- Merancang
- Beli barang
- Berulang-alik Kedah – Kuala Lumpur
- Hari Aidilfitri (kan kata orang – Ramadhan sebulan, Syawal pun sebulan)
- Masa dengan keluarga. Hehehe.
- Sibuklah sangat dengan belajar! (Alasan...!)
Pemandangan dari cermin depan bas MARA Liner laluan Alor Setar – Kuala Lumpur di (anggaran) KM 250 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Exit 141 Jelapang |
24 September. Selepas 12 jam dalam kapal terbang, bersama-sama 22 orang rakan seperjuangan. Alhamdulillah aku selamat tiba di bumi yang memang asing bagi aku. Aku suka berjalan-jalan tengok dunia tapi kali ni rasa lain sangat. Mungkin tindakbalas kimia . Sesampainya aku di lapangan terbang Heathrow, selepas siap segala urusan imigresen, ada senior-senior yang menanti di hujung pintu bertanda Nothing to declare. Terkejut? Terkejut...
Warga Gloucester Terrace berlapang dada menjemput di situ dan menumpangkan aku selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, terima kasih ye! Oh ya, keluar dari lapangan terbang dan masuk dalam kereta api bawah tanah, terasa hawa dingin 10 darjah Celcius. Senior-senior kata cuaca hari tu luar biasa, sebab tak sepatutnya sesejuk tu waktu-waktu ni. Hm...
Trafalgar Square. Bangunan di depan tu The National Gallery. |
Tengoklah siapa yang mainkan alat gamelan tu! |
Hari Sabtu aku masuk hall – kolej kediaman (istilah yang kurang tepat?). Alhamdulillah dapat kolej kediaman yang bertentangan dengan universiti. Dekat... dan jauh lebih menjimatkan (?)... dan ada manfaat, insya Allah. Lepas masuk bilik, terus mendaftarkan diri untuk universiti...
University College London: Freshers Fayre |
Lepas sebulan lebih... fuh! Selepas rutin kuliah yang diulang-ulang setiap minggu... berjumpa juga dengan Reading Week. Tapi bergantung kepada department, misalnya department fizik tak ada kelas. Tapi sains biologi ada ujian. Kejuruteraan? Rasanya ada tugasan...
Banyak benda yang boleh belajar di tempat orang ni, sebenarnya. Jauh dengan keluarga, mungkin kawan baik, dengan suasana Malaysia kita. Hehehe. Ada pesanan dari senior... aku tengah pegang duit orang Malaysia. Takkanlah dah ada amanah sebegitu, kita nak main-main lagi? Sebenarnya bila dia kata macam tu saja, teringat pula zaman A Level aku. Muhasabah diri sikit...
Nak cerita semua rasanya tak cukup kot? Hehehe. Ke memang malas nak kongsi? Hehehe.
Bak kata senior sekolej persediaan, "Kau janganlah buat benda-benda lain dulu, belajar tu penting..! ... ..."
0 respons:
Post a Comment