Showing posts with label Rohaniah. Show all posts
Showing posts with label Rohaniah. Show all posts

11.8.10

Selamat datang ya Ramadhan

Salam. Kali ni memang lama tak menulis sebab asyik menyunting rencana di Wikipedia. Asyik sangat, sebab seronok sampai terabai pula blog ni. Insya Allah kali ni nak menulis mengenai bulan Ramadhan (Clichélah pula!). Tulisan kali ni menggambarkan bingkisan-bingkisan sang penulis terhadap dirinya sendiri. Mudah-mudahan para pembaca boleh dapat manfaat juga, insya Allah.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2: Ayat 183)






1.6.10

Kisah untuk dikongsi

Salam. Hari ni aku nak "bercerita" pula. Terima kasih kepada saudara Naufal (jangan kembang ye!) kerana berkongsi ilmunya.

Alkisah...

Ada seorang syeikh di negara Mesir ni, salah seorang daripada hamba Allah, pada satu hari telah menaiki teksi dengan anaknya. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki ni naik tumpang sekali. Semasa dalam perjalanan, lelaki itu (macam lelaki lain juga) mengeluarkan rokok dan pemetik api. Mestilah lepas itu dia menghisap rokok tanpa segan silu. (Tambah saudara Naufal, antara segala ragam orang Arab.)

Syeikh tadi nak menegur, tetapi beliau mempunyai metode yang luar biasa dalam dakwahnya.. boleh sahaja syeikh ni nak keluarkan dalil-dalil untuk hukum lelaki itu. Nak tahu tak bagaimana syeikh ni tegur?

Beliau mula berbicara dengan lelaki tadi, "jam pukul berapa?" Kemudian syeikh tadi menyatakan ada satu masalah untuk dikongsikan dgn lelaki itu. Lelaki itupun berkata, "saya OK je!". Syeikh pun mula bercerita tentang anak di sebelahnya itu suka sangat akan gula-gula. Macam-macam jenis nasihat dah keluar dari mulutnya, anak syeikh ni masih "khayal" dengan gula-gula. Syeikh ingin meminta jasa baik lelaki ni kalau-kalau nasihat lelaki membuat hati anaknya terbuka untuk berhenti high dengan gula-gula.

Lelaki ni pun mula memberikan nasihat, misalnya, "gula-gula ni tak elok untuk kesihatan", "nanti gigi jadi jongang la...", "malam-malam semut masuk dalam mulut", dan nasihat-nasihat lain.

Selepas lelaki tadi macam dah puas berhempas-pulas memberi sebab-musabab, syeikh berterima kasih atas nasihat yg mantap. Tapi tak habis lagi kisah ni, apabila syeikh nak tanya pendapat daripada lelaki tadi tentang benda lain pula. (Saudara Naufal mencelah lagi, bahawa orang Arab memang pantang ditanya. Mesti terjawab.) Syeikh mula bertanya, "macam mana pula nak beri nasihat kepada orang yang hisap rokok ye?"

Tamat sudah alkisah. Apa reaksi anda sekiranya ada menjadi watak lelaki tadi?

Bagi aku, itu adalah salah satu cara untuk berhikmah dalam setiap tindakan kita. Apakah yang dimaksudkan dengan hikmah? Menurut Kamus Dewan (maksud literal, dari segi bahasa), hikmah membawa erti kecerdikan. [Rujukan] Maksud dari segi istilah (terminologi), metode dakwah untuk mendekati sesuatu golongan tertentu [Rujukan]. Jadi, pendekatan yang berbeza perlu diterap bagi golongan yang berbeza. Wah, aku cuma menyebut sumber, macam biasa. Sampai sini sahaja tulisan buat kali ini.

PS: Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia bagi tahun 2010 yang jatuh pada 31 Mei setiap tahun.



28.5.10

Usaha dulu baru tawakal

Salam. Hari ni (Jumaat, 28 Mei 2010), aku dah jawab kertas Matematik (Matematik Tulen) 9709/33 dan Fizik (Soalan Struktur A2) 9702/42. Kertas matematik tu waktu pagi, kertas fiziknya tengah hari. Er, biasalah, peperiksaan mana yang senang kan? Kepada yang tengah mencari kertas soalan tahun-tahun lepas sila berpatah balik, sebab blog ni bukannya bank soalannya, harap maaf (nada telefonis).

Habis-habis saja, rasa tak puas hati tu adalah juga. Sebab ada soalan yang gagal dipuaskan kehendaknya, Hehehe. Apa yang boleh dibuat? Yang sudah lepas, lepaslah. Tak perlu nak menyesal. Tawakal. Sebut pasal tawakal ni, aku nak sentuh sikit untuk tulisan kali ni.

Tawakal (توكُل) ni maksudnya "berserah diri kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh". [rujukan] Ha... itulah definisi "buku teks". Sememangnya tawakal itu sinonim dalam hidup kita terutamanya dalam hampir semua situasi. Perlu ke nak bagi contoh? Tak perlu rasanya... hehehe. Tahu sendiri tahu kan...? Tambahan (sila rujuk pautan tadi), sedangkan dalam dakwah Rasulullah s.a.w. pun, baginda bertawakal. Inikan pula urusan duniawi yang prioritinya tak terbanding dengan usaha baginda.




27.2.10

Menagih kasihmu

Salam. Post ni sempena Maulidur Rasul. My bad, tertunda sehari...

Apa-apapun nak cerita pasal sirah baginda... rasanya mesti banyak post dalam blog-blog lain dah bagi penerangan, malahan dalam-dalam lagi. Kehebatan baginda, ukhrawi dan duniawi, sama juga. Pasti banyak, bukan setakat blog saja, ceramah la, iklan la... macam-macam lagi la.

OK. Aku cuma nak kongsi syair yang ada dalam album Gemersik Sufi: Marhaban Ya Rasul oleh Allahyarham Asri Ibrahim. Masih di pasaran, RM 19.90 (CD). Download? Minta maaf banyak-banyak ya. Hak cipta terpelihara.

***
Track 4
Narration 1 [Saat menantinya...]

dinihari di Madinah al-Munawwarah
dipersaksikan Saidina Abu bakar, ibnu umar,
disaksikan Abu Hurairah, Anas


kulihat para sahabat berkumpul di masjidmu,
angin Sahara membekukan kulitku,
gigiku gemertak
kakiku bergoyang
hatiku tak keruan
tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka
engkau datang
ya Rasul Allah
kupandang dikau
kudengar salam bersahut-sahutan


kau tersenyum
ya Rasulullah
wajahmu bersinar
angin Sahara berubah menjadi hangat
cahayamu menyelusup seluruh sendi dan darahku




18.1.10

Petikan terjemahan ayat al-Quran (Surah Āli 'Imrān)

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (١٨٥) ۞ لَتُبۡلَوُنَّ فِىٓ أَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِڪُمۡ وَلَتَسۡمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِڪُمۡ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُوٓاْ أَذً۬ى كَثِيرً۬ا‌ۚ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ (١٨٦)۝


Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. [185] Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati daripada orang yand diberi kitab sebelum kamu dan daripada orang musyrik. Jikalau kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan. [186]


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١) ۝  
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, [190] (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini (dengan) sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka." [191]


رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ (١٩٣)۝
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu), "Berimanlah kamu kepada tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang yang berbakti. [193]


Terjemahan dipetik dari Al-Quran dan Terjemahannya (Rasm Uthmani) terbitan Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Petikan kalimah Al-Quran dipetik daripada laman web Quran Explorer.




13.1.10

Petikan terjemahan ayat al-Quran

(Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlha kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." [Aali-Imran 3:8]

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia [rasa] cinta terhadap apa yang diingini, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta-benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat yang baik. [Aali Imran 3:14]



9.1.10

Petikan ayat al-Quran

"... Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. ..." [Al Baqarah 2:191]

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al Baqarah 2:216]



12.12.09

Apa yang telah kubaca?

Salam semua.
Bukan nak share apa yang dah revise *uhuk* *uhuk*...
Tapi ada artikel yang dah dibaca setakat hari ni, dan terasa nak share kepada semua. :)

1. Memperkasa bioteknologi umat: cakap pasal keperluan membangunkan ilmu biotek demi umat Islam, kenapa pentingnya hal ni, status halal produk biotek, dan cabaran dalam perusahaan biotek. So, to all my friends taking biotech, go, go, go! Put your efforts to make your dreams realized! Insya Allah! Link alternatif sekiranya "Page not found" [klik sini].

2. Khutbah Al-Wida' : satu-satunya khutbah yang disampaikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan juga huraian ringkas setiap isi. Daripada laman web Hizbut Tahrir Malaysia. Link alternatif sekiranya "Page not found" [klik sini].

Itu saja. Mudah-mudahan dapat meluaskan pemikiran dan memperbaik diri.



11.12.09

Sekadar berkongsi...

Sebenarnya ni antara e-mel yang dapat dari mailing list kumpulan e-kampung (boleh join, dalam Yahoo! dan Google).

E-mel tu berbunyi begini...


Salam Saudaraku,

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.





Your Computer