Ini dia kertas Cambridge A Level... Matematik komponen Mekanik (kertas 43)

Sila baca tulisan beliau di sini - tulisan lama.
Hari ni lepas balik dari sekolah, baca blog-blog cuaca Weather Underground. Satu blog milik pengguna dengan nama samaran Weather456, telah mengetengahkan isu bulan April yang lepas merupakan bulan April yang "paling panas" dalam rekod cuaca. Lepas baca tulisan blog, aku sambung baca komen-komen pembaca yang menyusul. Selalunya begini juga bila aku baca blog Dr. Jeffrey "Jeff" Masters - salah seorang pengasas laman web Weather Underground.

Oh, lupa nak cakap, data-data ni dipetik daripada Pusat Data Iklim Negara, Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat. Data setiap bulan dipetik daripada laporan keadaan iklim bulanan, yang dikemaskini setiap bulan. Ada dua kategori laporan: laporan setempat (sekitar Amerika Syarikat) dan laporan antarabangsa. Wow, sungguh rajin, cekap dan terkini.
Bulan | Darat + Laut | Darat | Laut |
Jun 2009 | 2 | 6 | 2 |
Julai | 5 | 9 | 1 |
Ogos | 2 | 4 | 1 |
September | 2 | 2 | 5 |
Oktober | 6 | 6 | 5 |
November | 4 | 8 | 4 |
Disember 2009 | 8 | 31 | 2 |
Januari 2010 | 4 | 12 | 2 |
Februari | 6 | 14 | 2 |
Mac | 1 | 4 | 1 |
April | 1 | 3 | 1 |
Oh ya, Jabatan Meteorologi (Kaji Cuaca) Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai Monsun Barat Daya (fail pdf). Dijangka berlaku antara Jun hingga September tahun ini. Mungkin sekarang waktu pertukaran musim, sebab tu sesetengah tempat hujan lain macam. Wallahualam. Mudah-mudahan hujan pembawa rahmat Allah menyuburkan tanah di muka bumi Malaysia yang bertuah ni, insya Allah.
Sampai sini sahaja perkongsian ilmiah tulisan ini.
2 respons:
camne mechanics??soalan yg last2 tu cam susah sket r...kene cover balik ni p3...good luck
wah.. sorry balas lambat.. hehe... er.. boleh tahan la... soalan last tu actually M/J/05 pny soalan.. mmg x pernah keluar kesekian kalinya.. hehe.. good luck juga fai!
Post a Comment