9.3.10

Bukan hari Sabtu yang biasa

Salam.

Sebenarnya dah taip post ni bukan main lama lagi. Malam Sabtu tu dah taip. Nak publish post ni, tiba-tiba internet rumah jadi perlahan sangat-sangat. Sampai la hari Ahad. Malam Isnin tu terlalu sibuk. Hehehe... macam-macamlah alasan!

Hari Sabtu aku keluar ke KL. Nak buka mata tengok dunia sebenar. Selama ni asyik buku, buku, buku, dan skrin laptop. Hahaha.

KL oh KL, yang selalu sesak~
Lokasi: Lebuhraya Cheras - Kajang dekat Exit 701

Sebelum tu aku nak kongsi salah satu sifat diri aku. Terus terang aku nak katakan yang aku ni memang sangat sensitif orangnya. Tapi bukanlah cerewet OK? Sensitif, fragile. Ha..! Sebab tu katakan ada orang buat drama depan aku, lepas tu hati aku tersentap, jangan risau, aku ni pemaaf orangnya (rasanya). Tapi katakan orang yang sama, buat sekuel drama tadi, hatiku tersentap sekali lagi... aku masih seorang yang pemaaf. Cuma janganlah minta maaf dengan cara let the hand does the talking, jangan buat cerita yang diragui kebenarannya, lagi-lagi berbaur unsur fitnah, dan macam-macam lagilah. Aku ni manusia yang lemah dan kerdil, minta maaf banyak-banyak, dalam kes tadi, aku nak face-to-face soft talk. Beritahu aku apa-apa yang tak kena pasal aku. Pendek cerita, aku dapat rasa "keikhlasan" dalam maaf tu dengan cara yang macam tu, sebab itulah cara aku.

OK, sekarang nak masuk isi utama. Tadi tu cuma sampingan saja. Commercial break.


Pada suatu hari yang terik... boleh nampak gelombang haba di atas permukaan jalan ... hari tu lah! Aku tengok dekat kaki lima. Terutamanya dekat Times Square dan mercu tanda kebanggaan KL yang lain dekat-dekat situ. Keluar je dari stesyen rel RapidKL Hang Tuah... boleh nampak hamba-hamba Allah yang mengharapkan belas ehsan orang lain memberi sedikit talian nyawa. Aku rasa korang tahu kot.

Gambar sekadar hiasan. [Kredit gambar]

Sedih aku tengok diorang. Nak tolong pun serba salah jadinya sebab ada kes "peminta sumbangan" ni kadang-kadang dalam sebulan boleh dapat sampai beribu-ribu! Kenapa aku tak kata "peminta sedekah"? OK, masa aku tingkatan 5 dulu, Ustazah Habsah (cikgu Pendidikan Islam) kata, sedekah maksudnya pemberian (harta) yang ikhlas. Lebih kuranglah. Tak betul, tolong betulkan ye? :) Sebab tu lah, tambah beliau, mana boleh minta "sedekah". Minta sumbangan bolehlah kan? :) Dan aku tak suka guna perkataan "pengemis"... Tapi... janggal-lah perkataan "peminta sumbangan" tu.

Ya Allah, kerdilnya aku ni. Aku bersyukur kepada-Mu ya Allah. Walaupun aku tak dikurniakan harta yang melimpah-ruah, tapi alhamdulillah, Engkau kurniakan kepada aku nikmat yang secukupnya, cukup bagi aku melaksanakan tanggungjawab aku, ya Allah.

Ya Allah, terasa lemahnya diri aku ni. Aku bersyukur kepada-Mu, sebab walaupun aku tak tinggi dan rabun jauh, tapi aku ada anggota badan yang dalam keadaan yang masih baik.

***
Jalan-jalan lagi, nampak gerai-gerai kecil dengan van-van penjaja di tepi jalan. Dekat walkway stesyen monorel Hang Tuah pun. Dekat Jalan Masjid India pun. Subhanallah, bersusah-payah diorang demi rezeki yang halal dan baik. Bila aku buat timbang tara, subhanallah, diorang sanggup berhempas-pulas, bersengkang mata, dan macam-macam lagi situasi...

Gambar sekadar hiasan. Rupanya lebih kurang macam ni, cuma belakang ada dinding batu. [Kredit gambar.]

Terkedu aku.

Ya Allah, aku bersyukur atas semua jenis kesenangan yang dikurniakan-Mu kepada diriku, keluargaku dan orang di sisiku.

Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka.

***

Balik hostel... dah jalan-jalan sampai tak menang kaki. Hehehe.

Dalam gerabak rel RapidKL. Tengok muda-mudi sebangsa yang sedap je dapat tempat duduk. Tengok cara diorang bersosial... Ya Allah, aku rasa kesian dekat diorang. Bukan salah diorang (manalah tahu), dan bukan salah orang sekeliling diorang. Dan aku nak kongsi petikan kata Izzat Ismail yang "hidayah ni milik Allah".

Dalam perasaan yang sebenarnya menyirap-nyirap...

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, sebab dengan keredhaan-Mu jugalah, Engkau bukakan pintu hatiku agar aku jauh daripada benda-benda ni, ya Allah. Terasa lemahnya aku ya Allah...

Ya Allah, mudah-mudahan dengan keredhaan-Mu, janganlah Engkau biar aku masuk ke dalam jurang kehinaan ya Allah!!!

Ya Allah, mudah-mudahan dengan keredhaan-Mu, kurniakanlah hidayah-Mu kepada mereka.

Eh, tak ada gambar hiasan? Hm... pandai-pandailah korang bayangkan macam mana keadaan tu!

***

Pendek cerita, mungkin ni suatu ujian Allah. Mungkin ada yang kata... "biasalah!", "nak kata apa", dan macam-macam lagi. Entahlah~ tapi hari Sabtu tu mungkin salah satu hari yang tinggal bekas dalam memori aku. Mudah-mudahan peristiwa-peristiwa ni buat aku sedar diri aku ni siapa a.k.a. muhasabah diri.

P.S. Sekadar manusia biasa.



0 respons:

Post a Comment

Your Computer