Oklah, hari ni aku nak kongsi software yang aku guna hari-hari. TweetDeck. Dah ada nama "tweet" tu mestilah kegunaannya khusus untuk Twitter kan? Tapi yang bestnya TweetDeck ni, ada fungsi tambahan. Nanti nak cerita. Bawah sikit. Nak pasang, masuk laman webnya dulu.
Screenshot TweetDeck dalam Windows Vista
Keperluan minimum? Insya Allah software ni boleh jalan dalam Windows, Mac dengan Linux! Tapi kena pasang Adobe Air dulu. Kalau tak ada, tak apa, dekat laman web muat turun software ni ada. Sekali tekan, automatik terus pasang Adobe Air dengan TweetDeck. Oh ya, terlupa, nak sedap guna kena ada Internet jalur lebar. Yang berkongsi talian macam aku ni, tengok keadaan juga la. Katakan banyak teman serumah aku pakai Internet (terutamanya torrent... haisy...), tak sedap guna...
Lepas siap pasang dah boleh guna. Tak silap aku, tak payah restart sistem. Log off User pun jadilah katakan tak sedap hati juga. Dalam Windows, TweetDeck boleh letak shortcut dalam menu Start, Quick Launch, atau Desktop. Windows 7? Wallahualam, sama ada letak dekat task bar, ada menu cepat akses ke tak...
TweetDeck memanaskan enjin
Macam aplikasi-aplikasi lain, TweetDeck pun ada juga welcome screen.
Welcome!
Oklah, masuk bahagian fungsi-fungsi TweetDeck. Tujuan utama TweetDeck tak lain tak bukan... tak payah guna browser nak buka Twitter! Hahaha... Lepas tu ada pilihan nak buat akaun TweetDeck. Pilihan - nak ke tak nak. Kelebihan buat akaun ni satu saja, katakan ada mesin lain yang pasang TweetDeck, kita tak payah susah-susah nak setting lain. Mula-mula memang boleh guna untuk Twitter saja, tapi kita boleh tambah lajur lain macam Status Update Facebook, MySpace dengan LinkedIn.
Di sini, kita boleh pautkan (link) TweetDeck dengan tiga jenis laman jaringan sosial lain.
Sekarang nak tunjuk macam mana TweetDeck beraksi (TweetDeck in action). Macam biasa la, interface tak jauh beza dengan Twitter dan Facebook. Cuma fungsi utama, kena mouse over dekat gambar user, nampak pilihan tambahan. Tak pun dekat gambar profail pengguna, klik kanan tetikus tu. Ada menu.
What's happening? (Twitter) = What's on your mind? (Facebook)
Perkara pertama. Update Status. Dekat butang berwarna kuning. Boleh update untuk Twitter dan Facebook serentak! Tapi boleh pilih juga. Tekan sekali dekat Facebook katakan tak nak update Facebook. Yang bestnya, bila kita tarik gambar, TweetDeck tolong upload gambar tadi. Letak pautan web (links), TweetDeck tolong pendekkan dalam sekelip mata saja. Contohnya ada URL yang panjang berjela akan jadi http://bit.ly/
Bila kita minimize TweetDeck dan guna aplikasi lain, katakan ada tweet baru atau Status Update baru daripada Follower (Twitter) atau Friends (Facebook), pilihan default (asal), akan ada kotak macam screenshot di bawah ni. Dengan bunyi ala-ala "pop".
Tweet baru atau yang belum dibaca bila kita lancarkan TweetDeck
Bila kita keluar atau log keluar daripada TweetDeck dan kita log masuk balik, kotak yang sama keluar.
Lajur Status Update Facebook dalam tetingkap utama TweetDeck
Mesej status Facebook: komen dan "Like" segera
Katakan Status Update baru keluar, fungsi yang sama juga ada dalam kotak pengumuman tu.
Sentuh bahagian kelemahan TweetDeck. Untuk Twitter, bila kita buka sekali-sekala TweetDeck, dan lebih banyak guna pakai browser, jangan terkejut bila ada banyak tweet "yang belum dibaca". Sama juga dengan Facebook. Lagi satu, bila ada orang komen dekat Status Update, TweetDeck tak akan beri pengumuman komen. Mahu tak mahu kena buka Facebook dekat browser..
Akhir kata untuk post ni. Sebenarnya aku tak la nak bagi guide lengkap. Sekadar nak tunjuk ciri-ciri TweetDeck yang aku fikirkan bagus. Bila guna TweetDeck ni sebenarnya tolong aku fokus nak buat kerja rumah aku (ye ke...), sebab tak payah buka browser... log masuk.. tutup tab Twitter/Facebook... dan hanyut dalam dunia Internet! Ada alternatif lain untuk TweetDeck macam HootSuite dan lain-lain. Ada apa-apa boleh letak komen dekat bawah. Insya Allah yang boleh diusahakan aku cuba. OK?
"Pop!" Status Update Facebook baru! :)
0 respons:
Post a Comment