1.6.10

Kisah untuk dikongsi

Salam. Hari ni aku nak "bercerita" pula. Terima kasih kepada saudara Naufal (jangan kembang ye!) kerana berkongsi ilmunya.

Alkisah...

Ada seorang syeikh di negara Mesir ni, salah seorang daripada hamba Allah, pada satu hari telah menaiki teksi dengan anaknya. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki ni naik tumpang sekali. Semasa dalam perjalanan, lelaki itu (macam lelaki lain juga) mengeluarkan rokok dan pemetik api. Mestilah lepas itu dia menghisap rokok tanpa segan silu. (Tambah saudara Naufal, antara segala ragam orang Arab.)

Syeikh tadi nak menegur, tetapi beliau mempunyai metode yang luar biasa dalam dakwahnya.. boleh sahaja syeikh ni nak keluarkan dalil-dalil untuk hukum lelaki itu. Nak tahu tak bagaimana syeikh ni tegur?

Beliau mula berbicara dengan lelaki tadi, "jam pukul berapa?" Kemudian syeikh tadi menyatakan ada satu masalah untuk dikongsikan dgn lelaki itu. Lelaki itupun berkata, "saya OK je!". Syeikh pun mula bercerita tentang anak di sebelahnya itu suka sangat akan gula-gula. Macam-macam jenis nasihat dah keluar dari mulutnya, anak syeikh ni masih "khayal" dengan gula-gula. Syeikh ingin meminta jasa baik lelaki ni kalau-kalau nasihat lelaki membuat hati anaknya terbuka untuk berhenti high dengan gula-gula.

Lelaki ni pun mula memberikan nasihat, misalnya, "gula-gula ni tak elok untuk kesihatan", "nanti gigi jadi jongang la...", "malam-malam semut masuk dalam mulut", dan nasihat-nasihat lain.

Selepas lelaki tadi macam dah puas berhempas-pulas memberi sebab-musabab, syeikh berterima kasih atas nasihat yg mantap. Tapi tak habis lagi kisah ni, apabila syeikh nak tanya pendapat daripada lelaki tadi tentang benda lain pula. (Saudara Naufal mencelah lagi, bahawa orang Arab memang pantang ditanya. Mesti terjawab.) Syeikh mula bertanya, "macam mana pula nak beri nasihat kepada orang yang hisap rokok ye?"

Tamat sudah alkisah. Apa reaksi anda sekiranya ada menjadi watak lelaki tadi?

Bagi aku, itu adalah salah satu cara untuk berhikmah dalam setiap tindakan kita. Apakah yang dimaksudkan dengan hikmah? Menurut Kamus Dewan (maksud literal, dari segi bahasa), hikmah membawa erti kecerdikan. [Rujukan] Maksud dari segi istilah (terminologi), metode dakwah untuk mendekati sesuatu golongan tertentu [Rujukan]. Jadi, pendekatan yang berbeza perlu diterap bagi golongan yang berbeza. Wah, aku cuma menyebut sumber, macam biasa. Sampai sini sahaja tulisan buat kali ini.

PS: Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia bagi tahun 2010 yang jatuh pada 31 Mei setiap tahun.



0 respons:

Post a Comment

Your Computer