Aku dengan laptop aku... biasalah mula hanyut dalam dunia Internet ni. Tak guna Facebook, masuk blog orang, tak pun... carian Google rawak~ (pun boleh jadi!)
Sebelum tu, marilah sama-sama kita mengingati pemergian seorang tokoh ulama dalam kalangan umat Islam pada zaman ini, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi. Sedekahkanlah surah Al-Fatihah buat beliau. Beliau adalah Syeikh Besar Universiti Al-Azhar (dekan?). [Berita lanjut di sini]
Maka jadilah ia: suatu ribut tropika yang sepatutnya tak dapat terbentuk dek banyak faktor penolak menurut data saintifik
[Kredit gambar]
[Kredit gambar]
Ribut tropika di Lautan Atlantik Selatan. Itulah topik aku untuk post ni. Sebenarnya ribut tropika Atlantik Selatan ni fenomena yang jarang-jarang sekali. Dalam rekod [sila rujuk di sini], dalam tempoh 40 tahun, hanya ada 6 fenomena macam ni yang direkodkan. Subhanallah. Sistem cuaca buruk yang dah lama terjadi sejak awal minggu ni, dengan kuasa Allah, anginnya bertambah kuat, dan menambah bilangan tu menjadi 7. Subhanallah.
Setakat ini, tiada amaran yang dikeluarkan. Mungkin masih di peringkat awal kematangan sistem hurikan ni, jabatan kaji cuaca Brazil sedang merangka sebarang kemungkinan yang boleh terjadi. (ayat aku sendiri, mungkin bukan fakta). Setakat aku taip dalam blog ni, ribut tropika ni tak diberi nama, tapi diberi kod 90Q atau 90SL. [dari Wikipedia]
Subhanallah. Banyak peminat meteorologi terutamanya yang berkaitan fenomena ribut tropika / siklon tropika (istilah meteorologi), sistem ni sangat menarik. Insya Allah aku akan kongsi perkembangan, bila ada kesempatan (aku ada kelas esok!). Hehehe.
Oh ya, mungkin nak tahu apa-apa pasal hurikan / taufan ke, tanya ye. Insya Allah, aku cuba jawab sebaik mungkin.
0 respons:
Post a Comment