Aku, terakhir sekali berkongsi cerita mengenai Pesta Buku Antarabangsa.. akhir Mac! Fuh, memang aku tinggalkan blog aku ni kegersangan~
Minggu ke-13, 22-26 Mac
Kelas macam biasa... ZZZ
27 Mac
Cuti penggal kedua. Di sini, cuti ni lebih dikenali sebagai cuti Easter. Alhamdulillah! ^_^ Jauh daripada hiruk-pikuk dunia akademik (kononnya~)
29 Mac - 1 April
Baru balik rumah je, dah tak duduk diam-diam! Keluar lagi!
OK, junior ajak ke Pulau Pinang! Ala, Alor Setar dengan Pulau Pinang tu dekat je. Maka, marilah kita terjah (dan menyibuk!)
Dari Alor Setar ke Butterworth dengan bas. Tambang RM 9.75 je. Rasanya semua tambang bas standard. Lepas tu kawan jemput di tempat yang bakal menjadi Penang Sentral ("Wow!"). Keluarganya buat jamuan sikit.
Di Penang Sentral. Ha! Pulau Pinang pun ada RapidPenang tau!
Lepas perut dah penuh, kami budak-budak lelaki dalam 8 orang termasuk aku, dibawa ke Leisure Cove, di Tanjung Bungah. Cakap sikit mengenai Leisure Cove ni, sebenarnya tempat tidur kami tu berkonsepkan family holiday leisure condo. Pendek cerita, ruangnya memang luas, boleh muat sampai 6 orang! Harga? Err... lupa nak tanya kat orang yang menempah tempat ni. Tapi dia cakap "berpatutan". Kemudahan yang disediakan? Pendingin hawa, peti sejuk, cerek elektrik, ketuhar gelombang mikro... bla bla bla... dan aku jamin selesa! :)
Inilah Leisure Cove! Bukan hotel tau!
Hari seterusnya sampai ke hari terakhir, berjalan-jalanlah kerja. Hehehe... tempat yang berjaya diterjah: Jeti/Weld Quay, Padang Kota, Jalan Masjid Kapitan Keling (dan masjidnya sekali), Muzium Perang, Gurney Plaza, Queensbay Mall, dan mungkin satu dua tempat lagi. Dah terlupa. Hehe.
Pose istimewa. Hehehe.
Di Muzium Perang, Balik Pulau. Tak mengerti aku lukisan ni. Kelakar betul.
Food trail! Pulau Pinang ni memang suatu tempat yang sesuai untuk kembara jalan-jalan cari makan. Aku dah pekena:
- Mi Sotong Pata (dekat Padang Kota) - Pergh, terangkat! Cuma aku ada alahan makanan laut :(
- Celur-celur/lok-lok (Padang Brum) - Selalunya lok-lok ni dekat mana-manapun dijual orang Cina! Cuma kali ni dijual oleh pengusaha mamak. Dengar cerita driver (hehehe), hujung minggu memang penuh! Celur di dalam air mendidih dan celup dalam kuah kacang/sos! RM 12... kenyang... satu cucuk RM 1.
- Nasi Kandar Kayu - Memang ada yang kata Line Clear punya paling sedap, tapi emaknya kawan aku kata, sini nasi paling sedap. Yang aku ambil ni, telur sotong dan telur ikan, dah RM 8.00.
Oh, tak lupa juga, ada tips melancong yang aku nak kongsi...
- Bawa lebih RM50 daripada bajet.
- Bawa sekuarang-kurangnya sepasang pakaian tambahan.
- Lagi banyak kawan lagi seronok!
- Ada bas RapidKL shuttle percuma di Georgetown. Ada lebih kurang 13 perhentian tarikan utama. Boleh jimat kos!
2 - 9 April
Sambung cuti di rumah. "Menyiapkan" (sangat~) kerja rumah. Hehehe. 9 April balik asrama~
4 April
Pada tarikh keramat ini, aku dengan penuh yakinnya telah memilih universiti aku. Insya Allah aku nak sangat-sangat masuk University College London. Sekarang kena tumpu untuk keputusan A Level CIE - AAB. Insya Allah! Gotta catch 'em all! Berusaha keras!
10 April
Buat pertama kali ke Tanah Tinggi Genting! Sukanya! Alhamdulillah! Main macam-macam di situ. Biasalah... "jakun" dan "perak". Hehehe. Terima kasih banyak-banyak ye AEIZATISM!
Oh ya, ada pakej semua dalam satu untuk ke Genting ni. Jadi, carilah agen-agennya di tempat misalnya KL Sentral dan Terminal Putra Gombak (aliran RapidKL Kelana Jaya). Tak silap, bawah RM 50 sahaja! Pakej termasuk kereta kabel Skyride, dan tiket masuk untuk aktiviti Outdoor. Dan merasai kedinginan bayu banjaran Titiwangsa. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Sayup banjaran Titiwangsa.
12 April - 16 April
Oh, kelas! Hm~
17 April
Alhamdulillah, dapat cecah jua masjid ini, cuma kali ini lebih pantas mungkin sebabnya dah tahu jalan?
Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk menghadiri majlis ilmu di tempat yang pernah aku kunjungi dalam tahun ini juga. Lepas itu, terus ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, nak mengunjungi PC Fair. Hajat di hati nak dapatkan set fon kepala Bluetooth... Tapi apakan daya, tiada rezeki untuk hari itu. (Jimat RM250... hehehe...)
Booth boy yang "diselaputi" emas... Bang, ok ke kat dalam?
Maskot HTC Android! Sebenarnya di sebelah jejaka kacak (?) berdirinya dua orang gadis yang perasan seksi dengan memakai kostum HTC.
18 - 30 April
Kelas lagi.... oh ya... peperiksaan makin hampir! Ada aku kisah! Hehehe... Kisah... kisah...
Jeritan batin
Bukannya apa, cuma baru-baru ni, rasa makin tertekan. Kerja pun banyak. Masalah jiwa pun bertambah. Parah, parah. Doakan aku supaya aku boleh merentasi denai berduri ini! Apa pulak, peperiksaan la!
0 respons:
Post a Comment