Showing posts with label Perjalanan hidup. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan hidup. Show all posts

12.12.12

Tua?

Salam.

Tak juga nak kata "semenjak belakangan" ini juga; seringkali ana mendengar berita perginya insan-insan yang dikenali seperti ibu bapa sahabat handai dan juga sahabat sendiri.

Al-Fatihah bagi mereka. Pohonlah doa supaya mereka dipermudahkan di alam kubur serta dibangkitkan sebagai insan-insan yang mendapat curahan belas kasih sayang Allah SWT.

Kelaziman bagi yang sudah meningkat usia?

Alhamdulillah masih lagi diberi rahmat daripada Allah SWT kerana sudah dua dekad Dia memberi kebenaran kepada diri ana untuk menghirup oksigen supaya memenuhi alveoli peparu.

Alhamdulillah dengan peluang yang masih ada untuk bercakap-cakap dengan insan yang tersayang.

Dan alhamdulillah kerana mendapat jemputan untuk makan kenduri sahabat handai!



12.11.11

Entahlah...

Salam. Rasa macam nak buat muhasabah diri sikit.

2011. Zaman Peranti-i (iDevice), tablet, Android, telefon pintar dan pelbagai jenis gajet-gajet hebat yang lain. Tak lupa dengan (ana rasalah) Facebook yang kian mendapat sambutan, begitu juga Twitter dan Google+.

2007? Waktu tu telefon Nokia jenis N, SonyEricsson, Friendster atau MySpace... Blog kian bercambah hari demi hari.

2002 pula sekiranya ada telefon bimbit hatta Nokia 3310 pun dicop "mewah".

1990-an? Ana masih lagi kecil. Kenal komputer pun umur lapan tahun. Windows 95, Pentium II, internet 28.8kbps dan nostalgia silam.

Cuma, adakah dengan teknologi yang kian canggih dan boleh diperkecilkan saiz, akhlak kita di hadapan orang yang lain pun mengikut trend menurun yang sama?

Masuk blog sana, baca status sini, tweet itu. Kadangkala isu yang penting yang mampu diulaskan dengan menggunakan tutur kata yang sopan kurang mendapat perhatian. Jadi carutan, makian dan kata-kata kesat digunakan supaya "memberikan kesan". Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. tak pernah pun dalam sunnahnya mencarut-carut bagi menyebarkan agama Allah di negara Arab yang berpadang pasir. Sila perbetulkan jikalau pernyataan tadi tidak benar.

Entahlah, kanak-kanak sekarang, bukan setakat umur 10 tahun. Tapi lima, enam tahun pun dah kenal apa itu Angry Birds dan [nama-nama peranti]. Pelajar sekolah menengah bebas mencerca-cerca orang lain (yang tidak dikenali) melalui Twitter. Ana pula pernah bila bersembang-sembang depan orang sambil buka Facebook!

Bukannya apa, ana rasa semua ni perlukan kawalan. Kadang-kadang dalam Internet kita dah jadi macam Dr. Jekyll dan Mr. Hyde. Apabila kawalan tiada, semuanya nak masuk dalam Internet. Kemahiran berkomunikasi seiring dengan akal budi (common sense) pun dah entah buang ke mana...

Tak salah gila Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya. Cuma janganlah diabaikan komunikasi melalui suara. Nanti bila dah berperang, masuk Facebook. Si A sakit hati, si B pula kecil hati. Masing-masing dihalang (block). Tapi bila nak minta maaf boleh pula buka mulut?

Ada yang berpesan supaya "look outside" dalam hal ini. Lihatlah dunia sebenar.

Leteran berakhir. Hehehehe. Sebelum tu ana nak kongsi satu klip video mengenai... benda yang dikongsi di Internet tidak sama sekali terhapus walaupun dipadam. Ada aksi-aksi kurang menyenangkan jadi ana minta maaf tapi klip video ni ana rasa ada manfaatnya. :) [YouTube]

Ana bukanlah nak menjustifikasikan ana ini betul, tapi sekiranya ada teguran rajin-rajinlah berkongsi di bahagian komen.

Wassalam.



4.10.11

Ana budak baru belajar...

Salam. Dalam Facebook ana terlihat sebegini...

Dari mana lagi kalau bukannya dari Facebook.
Baik. Disclaimer ana. Ana tak ada kelayakan untuk berbicara mengenai hal ini. Sekiranya dari segi akademik ana, paling tinggi hanyalah Pendidikan Islam SPM. Itu sahaja. Dari segi memilih fahaman, selagi ada dalil yang lebih kuat, insya Allah ana akan memilih sedemikian.

Cuma bagaimana dalam hal yang atas ana gantikan perkataan demokrasi itu dengan Facebook? Jadi apa implikasi terhadap hamba Allah tadi?

Sayangnya hujah hamba Allah ini, sungguhpun ana faham niat murninya, tapi lebih baik bersandarkan kepada sumber asal. Ana tak reti nak korek la, tak silap ana usul fiqh ini sangat luas.

Oh ya, sila beritahu ana tetang mana-mana kesilapan yang ana buat tau, di bahagian komen.

P.S. Sekiranya beradab dengan ilmu, maka semua pihak senang hati, insya Allah.

Wassalam.



29.9.11

Apabila robot menghantar SPAM

Salam. Kali ini sama-sama kita lihat jenaka teknologi. Sebelum itu ana nak cerita sikit. E-mel ni ana dah lama daftar tapi tak terguna sangat pun. Bila nak mendaftar masuk satu laman web ni tiba-tiba ana teringat e-mel ni. Tak tersangka ada satu SPAM. Persoalannya dekat manalah agaknya ana guna e-mel ni...?

Selepas log masuk dan e-mel baru mengenai pendaftaran di suatu laman web komuniti.
 E-mel terkini 16 Disember 2008? Okay...

$800 ribu!!! WOW!
Eh, mana ada e-mel baru pun. Nak kata kena hapus, tapi kenapa e-mel ni tak terhapus???
Jadi ana boleh katakan...

SPAMMING FAIL.

Sekian.




19.6.11

Sembilan purnama

Alhamdulillah.

Selesai sudah dengan peperiksaan (susah sebenarnya!) dan selesai sudah tahun pertama. (menanti keputusan peperiksaan!)

Entahlah, ana serahkan kepada-Nya. Ana tahu, perancangan-Nya jua yang terbaik untuk ana.

Pada mulanya ana ingin merasai musim panas di sini, apakan daya, sekali lagi jua ana ingin tegaskan perancangan-Nya jualah yang mengatasi segalanya.



8.5.11

Keputusan referendum pengundian parlimen UK

Salam. Tarikh 5 Mei itu telah tiba dan berundur. Sekiranya pembaca budiman tak mengerti tentang perkara yang ana maksudkan ini boleh rujuk tulisan ana yang lepas.

Berjalan menuju pusat mengundi
Untuk memendekkan cerita yang panjang ini, ana lompat terus masuk keputusannya. Daripada laman web The Electoral Commission itu sendiri...

Rakyat telah bersuara... walaupun hanya tak sampai 50 peratus yang keluar mengundi.

Jadi, proses pengiraan undi dilakukan pada hari Jumaat 6 Mei bermula jam 4.00 petang. Tak silap ana, menurut laman web itu juga, undi-undi terakhir dikira pada jam 8.50 malam. Bilangan peratusan disahkan pada hari ini (Sabtu, 7 Mei) kira-kira jam 2.00 petang tadi.




8.4.11

Referendum sistem pengundian parlimen UK

Salam. Kali ini ana nak bincang mengenai, apa lagi, seperti tajuk yang tertera. Ana pergi memeriksa surat yang diterima di pejabat kolej kediaman, dan ana menerima "warkah cinta" seperti tertera dalam gambar di bawah:

Datang manalah agaknya surat misteri ni? Musykil. Ada nama sendiri pula tu.

Referendum sistem pengundian.. bla bla bla.. UK 5 Mei? Ok, baik. Video yang menyusul akan memberi penerangan secara mendalam mengenai referendum ini, yang bakal mengubah cara warga UK mengundi pada masa hadapan ataupun tidak.


Bagaimana? Faham? Alhamdulillah sekiranya faham. SPR boleh menggunakan model saudaranya dari UK ini, supaya mengajak lebih banyak orang untuk mengundi, terutamanya golongan belia. Eh, jangan salah faham dengan ayat ana ini. Sekadar cadangan sahaja ye.

Apa-apapun menarik juga cara mengundi yang terkini ini. Tetapi bergantung juga kepada yang lain yang berbeza cita rasanya. Mungkin ada yang kurang bersetuju? Sila letakkan komen ye, para pembaca budiman sekalian, mungkin ada yang lebih berpengalaman dan lebih tinggi autoriti dari segi ilmiah.

Dan juga ana rasa sangat hairan. Ana belum lagi berumur 21 tahun. Mungkin juga disebabkan had umur mengundi di UK ini ditetapkan pada umur 18 tahun.

Baik. Sambung mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu. Wassalam.



30.3.11

Cuti Easter dan (sedikit) muhasabah

Salam. Alhamdulillah, Minggu akademik ke-31. Tamatlah semester kedua ana dan juga berakhirlah kuliah bagi tahun pertama. Bunga pun mula berputik, tatkala suhu makin mencapai belasan. Alhamdulillah berakhirlah musim sejuk yang sebenarnya kelam dan murung.

Berpiknik di Regents Park bersama-sama rakan sebilik ana, Aeizatism. Dan juga rakan-rakan UCL.

Enam minggu lagi, ya enam minggu. Insya Allah pada hari Jumaat, 13 haribulan, ana bakal menjawab kertas peperiksaan, yang akan berlangsung sehingga 27 Mei nanti. Bagi ana... enam minggu itu suatu tempoh yang getir. Ulangkaji lima subjek, ditakuti tidak sempat... silap haribulan balik Malaysialah ana.

Bila ana refleks balik perjuangan ana, ana sedar, yang banyak ranjaunya. Ana sememangnya bergerak seorang dalam perjuangan ini, bukan bermaksud orang lain minghiraukan ana, cuma, biasalah, kawan-kawan lain yang dekat semuanya mengambil bidang yang berbeza. Jadi, telah sekian lama ana berhempas-pulas berseorangan. Bukan tak nak meminta bantuan kawan antarabangsa, ana dah cuba, tetapi apakan daya, sememangnya gaya hidup antara ana dan mereka sangat tidak selari...



1.12.10

68 hari kemudian

Salam.

68 hari aku berada di bumi orang.

Dari kaca tingkap bilik...

Setelah sekian lama mendengar khabar jiran-jiran dari Edinburgh, Cardiff, Nottingham, Sheffield dan Birmingham yang mereka sedang gembira "menikmati" kerpasan salji, kini giliran kami di selatan pula merasa "sedapnya" nikmat turunnya salji.

Semasa tulisan ini disiapkan, salji rintik-rintik (wujud ke istilah ni?) menempias Gower Street, dipuput angin lintang walaupun dipaksa turun ke bumi kerana tarikan graviti.

Ya. Itu yang berlaku pada hari ini.

Isnin baru-baru ini, lepas solat Subuh. Tiba-tiba teringatkan kampung. Bukannya ayam atau itik. Tetapi keluarga di rumah. Tiba-tiba berlinangan air mata...

Ya Allah, kuatkanlah aku. Dalam genggaman aku ini suatu kepercayaan. (terdapat ayat yang tak mampu dilengkapkan)

Cuma, alih-alih ada tugasan belum disiapkan lagi. Kembalilah aku ke petak pertama.



13.11.10

Tatkala hujan...

Dalam minggu ni, hampir tiap-tiap hari hujan. Dek sistem tekanan udara rendah yang diberi nama "Carmen" oleh Institüte für Meteorologie atau dalam bahasa Inggerisnya Institute of Meteorology of the Free University of Berlin. Angin yang bertiup di luar bilik, membuatkan sejuk makin menggigit tulang, dan juga menerbangkan payung dan barang-barang jualan di luar kedai macam di Bayswater. Malam pula makin kian awal menjelang. Jam 6.10 petang sudah masuk waktu solat fardhu Isyak.

Carta tekanan udara permukaan MetOffice. Tanda "L" itu maksudnya tekanan udara rendah.

Ini buktinya fenomena ini dinamakan. Kenapa nak diberi nama? Senang dijejak. Mungkin boleh jadi sejarah, katakan ribut ini bertukar menjadi ganas dengan membadai UK dan memberi impak yang hebat. Manalah tahu kan?

Diramalkan oleh pegawai kaji cuaca di MetOffice, insya Allah cuaca baik diramalkan esok, lusa, dan tulat. Tak apa, kita tengok langit dulu sebelum keluar.




11.11.10

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Salam. Wah, bukan main lama tak kemaskini blog. Alasan popular kali ni:
  1. Merancang
  2. Beli barang
  3. Berulang-alik Kedah – Kuala Lumpur
  4. Hari Aidilfitri (kan kata orang – Ramadhan sebulan, Syawal pun sebulan)
  5. Masa dengan keluarga. Hehehe.
  6. Sibuklah sangat dengan belajar! (Alasan...!)
Pemandangan dari cermin depan bas MARA Liner laluan Alor Setar – Kuala Lumpur di (anggaran) KM 250 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Exit 141 Jelapang
Em, terlebih dahulu aku nak lafazkan kalimah Alhamdulillah, atas segala nikmat-Nya. Untuk keputusan peperiksaan A Level, alhamdulillah, mencukupi kelayakkan yang ditetapkan University College London. Terima kasih kepada guru-guru di Cempaka International School atas segala usaha memastikan pelajar-pelajar (macam aku) mendapatkan yang terbaik dalam sepanjang program A Level Cambridge ni. (*Ayat skema) Dan tak lupa kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan semua yang menghulurkan semangat dan menadah doa. Oh ya, kepada penaja, Jabatan Perkhidmatan Awam!

24 September. Selepas 12 jam dalam kapal terbang, bersama-sama 22 orang rakan seperjuangan. Alhamdulillah aku selamat tiba di bumi yang memang asing bagi aku. Aku suka berjalan-jalan tengok dunia tapi kali ni rasa lain sangat. Mungkin tindakbalas kimia . Sesampainya aku di lapangan terbang Heathrow, selepas siap segala urusan imigresen, ada senior-senior yang menanti di hujung pintu bertanda Nothing to declare. Terkejut? Terkejut...

Warga Gloucester Terrace berlapang dada menjemput di situ dan menumpangkan aku selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, terima kasih ye! Oh ya, keluar dari lapangan terbang dan masuk dalam kereta api bawah tanah, terasa hawa dingin 10 darjah Celcius. Senior-senior kata cuaca hari tu luar biasa, sebab tak sepatutnya sesejuk tu waktu-waktu ni. Hm...

Trafalgar Square. Bangunan di depan tu The National Gallery.
Tengoklah siapa yang mainkan alat gamelan tu!
Aku pun "mengambil kesempatan" berjalan-jalan sikit dalam tempoh yang sekejap tu. Tak la ke mana-mana sangat. Risau dengan kesan jetlag, katanya. Misalnya petang Jumaat tu juga ke Trafalgar Square. Ada Malaysia Night – "pasar malam" – anjuran Tourism Malaysia. Jual makanan je hampir semua gerai ni. Ada la juga gerai untuk Malaysia Airlines, Tourism Malaysia sendiri, dan mungkin kegunaan urus setia. Eh, roti canai sekeping £4, nasi berlauk daging £5! Biasalah, bukan standard UK, tapi standard gerai pameran. Eleh, gerai hari kantin pun macam tu juga, kan? Hehe.





6.7.10

Datangkanlah kepadaku ilham...

Salam. Lama juga tak menulis. Banyak hal sebenarnya (alasan ke?... hehehe...). Antaranya...

1 - 9 Jun: Menghabiskan peperiksaan A Level
10 Jun: Jalan-jalan Kuala Lumpur I
11 Jun: Ke Kajang, menziarahi akhi Dzar-Abdullah
12 Jun: Parti perpisahan
13 Jun: Persiapan untuk kem Biro Tatanegara (BTN)
14 - 18 Jun: Kem BTN
19 Jun: Mengosongkan hostel
20 Jun: Berjalan-jalan di Sunway (Toy Story 3 sangat seronok!)
21 Jun: Mengemaskan barang
22 Jun: Jalan-jalan Kuala Lumpur II
23 Jun: Siar-siar Putrajaya
24 - 25 Jun: Cuti-cuti Melaka
26 Jun: Balik ke Kedah
27 Jun: "Menyesuaikan diri" dengan rumah

"Padat" kan? Ha... faham-fahamlah...

Oh ya, 1 Julai barulah aku melanggan Celcom Broadband. Pakej Student, hehehe. Alhamdulillah, ok je, cuma ada masalah dengan modem. Hm... pelik... pelik. Dah berhari-hari troubleshoot masalah ni, tapi tak tahu puncanya... Hm...

Aku tak tahu la nak tulis apa sebenarnya walaupun banyak isu semasa. Contohnya, pemansuhan UPSR dan SPM, kes buang anak, Piala Dunia, dan macam-macam isu lagi sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa melalui media massa. Mungkin jiwa aku nak memberontak kot, sampai-sampai je di rumah. Nak qada tidur, nak senang-lenang, nak tengok TV... dan macam-macam lagilah rasanya.

Dan alhamdulillah, nak menghela nafas lega, detik 9 Jun 2010 aku menamatkan pengajian A Level Cambridge di Cempaka International School. Tapi, awal lagi nak "bergembira", sebab keputusan peperiksaan hanya boleh diketahui selepas 12 Ogos. Doa-doakan ye, jangan lupa! Insya Allah, doa seseorang kepada seseorang sangat diperkenankan Allah S.W.T.

OK, OK, sebenarnya ada tulisan dalam proses. Insya Allah, akan datang, dengan syarat ada idea dan dorongan yang secukupnya. Hehehe.

P.S. Alhamdulillah belajar guna Pen Tool dalam Photoshop nak edit gambar kat atas. Tahniah kepada Najmi yang lulus International Baccalaureate.



2.5.10

Masih lagi berkata-kata

Salam. Dah lama sangat-sangat tak update. Sengaja biarkan sebulan, baru banyak cerita boleh sumbat. Hehehe...

Aku, terakhir sekali berkongsi cerita mengenai Pesta Buku Antarabangsa.. akhir Mac! Fuh, memang aku tinggalkan blog aku ni kegersangan~

Minggu ke-13, 22-26 Mac

Kelas macam biasa... ZZZ

27 Mac

Cuti penggal kedua. Di sini, cuti ni lebih dikenali sebagai cuti Easter. Alhamdulillah! ^_^ Jauh daripada hiruk-pikuk dunia akademik (kononnya~)

29 Mac - 1 April

Baru balik rumah je, dah tak duduk diam-diam! Keluar lagi!
OK, junior ajak ke Pulau Pinang! Ala, Alor Setar dengan Pulau Pinang tu dekat je. Maka, marilah kita terjah (dan menyibuk!)

Dari Alor Setar ke Butterworth dengan bas. Tambang RM 9.75 je. Rasanya semua tambang bas standard. Lepas tu kawan jemput di tempat yang bakal menjadi Penang Sentral ("Wow!"). Keluarganya buat jamuan sikit.




25.3.10

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Salam. Minggu ke-12 tahun 2010 ni memang sibuk... er... minggu lepas. Hari sekolah (Selasa - Jumaat) terlalu menumpu sangat subjek kimia. AEIZATISM pun rasa juga. (Kan? Kan? ^_^ ). Alhamdulillah, lepas siap tugasan kimia (suatu kupasan topik - elektrokimia)... lega hati...

Pagi Sabtu 20 Mac... dengan rahmat daripada Allah s.w.t., Dia tunjukkan suatu peringatan... Err... Enough said.

Menjelang tengah hari, aku dengan Wan Husni pun terus ke destinasi.



Pintu masuk di ruang legar PWTC




14.3.10

Menyambut jihad rakan seperjuangan

Salam. Hari Jumaat lepas aku dengan WH ke KLIA. Ya, kami menyambut kepergian tiga orang rakan seperjuangan sekolah menengah untuk jihad mereka di India. Jihad? Iyelah, sambung belajar kat India, insya Allah habis program twinning 4 tahun rasanya, jadilah doktor yang berkhidmat bawah Kerajaan Malaysia. :)

Kami ke sana dengan KLIA ekspres (Express Rail Link - ERL) dari stesyen Bandar Tasik Selatan. Tambangnya RM 26.50 sehala! Sebenarnya boleh dapat RM 15.70, macam mana tu? Beli tiket ke stesyen Putrajaya atau Salak Tinggi. Lepas tu dari situ, beli tiket sekali lagi ke KLIA. Tapi sebab faktor masa, OK je. Sekali-sekala kan. Perjalanan yang tambangnya RM 26.50 dalam 45 minit saja! :)

Penerbangan bawah sekali, ke Bangalore. Masa ni diorang sudah dalam bilik menunggu (dah check in).

Sampai-sampai... biasalah, jarang-jarang ke KLIA ni. Jalan-jalan, pusing-pusing, ke tingkat 5. Di situ, untuk pelepasan domestik dengan antarabangsa. Nampak si Firdaus dulu :) Mestilah dalam keadaan sibuk kan?

Yang dua orang lain tu dekat kaunter L, hujung sebelah sayap kanan bangunan. Sampai-sampai... subhanallah... banyaknya orang! Sebab ada juga penerbangan program umrah.




9.3.10

Bukan hari Sabtu yang biasa

Salam.

Sebenarnya dah taip post ni bukan main lama lagi. Malam Sabtu tu dah taip. Nak publish post ni, tiba-tiba internet rumah jadi perlahan sangat-sangat. Sampai la hari Ahad. Malam Isnin tu terlalu sibuk. Hehehe... macam-macamlah alasan!

Hari Sabtu aku keluar ke KL. Nak buka mata tengok dunia sebenar. Selama ni asyik buku, buku, buku, dan skrin laptop. Hahaha.

KL oh KL, yang selalu sesak~
Lokasi: Lebuhraya Cheras - Kajang dekat Exit 701

Sebelum tu aku nak kongsi salah satu sifat diri aku. Terus terang aku nak katakan yang aku ni memang sangat sensitif orangnya. Tapi bukanlah cerewet OK? Sensitif, fragile. Ha..! Sebab tu katakan ada orang buat drama depan aku, lepas tu hati aku tersentap, jangan risau, aku ni pemaaf orangnya (rasanya). Tapi katakan orang yang sama, buat sekuel drama tadi, hatiku tersentap sekali lagi... aku masih seorang yang pemaaf. Cuma janganlah minta maaf dengan cara let the hand does the talking, jangan buat cerita yang diragui kebenarannya, lagi-lagi berbaur unsur fitnah, dan macam-macam lagilah. Aku ni manusia yang lemah dan kerdil, minta maaf banyak-banyak, dalam kes tadi, aku nak face-to-face soft talk. Beritahu aku apa-apa yang tak kena pasal aku. Pendek cerita, aku dapat rasa "keikhlasan" dalam maaf tu dengan cara yang macam tu, sebab itulah cara aku.

OK, sekarang nak masuk isi utama. Tadi tu cuma sampingan saja. Commercial break.




5.3.10

Ruang untuk diriku sendiri...

Salam. Berderet berita dunia yang aku kongsi. OK, kali ni aku nak kongsi cerita aku pula.

Sudah bulan Mac. Subhanallah, masa berlalu, sedar-sedar, kalam Allah dalam Surah Al-Asr tu dah menjadi bukti~

Alhamdulillah, dalam minggu yang terdekat ni sebenarnya aku sangatlah sibuk, kononnya nak buat persiapan peperiksaan percubaan A Level. Ye tu, ye la juga kan. Hehehe, sempat lagi buat post baru pasal gempa bumi Chile dengan sedikit penghayatan Maulidur Rasul. Hari Sabtu maka tamatlah minggu sibuk ni. Pasal exam yek? Tak nak kongsilah. Hahaha. Tunggu kertas-kertas kena semak dan diberi markah minggu depan... *AAA!! menjerit~*

Insya Allah diberi keredhaan daripada-Nya, ada 12 minggu lagi aku di sini, dah ditolak dengan cuti Easter awal April nanti. Tolak lagi Sabtu dan Ahad tinggal 60 hari lagi. Purata sehari aku tidur 4 jam, dihimpun jadilah 240 jam dalam 60 hari tu, bersamaan 10 hari. Berbaki 50 hari lagi. Kelas tiap-tiap hari 8 jam. 400 jam terkumpul bersamaan 17 hari, tinggal 33 hari lagi. Dengan segala faktor dimasukkan dalam pengiraan ni, tak mustahil, yang berbaki tu tinggal 1 hari je! Wallahualam.

OKlah, nak qada tidur yang tak cukup. Haha. Sekadar kemaskini ringkas. Insya Allah nanti aku nak cerita panjang lebar.



7.2.10

Pengembaraan menuntut ilmu yang penuh dugaan

 Laporan rasmi aktiviti [klik sini]

*Post disunting balik 7 Februari 2010 dan 8 Februari 2010

Alhamdulillah, 6 Februari (Sabtu), aku turut masuk dalam majlis pengajian kitab 40 Hadis Penawar Hati, anjuran Masjid Al Mukarramah. Masjid tu dekat Bandar Sri Damansara... err... dekat mana? Sorry banyak-banyak... aku tak tahu la nak cakap dekat mana... aku kan bukan orang KL... apa-apapun inilah kali pertama aku masuk program yang seumpama dengannya. Kat SAINA dulu mungkin ada macam ni, tapi ni dekat masjid, a different environment. Terima kasih banyak-banyak dekat Fakhruddin sebab ajak masuk! :)

Oh ya, yang pergi 4 orang boys, 3 orang girls. Jumlah 7 orang senior. Junior dah sampai kat destinasi... Wow! Best kan ada kereta!

Ha! Nak cerita betapa mencabarnya hari ni! Mula-mula sebab aku silap bagi maklumat... ada yang lambat... (sorry!!!)... Lepas tu meniti perjalanan menuruni lurah (over la...) dan sampai juga kat perhentian bas tempat yang selalu kami tunggu bas. Busuknya~... Jalan sikit lagi pergi perhentian bas... 8.00 AM... bas tak datang lagi?! Teksi je la...

Dalam perjalanan... ada seorang minah... dapat teksi. Nak pergi LRT... cepat-cepat aku cakap kat geng perempuan tumpang sekali. Tapi driver tu pantas... Vroom~...terlepas... baru je nak dapat tambang murah, tapi alhamdulillah diorang dapat teksi lepas tu. Kami jalan lagi dan lagi... sampai kat perhentian bas Taman Alam Jaya. Alhamdulillah ada teksi. Vroom~... sampai pun stesen Bandar Tasik Selatan. Tambang ~RM 7.00 sebab trafik jalan lancar. Memang tak percaya sebab selalunya tambang busuk-busuk RM 10.00 - RM 11.00!



3.2.10

Apa cerita?

Salam. Lama tak tulis... hahaha...dah dua minggu tak kongsi khabar.

Gambar sekadar hiasan.

Bukannya apa, aku sibuk sangat-sangat... aku ada amanat lain yang lebih perlu diutamakan. Lepas satu, ada test pula (hari Selasa dan Rabu)... alamatnya kenalah study~

Study~ study~ study~ usaha~ usaha~ usaha~... in the end... *sob sob* ada yang tak boleh jawab... tak de rezeki... need to work even harder after this! Insya Allah! Awal bulan depan ada A2 Trials. Lepas Easter Break ada post trials. Tengah-tengah? Kelas tambahan... (tak nak pergi... hahaha!!!). Banyak lagi kena buat... sigh~




15.1.10

Gerhana matahari separa 15 Januari 2010

Alhamdulillah sebab hari ni ada rezeki nak tengok gerhana matahari, dekat planetarium lagi! Alhamdulillah!


Ditemani Rathish, Izzati, Adylka dan Dr. Barry Hoole :). Thanks guys! Apa2pun terima kasih byk2 dekat Mrs. Stephanie sebab tolong sediakan van kat kami semua :)




Your Computer