Habis-habis saja, rasa tak puas hati tu adalah juga. Sebab ada soalan yang gagal dipuaskan kehendaknya, Hehehe. Apa yang boleh dibuat? Yang sudah lepas, lepaslah. Tak perlu nak menyesal. Tawakal. Sebut pasal tawakal ni, aku nak sentuh sikit untuk tulisan kali ni.
Tawakal (توكُل) ni maksudnya "berserah diri kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh". [rujukan] Ha... itulah definisi "buku teks". Sememangnya tawakal itu sinonim dalam hidup kita terutamanya dalam hampir semua situasi. Perlu ke nak bagi contoh? Tak perlu rasanya... hehehe. Tahu sendiri tahu kan...? Tambahan (sila rujuk pautan tadi), sedangkan dalam dakwah Rasulullah s.a.w. pun, baginda bertawakal. Inikan pula urusan duniawi yang prioritinya tak terbanding dengan usaha baginda.
Mungkin persamaan ni, kita sudah biasa nampak terutamanya di sekolah.
ILMU + USAHA + AMAL + TAWAKAL = KEJAYAAN
Bagi aku, persamaan yang sepatutnya begini:
ILMU + USAHA + AMAL → TAWAKAL → KEJAYAAN (*insya-Allah)
Kenapa? Masa aku sekolah menengah dulu, ada senior beri tazkirah. Selepas kita jawab kertas soalan, baru kita bertawakal. Bukannya sebelum jawab soalan, bukannya lepas puas dan penat buat ulangkaji, tambah-tambah lagi bila kita langsung tak berusaha, misalnya buku pun tak terbuka! Sebab tawakal mesti diiringi usaha, dan dalam kes tadi misalnya, belum cuba jawab lagi dah tawakal. Amal jangan dilupa, ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa. Hm... Dan jangan lupa sila rujuk pautan tadi ye, sedikit perbincangan mengenai tawakal. (Sebenarnya itu silibus Pendidikan Islam KBSM Tingkatan Tiga.)
Oh ya, itu saja buat kali ni. Doakan aku mudah-mudahan untuk peperiksaan A Level kali ni, dapat keputusan cemerlang. Dan juga mudah-mudahan ada rezeki untuk ke UK bulan 9 nanti, insya Allah.
Raihan - Tawakal
Mencari "pautan" itu ke? Klik sini.
0 respons:
Post a Comment