Pagi Sabtu 20 Mac... dengan rahmat daripada Allah s.w.t., Dia tunjukkan suatu peringatan... Err... Enough said.
Menjelang tengah hari, aku dengan Wan Husni pun terus ke destinasi.
Pintu masuk di ruang legar PWTC
Sampai-sampai saja... subhanallah! Banyaknya orang yang berpusu-pusu masuk ke dalam PWTC ni! Biasalah kan, hari hujung minggu, orang ramai ada masa terluang yang boleh dihabiskan, mungkin dengan keluarga
Dato' Lat dan pelancaran Kampung Boy dalam bahasa Arab, Tifl Al-Qaryah
Pusing-pusing lagi, pergi booth lain. Dekat aras tu, buku-buku mainstream memang banyak. Contohnya, buku akademik sekolah rendah dan menengah, buku berunsurkan keagamaan, novel, dan lain-lain. Dah bosan dengan aras 3, naik ke aras 4. Ha! Lain sikit aras 4 ni, sebab semuanya penerbit buku ilmiah untuk kegunaan dalam universiti dan penerbit buku antarabangsa. Macam Penguin Books dan Cambridge University Press. Nak beli novel nombor 1 akhbar New York Times? Buku rujukan A Level? Buku rujukan universiti tebal-tebal? Semua ada dekat sini.
Turun ruang legar pula. Dalam jam 2.00 petang, di booth MPH Bookstores, ada sesi autograf dengan Syeikh Muszaphar Shukor, mungkin sempena buku baru Journey to Space, yang semestinya berkaitan misi angkasawan negara ni tahun 2007. Fuh! Berpusu-pusu peminat datang, terutamanya yang berjantina perempuan. Hehehe. Laku lagi beliau walaupun sudah berpunya dan bakal mendirikan masjid, di samping menaiki jinjang pelamin tak lama lagi (over~!).
Eh eh... suka ye dia dapat autograf?
Jalan-jalan lagi... Perut pun mempersembahkan irama keroncong. Aku dengan Wan Husni terus pergi makan dekat The Mall, sebelah PWTC. Walaupun pusat membeli-belah ni tak besar macam Berjaya Times Square atau Pavilion, tapi ada juga Starbucks, KFC, McDonalds, Pizza Hut, kopitiam, dan lain-lain. Tak ada rezeki nak makan dekat restoran makanan segera, sebab asyik-asyik makanan segera. Eh, tak adalah, tempat tak ada. Food court pun jadilah.
Masuk sekali lagi. Kali ini di booth Hijjaz Publishing, tak silap aku, pelancaran album selawat In-Team dan... tak ingat satu kumpulan nasyid lagi. Yang turun padang dalam majlis mini ni, saudara Syahril dan Abd. Rahim dari kumpulan In-Team. Sekali lagi untuk pertama kalinya diberi rezeki dari Allah untuk dipertemukan dengan public figure. Biasalah, siapa lagi selain daripada pelajar sekolah terutamanya muslimah... (Hehehe...) yang ingin menyimpan kenangan sekali seumur hidup dalam gambar.
Publisiti percuma pelajar sebuah SMA ehsan dari blog Perjalanan Masih Jauh.
Oh ya... lupa nak sebut pasal booth terbesar dalam pameran buku ni. Semestinya booth Karangkraf. Ruangnya satu dewan persidangan! Segala karya ada... cakap je... novel, majalah, tabloid dan lain-lain. Ada juga jualan keluaran edisi yang lepas. Dan juga ada sesi bersua dengan penerbit setiap anak syarikat Karangkraf (macam tu la kot?).
6.30 petang... otot kaki dah mula longgar... Wan pun sama. Kami pun baliklah. Insya Allah ada kesempatan kami pergi lagi.
Oh ya, aku pergi tak balik dengan tangan kosong... Inilah apa yang aku sempat beli:
Alam Matematik dari booth ITNM. Geek-nya!
Buku nota tu hadiah saguhati, sebenarnya tiap-tiap pembelian dari booth ITNM kita berpeluang dapat hadiah macam PSP Go, netbook VAIO, camcorder dan gajet-gajet lain. Wow! Tapi kena teka kod 6 digit, kalau betul dapat hadiah.
Tabloid ILuvIslam dari keluaran pertama hingga keluaran terkini. Dapat button badge percuma.
Pameran pesta buku ni berlangsung sampai Ahad (28 Mac) depan. Masih ada masa... Kepada pembaca yang tak pernah merasa event macam ni dan duduk di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, aku galakkan untuk jejakkan kaki sementara pameran ni masih berlangsung. Cuma, katakan pergi pada hari hujung minggu, tak seronok. Orang terlalu banyak.
Kemaskini 28 Mac 2010:
Alhamdulillah diberi kesempatan nak berkunjung ke sini lagi hari Sabtu, 27 Mac. Cuma kali ni nak berkongsi sesi bersama penulis. Alhamdulillah berkesempatan untuk jumpa depan mata :)
Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) melancarkan karya terkininya.
Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nor Bahyah
Salah seorang DJ (berbaju merah; berbaju putih tu kawan aku) IKIM.fm - DJ Erwan
Insya Allah, diberi keredhaan daripada-Nya, bila-bila boleh datang balik...
Sebelum aku habiskan post ni, kepada yang belum lagi mengunjungi pesta buku, masih ada hari terakhir iaitu hari Ahad (28 Mac)!
0 respons:
Post a Comment