Lebih kuranglah wajah ana ni... cuma berbadan |
Ana tinggal di kawasan dahulunya boleh dikatakan kampung tetapi sekarang berubah sedikit demi sedikit menjadi kawasan subbandar. Bermulanya dengan sebuah hospital moden, kemudian dengan pertambahan isi rumah dan juga sumber pencarian ekonomi, dan yang terkini lebuh raya empat lorong.
Alhamdulillah, walaupun ana bukanlah orang regular di kawasan metropolitan Kuala Lumpur, maksud ana, bukanlah tempat lepak-lepak tetapi dua tahun dalam pengajian pra-universiti di sekolah telah membuatkan ana terfikir, sekiranya inilah yang dikatakan kehidupan serba urban dalam bandar seluas 250 kilometer persegi ini... nampaknya terbuktilah dengan penghijrahan ana ke United Kingdom.
Tetapi dalam hidup ini benda yang pasti ialah segala perancangan yang teratur, mengikut qada dan qadar, yang telah dimaktubkan Pencipta kita. Oleh sebab yang demikianlah Perjalanan Masih Jauh.
Ana sejak dari kecil sebenarnya meminati sains, kerana terlalu takjub dengan ilmu dan maklumat yang diperkasakan dengan pembacaan. Meminati astronomi apabila menjumpai sekeping laporan gerhana matahari di Sabah pada tahun 1995 berhampiran unggun api sampah. Kemudian berubah menjadi seorang geek dengan perkembangan Internet pada tahun 1998. Pada waktu itu dilengkapi modem 28.8kbps, Windows 95/98, Internet Explorer 5... panjang ceritanya. Hehe. Lama-kelamaan semakin suka membaca perkembangan dalam bidang sains. Ketika Hurikan (bukan taufan tau!) Katrina melanda New Orleans dalam tahun 2005, ana meminati sains atmosfera terutamanya siklon tropika (mengalah; taufanlah).
Terjebak sekejap dengan teori konspirasi dek The Arrivals, dan alhamdulillah, paradigma realiti ditala kembali. Tak baik bersangka-sangka buruk sepanjang masa! Bak kata bait lirik akhi Fairuz dalam lagu UNIC, Menuju Wawasan...
kita ada Allah maha kuasaDari segi ilmu fardhu ain, ana hanya ada asas amali fadhu ain sahaja di samping ilmu yang dipelajari melalui silibus. Memang benar, sehinggakan ketika ana dalam sekolah menengah sains, ana rasakan ilmu yang ada sudah mencukupi, hanya perlu belajar sedikit sebanyak daripada ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah. Tetapi Allah Maha Kuasa, petunjuk daripada-Nya yang sangat tidak ternilai dibandingkan dengan pembelajaran ana dalam jurusan astrofizik ini, mengubah paradigma ana. Mudah-mudahan dikekalkan nikmat sebegini insya Allah.
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
Dan ana rasa gembira dengan taraf ana sebagai seorang hamba yang berharap di samping mengharap. Wallahu 'alam.
0 respons:
Post a Comment