Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

19.5.10

Panas... panas...

Salam. Baru saja habis menjawab kertas peperiksaan Matematik A Level, komponen Mekanik. Alhamdulillah, dah cuba menjawab yang terbaik, dan lepas ni hanya bertawakkal kepada Allah sajalah.


Ini dia kertas Cambridge A Level... Matematik komponen Mekanik (kertas 43)

Kali ni nak berkongsi mengenai kenaikan suhu global. Dalam ceramah Ustaz Hasrizal yang  aku hadiri dalam tiga minggu lepas, beliau ada menyatakan bahawa pemanasan global itu ada kaitan dengan kedahsyatan dosa segelintir manusia yang bergelumang dengan maksiat dasawarsa... eh, wallahualam. Macam itulah ujar beliau.
Sila baca tulisan beliau di sini - tulisan lama.

Hari ni lepas balik dari sekolah, baca blog-blog cuaca Weather Underground. Satu blog milik pengguna dengan nama samaran Weather456, telah mengetengahkan isu bulan April yang lepas merupakan bulan April yang "paling panas" dalam rekod cuaca. Lepas baca tulisan blog, aku sambung baca komen-komen pembaca yang menyusul. Selalunya begini juga bila aku baca blog Dr. Jeffrey "Jeff" Masters - salah seorang pengasas laman web Weather Underground.




11.3.10

Maka jadilah ia

Salam.

Aku dengan laptop aku... biasalah mula hanyut dalam dunia Internet ni. Tak guna Facebook, masuk blog orang, tak pun... carian Google rawak~ (pun boleh jadi!)


Sebelum tu, marilah sama-sama kita mengingati pemergian seorang tokoh ulama dalam kalangan umat Islam pada zaman ini, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi. Sedekahkanlah surah Al-Fatihah buat beliau. Beliau adalah Syeikh Besar Universiti Al-Azhar (dekan?). [Berita lanjut di sini]

Maka jadilah ia: suatu ribut tropika yang sepatutnya tak dapat terbentuk dek banyak faktor penolak menurut data saintifik
[Kredit gambar]

Ribut tropika di Lautan Atlantik Selatan. Itulah topik aku untuk post ni. Sebenarnya ribut tropika Atlantik Selatan ni fenomena yang jarang-jarang sekali. Dalam rekod [sila rujuk di sini], dalam tempoh 40 tahun, hanya ada 6 fenomena macam ni yang direkodkan. Subhanallah. Sistem cuaca buruk yang dah lama terjadi sejak awal minggu ni, dengan kuasa Allah, anginnya bertambah kuat, dan menambah bilangan tu menjadi 7. Subhanallah.

Setakat ini, tiada amaran yang dikeluarkan. Mungkin masih di peringkat awal kematangan sistem hurikan ni, jabatan kaji cuaca Brazil sedang merangka sebarang kemungkinan yang boleh terjadi. (ayat aku sendiri, mungkin bukan fakta). Setakat aku taip dalam blog ni, ribut tropika ni tak diberi nama, tapi diberi kod 90Q atau 90SL. [dari Wikipedia]

Subhanallah. Banyak peminat meteorologi terutamanya yang berkaitan fenomena ribut tropika / siklon tropika (istilah meteorologi), sistem ni sangat menarik. Insya Allah aku akan kongsi perkembangan, bila ada  kesempatan (aku ada kelas esok!). Hehehe.

Oh ya, mungkin nak tahu apa-apa pasal hurikan / taufan ke, tanya ye. Insya Allah, aku cuba jawab sebaik mungkin.



20.2.10

Panas di sini, sejuk di tempat lain?

Salam. Lama tak buat post baru. Bukannya apa, masa tak mengizinkan.

Gambar sekadar hiasan. [Sumber imej]

Rasanya dah lama tak tulis post pasal cuaca ni. OKlah, masuk terus kepada isu kali ni. Dalam 2-3 bulan ni aku nampak cuaca memang panas dan kering. Balik cuti kat Kedah, dalam bulan 12, rasanya ada hujan 3-4 hari saja, macam tu lah. Memang kering. Dekat KL, rasanya lagi OK dari Kedah kot, kurang-kurang dalam seminggu tu 2-3 kali hujan. Cuma baru-baru ni dekat KL, sebelum Tahun Baru Cina, terasa bahangnya. Lepas tu balik Kedah, pun sama juga. Nak keluar, balik-balik rumah, penat sangat sebab kepanasan. Tak tahu la macam mana tempat lain, mungkin ada tempat hari-hari nyaman sebab hujan turun?




16.12.09

Menjengah meteor (tahi bintang Geminid) awal pagi-pagi buta hari ini

Pertama sekali alhamdulillah sebab diberi rezeki daripada Allah swt sebab langit memang cerah pagi tadi. Clear skies!!! Tapi malam ni tak! Hm... memang cuaca Malaysia ni sangat dinamik!

Terlebih dahulu mari kita tahu pasal meteor. Kadang-kadang memang ada seketul dua tahi bintang kat langit.
Dalam sains darjah enam, sebarang objek yang merentasi atmosfera dikenali sebagai meteor.

Tapi tiba-tiba dalam seminggu tu ada banyak. Makin banyak dari hari ke hari. Biasanya event ni lebih dikenali dengan nama hujan meteor (meteor shower). OK... komet ada ekor, ekor tu terjahan material. Biasanya "sisa-sisa" itulah tertinggal di orbit komet tu. Bila bumi mendekati orbit komet yang tertentu, "sisa-sisa" tu ditarik ke bumi oleh graviti bumi sendiri, dan "terbakar" di atmosfera akibat daya geseran yang tinggi. Semestinya "sisa-sisa" tu bukannya seketul dua! Maka banyak meteor boleh dicerap di langit, insya allah diberi keadaan langit cerah. Hehe.

Kalau jumlah meteor yang boleh dicerap tu sangat banyak sampai boleh naik bulu roma, event tu bertukar menjadi ribut meteor. Tapi insya Allah masih selamat. Oh ya, hujan meteor ni juga salah satu pencerapan astronomi percuma. Hanya guna mata kasar saja. Binokular boleh guna untuk cerap meteor yang malap. Oh ya, kerusi malas ke, lapik kepala ke, tikar ke, tilam lagi bagus, sebab nanti boleh baring sambil tengok langit! Tak de la, nanti sengal leher tu! Dalam setahun ada event hujan meteor yang utama kalau tak besar pun. Contohnya Perseids (Ogos), Leonids (November), dan Geminids (Disember). Rujuklah blog, Google, laman artikel Wikipedia, tak pun akhbar.




12.12.09

Apa yang telah kubaca?

Salam semua.
Bukan nak share apa yang dah revise *uhuk* *uhuk*...
Tapi ada artikel yang dah dibaca setakat hari ni, dan terasa nak share kepada semua. :)

1. Memperkasa bioteknologi umat: cakap pasal keperluan membangunkan ilmu biotek demi umat Islam, kenapa pentingnya hal ni, status halal produk biotek, dan cabaran dalam perusahaan biotek. So, to all my friends taking biotech, go, go, go! Put your efforts to make your dreams realized! Insya Allah! Link alternatif sekiranya "Page not found" [klik sini].

2. Khutbah Al-Wida' : satu-satunya khutbah yang disampaikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan juga huraian ringkas setiap isi. Daripada laman web Hizbut Tahrir Malaysia. Link alternatif sekiranya "Page not found" [klik sini].

Itu saja. Mudah-mudahan dapat meluaskan pemikiran dan memperbaik diri.



11.12.09

Sekadar berkongsi...

Sebenarnya ni antara e-mel yang dapat dari mailing list kumpulan e-kampung (boleh join, dalam Yahoo! dan Google).

E-mel tu berbunyi begini...


Salam Saudaraku,

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.





26.11.09

Subhanallah~

Walaupun jauh dari perkembangan dunia luar sebab xde internet.. tapi dah ada peluang ni.. gunakan jela.
Just nak cakap pasal monsun akhir tahun ni.

Of course, Kelantan, Terengganu, Kedah, dan ada lah tempat2 lain dah naik air. Ini semua sejenis ujian. Kpd yg kena musibah sebegini bersabarlah. Allah Maha Mengetahui.

Terkejut dengar berita baru2 ni ada lekukan tropika kat Laut China Selatan. Bayangkan kalau benda ni terus develop jadi ribut tropika. Even lekukan tropika ni pun kalau kena Malaysia pun boleh banjir teruk, kalau tak angin ribut!

Oh ya, lekukan tropika ni kawasan cuaca buruk yg sebenarnya bertekanan rendah (bawak hujan) dan of course, rough seas atau keadaan ribut kalau di darat. Dalam bahasa Inggeris, dikenali sebagai tropical depression. Depression.. hehe.. kalau nak info yang lebih teknikal rujuk Wikipedia kat sini. Selalunya precursor (yang boleh dibuat) kepada ribut tropika dan sistem yang lagi kuat - taufan. Selalunya ribut tropika dan taufan ni la yang diberi nama (yang pelik2 tu) dan diberi perhatian oleh jabatan2 kaji cuaca kat negara2 yang ada risiko tinggi dibadai siklon tropika (nama umum utk sebarang sistem lekukan tropika, ribut tropika, taufan dan hurikan - ini istilah meteorologi/kaji cuaca).





Your Computer