Showing posts with label Rawak. Show all posts
Showing posts with label Rawak. Show all posts

6.6.11

Ana seorang jutawan!

Salam.

Ana buka e-mel dan macam biasa... ini adalah salah satu e-mel yang ana terima.

€1,850,000 tu... Mengikut kadar tukaran matawang, bersamaan RM8,150,296.46. [Pada 5 Jun 2011 melalui laman XE]
Tapi sayangnya kenapa masuk folder Spam? Tak mengapa. Sesiapa yang mahukan wang ini boleh sahaja hubungi wakil yang memberi maklumat yang tertera.

Tak perlu susah-susah nak buat MLM, skim piramid dan menaip separuh masa. Rezeki terpijak katanya.

Sekianlah tulisan ana yang penuh sindiran ini.



4.4.11

Sebelum bertindak, berhenti dan kaji dahulu

Salam. Ana, lepas penat berziarah, tiba-tiba dapat pautan sebegini pada hari ni. Bukan ana meragui, cuma laman sebegini yang sangat popular (menurut Alexa pada tulisan ini ditulis, laman ke-216 paling popular di Malaysia), sanggup membiarkan penulis yang sebegini menyebarkan cerita yang kurang enak akibatnya.

Ana hanya boleh beri pautan di sini. Ana sarankan supaya pembaca masuk sendiri. Sekiranya tulisan tersebut dipadam, ana telah arkibkan di sini.

Dalam karya blog di laman terbabit, imej ini menyusul. Ana, dengan izin, ingin memautkan gambar tadi:

Ada logo Vegetarian Society di situ, perhatikan.




1.4.11

Google dan April Fool

Sementara ana tunggu akak cleaner melakukan tugas di kolej kediaman ana...

(1) Gmail Motion BETA

Wah! Guna Gmail dengan gerakan badan sahaja dengan kamera (web). Nak lawan Apple-lah tu dengan teknologi pelbagai sentuh!

Pencahayaan, kamera, a.....iseh!
(2) YouTube dan meme 100 tahun lepas

Hehehe. Sekiranya fenomena YouTube ini diinspirasikan 100 tahun yang lalu...

876 orang tidak menyukai video ini...
 (3) Tawaran kerja Google (juga "iklan" di YouTube)

... sebagai seolah peneka frasa carian di Google! Mampu?


Dan ada lagi... di laman-laman web yang lain. Ana harap ana tak kena "prank" hari ni. Kena juga? Ana pukul dia puas-puas sampai ke lubang cacing! Hehe.




15.1.11

Ada apa dengan UCL

Tiba-tiba nak promote universiti. Bukannya apa, saja nak berkongsi. Tolong (bakal) junior isi borang UCAS katanya, kan. Tak pun nanti nak pilih firm university atau insurance university. Itu je. Perhatian: penulis blog tidak dibayar oleh UCL mahupun sesiapa sahaja yang berkaitan dengan UCL.

Bangunan utama UCL di bahagian Quad.

1. Ranking dan hidup universiti

Mungkin banyak orang pilih masuk universiti ni atas sebab ranking (aku pun – tapi aku rasa yang itu yang aku mampu).

Wikipedia sikit... walaupun... mungkin tak se-gah Imperial College, mungkin Kings College. Tapi, Imperial College tidak menyediakan pengajian untuk aliran kemanusiaan ataupun seni (Arts). Mungkin (sekadar pendapat aku saja ye!) sebab itulah Imperial boleh potong. Hehehe. Oops. LSE? Amboi, nak kita banding bezakan buah epal dengan buah oren pula!

Ok, ok. Ranking ini boleh diguna sebagai kayu ukur, tapi diingat, ranking yang sesuai atau muktabar ialah ranking QS dan boleh juga Times Higher Education. Ranking oleh penerbitan akhbar bolehlah juga, cuma jangan dijadikan kiblat semata-mata sebab, er, kadang-kadang biasalah... sekadar pandangan seorang jurnalis...

Hiruk-pikuk seorang pelajar universiti. Er, bergantung kepada subjek which you are going to read. Takkanlah nak ambil kejuruteraan elektronik nak tanya seorang pelajar dalam fakulti fizik dan astronomi? Hehehe. Bergantung....




22.3.10

Parodi iklan FarmVille, Mafia Wars dan Cafe World

Salam. Ada post untuk minggu lepas. Sabar ye... Tenaga tak cukup!

Kali ni mari kita bergelak-gelak dengan aplikasi Facebook.

Mesti ada yang pernah main FarmVille, Mafia Wars... dan Cafe World! Kan? Kan? Kan? Aplikasi yang paling banyak diguna (er... dimain) dalam Facebook! OK, mungkin sekadar nak buat lawak (bodoh), makhluk bernama Toby Turner atau lebih dikenali sebagai Tobuscus dalam YouTube, dialah yang buat ketiga-tiga sketsa YouTube ni. Pendek cerita, enjoy!

This game pushes the limits of the imigination... BACKWARDS!
Pautan
Uh oh, Boss Fight! "Take that! Owned! With a 'P'!"
Pautan
What if you wanna cook your crops and sell them to your
irritated Facebook friends? [rujukan kepada FarmVille]
Pautan
HTML Tables


Haha... itu saja untuk kali ni. Tunggu ye untuk post baru... banyak cerita!



Your Computer