Showing posts with label Astronomi. Show all posts
Showing posts with label Astronomi. Show all posts

12.8.10

Bunga api malam Ramadhan

Suatu meteor Perseid. Ehsan sumber.
Salam. Bagaimana ibadah puasa? Kepada yang dapat berpuasa penuh pada hari-hari pertama Ramadhan itu, alhamdulillah. Mudah-mudahan dapat berpuasa sampai hari ke-30 Ramadhan. Insya Allah.

Kenapa pula bunga api dalam tulisan kali ni? Bukan bunga api fizikal ye. Nak macam tu pergi beli sendiri di... pasaran gelap. Memperkenalkan sunnatullah yang lazimnya berlaku pada bulan Julai sehingga Ogos, hujan meteor Perseid (Perseids meteor shower). Oh ya, meteor itu lazimnya dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai tahi bintang. Dari segi istilah astronomi, meteor itu serpihan objek angkasa misalnya komet dan asteroid, yang memasuki atmosfera bumi pada kelajuan di antara 60000 km/j dan 240000 km/j. Subhanallah.

Masuk sedikit belakang tabir fenomena hujan meteor Perseid. Komet 109P/Swift-Tuttle yang beredar dengan bebasnya (tipu je), meninggalkan sisa-sisa berupa material komet itu sendiri. Analogi yang hampir mengena, misalnya lori sampah yang bergerak di atas jalan. Ada sisa-sisa sampah yang mungkin terjatuh. (Kalau tak ada tu, bersyukurlah sebab kita ada pengurusan sisa pepejal yang sangat mantap.) Kita yang bergerak di atas jalan tadi mungkin berselisih dengan sisa-sisa sampah tadi. Begitulah kesnya dengan planet Bumi. Planet kita juga melintasi jaluran sisa material komet tadi, dan sisa-sisa material itu tertarik masuk ke dalam Bumi sebagai meteor. Jangan risau, sememangnya material-material tu sempat "terbakar" di atmosfera Bumi dan menghasilkan hujan meteor. Insya Allah tiada sisa-sisa tadi dapat menghempap kepala anda.




15.1.10

Gerhana matahari separa 15 Januari 2010

Alhamdulillah sebab hari ni ada rezeki nak tengok gerhana matahari, dekat planetarium lagi! Alhamdulillah!


Ditemani Rathish, Izzati, Adylka dan Dr. Barry Hoole :). Thanks guys! Apa2pun terima kasih byk2 dekat Mrs. Stephanie sebab tolong sediakan van kat kami semua :)




3.1.10

Gerhana bulan separa 1 Januari 2010

Alhamdulillah, seperti yg dijanjikan :)

Sebenarnya lepas BBQ kat Bukit Wang, sgt2 la letih nak stay up mlm ni. ZZZ~ Tapi camne pun kuatkan diri gak :P

Hm... pukul 1.00 pagi, langit berawan.. takde rezeki nampaknya kali ni.. takpe, insya Allah, lain kali ada rezeki pulak.


Boleh nampak kan? Berawan.




26.12.09

Dua fenomena gerhana awal Januari

Straight to the point, ada gerhana bulan separa pd 1 Januari (new year treat!) dan gerhana matahari separa pd 15 Januari.

Gerhana bulan separa 1 Januari

Macam mana bulan gerhana Jumaat nanti. Oh ya, ekliptik tu "denai" matahari di langit, umbra tu bayang gelap, dan penumbra tu bayang kurang gelap.





Your Computer