muslim sedang berzikir, wallahualam. Subhanallah!

Rujuk What the Hashtag, #AllahSWT mula 9 Januari gak. Aku rasa mungkin tweeple Indonesia yg mula dulu. Wallahualam.

Apa2pun alhamdulillah, ada usaha nak berdakwah melaui Twitter ni. Aku bersyukur sebab ada org initiate usaha ni.

Walaupun ada non-Muslim yg misinformed, tulis tweet yg negatif ke.. jgn sekali2 cari pasal pulak! Ingat!

Subhanallah!



Petikan ayat al-Quran

"... Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. ..." [Al Baqarah 2:191]

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al Baqarah 2:216]



I survived the first week!

Alhamdulillah. Weekend dah pun. *phew*

Alahai, baru je seminggu, kena la beringat sket yg kau tu ada lg 4 bulan kat Cempaka ni! Stop daydreaming!! Buat homework!!! Study la wei~!!!! *apa2 je la*

Hm~

***

Isnin: 1st day of class thn 2010... dgn homework yg tak siap2 lagi... oops, kantoi la plak! Hai cikgu2 ku!!

Selasa: Tarik nafas... hembus nafas... dah mula belajar... *pening2*

Rabu: Oh~ perhimpunan sekolah!!! Grrrr!!

Khamis: Lalalala~ Esok last day utk minggu ni... *mula daydreaming*

Jumaat: Kelas hari ni mmg happening... sambut birthday Dr Hoole + yg lahir dlm bln ni... petang ada (tgk)badminton practice... aku ni sbg moral support team... hahaha... menambahkan kadar geek aku je... [update] Aku dpt jadual final exam... gulp!

Tarikh
Masa
Kertas
14 Mei
PM
Bio 5 (practical)
19 Mei
AM
Maths 4 (mechanics)
28 Mei
AM
Maths 3 (pure)
28 Mei
PM
Phys 4 (structure)
31 Mei
PM
Chem 5 (practical)
4 Jun
PM
Bio 4 (structured)
8 Jun
PM
Chem 4 (structured)
9 Jun
PM
Phy 5 (practical)

Wah! Paper yg kritikal (maths 3/fizik 4) hari yg sama!!!Bio semua paper hari Jumaat!! Tak nak paper PM (petang) nanti for sure kena tinggal solat Jumaat!!!

Sabtu: ???

***
Dah habis membebel~ Eh.. ada lagi da...~~~




5.1.10

Banyak benda kena buat~

Salam semua...
Hm~ nampaknya ada aral melintang la awal2 thn ni :P
So.. mungkin tak rajin post kot? :p
Insya Allah, ada benda yg best, aku akan share melalui Twitter kat sebelah :)
Apa2pun wish me luck.. mudah2an dpt buat kerja dgn penuh teliti dan serius kot :P

*syuh* *syuh* Facebook!!

Tu je la.. haha~ merapu mlm2 buta ni :P



3.1.10

Gerhana bulan separa 1 Januari 2010

Alhamdulillah, seperti yg dijanjikan :)

Sebenarnya lepas BBQ kat Bukit Wang, sgt2 la letih nak stay up mlm ni. ZZZ~ Tapi camne pun kuatkan diri gak :P

Hm... pukul 1.00 pagi, langit berawan.. takde rezeki nampaknya kali ni.. takpe, insya Allah, lain kali ada rezeki pulak.


Boleh nampak kan? Berawan.




31 Disember 2009: BBQ kat Bukit Wang

Hehe..sorilah, lambat sket nak post. Busy~ hehehe!

Oh ya, Bukit Wang ni salah satu tmpt rekreasi kat Kedah. Tapi ntah le, bln 12 ni kering kat Kedah, airnya tak banyak sgt :(

1.30 PM: PM call aku, suruh reach rumah sblm 2.00 PM. Aku dgn letihnya baru je sampai rumah, dah la tayar pancit kat Alor Setar! Hm~ ok la 2.15...

2.00 PM: tengah merempit dgn Honda petak.. hahaaha!

2.15 PM: pergh! Alhamdulillah, smpai pon.. sharp on time :)

3.30 PM: waiting game ends~ dah la, pergi je la! :P... by the way ada budak mengail ikan kat area2 dekat dgn rumah PM... besar gila ikan keli...






2.1.10

Tahun matahari baru...

2 Januari... aku dah sampai Venice Hill... hostel aku utk 1.5 thn. Letih!! ZZZ~ Naik bas Alor Setar - Kuala Lumpur kol 9.00, sampai dalam kol 3.30. Alhamdulillah, selamat perjalananku.

Sebelum balik hostel, melantak dulu... oh ya, terjumpa hamba Allah. Doktor bedah HKL on the way ke Johor, balik rumah. Sembang-sembang... dia tanya.. sekarang masa orang balik cuti, tapi datang sini belajar??? Hehe... Macam-macam gak la isu. Mungkin yang ni tak sesuai dengan aku kot: kalau minat fizik buat engineering. Sebab apa? Marketing. Takut menganggur lepas graduate. [...] Ada lagi, tapi alhamdulillah, syukur kepada Allah ditakdirkan dapat kongsi idea hidup. Nanti la kot cakap lagi, ngantoknya... ZZZ

Apa-apapun, dah nak masuk tahun akademik 2010. Insya Allah setengah tahun je lagi, aku belajar kat sini.

Alhamdulillah, pujian hanya selayaknya bagi Allah, sepanjang aku kat sini, penuh ujian diberi-Nya, supaya aku ingat-ingati-Nya selalu. Dan juga alhamdulillah, I learnt the lessons of life dlm 2 tahun terdekat ni.

Oh ya, insya allah, aku rajin aku tunjuk apa yang aku nampak masa gerhana bulan 1 Januari lepas.

OK la, tido la dulu, ZZZ~



Your Computer