3.2.10

Apa cerita?

Salam. Lama tak tulis... hahaha...dah dua minggu tak kongsi khabar.

Gambar sekadar hiasan.

Bukannya apa, aku sibuk sangat-sangat... aku ada amanat lain yang lebih perlu diutamakan. Lepas satu, ada test pula (hari Selasa dan Rabu)... alamatnya kenalah study~

Study~ study~ study~ usaha~ usaha~ usaha~... in the end... *sob sob* ada yang tak boleh jawab... tak de rezeki... need to work even harder after this! Insya Allah! Awal bulan depan ada A2 Trials. Lepas Easter Break ada post trials. Tengah-tengah? Kelas tambahan... (tak nak pergi... hahaha!!!). Banyak lagi kena buat... sigh~


Aku bajet la, result test kali ni mesti... hahahaha!! Lepas tu... kena lagi... (tak nak cerita!) :P

OK la. Apa-apapun alhamdulillah, masih diberi keredhaan daripada Allah untuk diberi nikmat untuk melihat dunia ni.

Hari Ahad 24 Januari. Badminton tourney sesama teman-teman A Level Cempaka dengan Cempaka punya Sports Dept. dengan JPA! :D Best!! Sempat rakam beberapa video match tapi.. nak kena edit dulu.. nanti upload-lah! Nak dijadikan cerita... hadiah bukan rezeki kami... apa-apapun tahniah banyak-banyak team GEON dengan New Heart Order. Korang memang power abes! :P

Hari Isnin 25 Januari. Walaupun aku tak ada kena mengena pasal sesi A Level Oktober/November 2009 (sebab tak ambil mana-mana paper pun), tapi aku bersyukur, alhamdulillah, sebab teman-teman seperjuangan yang resit AS/ambil A2 dapat result gempak punya. Alhamdulillah. Tahniah (bakal) Dr. Izyani dengan (bakal juga) Dr. Izzat Hilmi! Manipal mari lepas ni... hahaha!!! :) Yang lain kat Cempaka, tahniah sebab (WOW!) ada yang mampu dapat result lengkap AAAA! Alhamdulillah. Yang kat INTEC ambil bahasa Jerman dengan bahasa Inggeris, tahniah! At least lepas kelayakan yang JPA letak! Tak payah pening-pening kepala lepas ni, boleh tumpu Edexcel punya A Level hujung tahun ni kan?

Hari Khamis, 28 Januari, lepas tunggu lama jugak la kan, alhamdulillah dapat semua offer dari ke-5-5 universiti. Aku hantar application hujung November lepas. Insya Allah diberi peluang (dan dapat result A Levels tip top) nak further dalam Fizik/Astrofizik.

Nak shortlist universiti yang dah dapat offer dengan gred A Level minimum:

Universiti Gred A-Level Minimum
University College London A (Mat), A (Fizik), B (Kimia/Bio)
University of Birmingham A (Mat), BB (Fizik dan Kimia/Bio)
University of Manchester AAA
University of Leeds ABB
University of Sheffield ABB (tak sure sebab tak dapat log masuk UCAS Track)

Kepada pembaca blog aku yang budiman, sebarang cadangan membina pasal nak pilih universiti ni... jangan simpan je! Insya Allah (dengan result A2 yang elok bulan 8 lagi) nak masuk UCL (BSc Astrophysics), untuk insurance Birmingham, insya Allah :)

Tak sabar nak balik rumah nak tengok surat-surat yang menyumbat dalam peti surat.

Yang tu saja kot... insya Allah looking forward untuk majlis ilmu Sabtu nanti... cuti Tahun Baru Cina seminggu... sebelum sibuk lagi.. lagi.. dan lagi... Sekian akhir kata... Pergh, skema seyh ayat kali ni.



4 respons:

aD mohD said...

i like~!

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

haha~

Where I'm Standing said...

bagus2. Aku rsa nk letak aku punya firm choice birmingham.

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

bagus2.. sbnrnya nak p birm dari london pun tak jauh.. haha.. berangan kuat :P

Post a Comment

Your Computer