Kami ke sana dengan KLIA ekspres (Express Rail Link - ERL) dari stesyen Bandar Tasik Selatan. Tambangnya RM 26.50 sehala! Sebenarnya boleh dapat RM 15.70, macam mana tu? Beli tiket ke stesyen Putrajaya atau Salak Tinggi. Lepas tu dari situ, beli tiket sekali lagi ke KLIA. Tapi sebab faktor masa, OK je. Sekali-sekala kan. Perjalanan yang tambangnya RM 26.50 dalam 45 minit saja! :)
Penerbangan bawah sekali, ke Bangalore. Masa ni diorang sudah dalam bilik menunggu (dah check in).
Sampai-sampai... biasalah, jarang-jarang ke KLIA ni. Jalan-jalan, pusing-pusing, ke tingkat 5. Di situ, untuk pelepasan domestik dengan antarabangsa. Nampak si Firdaus dulu :) Mestilah dalam keadaan sibuk kan?
Yang dua orang lain tu dekat kaunter L, hujung sebelah sayap kanan bangunan. Sampai-sampai... subhanallah... banyaknya orang! Sebab ada juga penerbangan program umrah.
Suasana dekat kaunter check-in. Banyak kan orang?
Memandangkan kawan-kawan aku agak sibuk (memang! Banyak benda kena selesaikan!), aku dengan WH pun berlegar-legar la sekeliling KLIA ni. Menjelang 8.00 PM, semua dah dapat pasport, check in, dan mungkin dua-tiga perkara lagi yang kena selesaikan sebelum masuk pemeriksaan dan masuk bilik menunggu.
[Oh ya! Terjumpa kawan dari UNISEL! Wah~ masih maintain comel. Hahahahaha! :) ]
Sebahagian pelajar lelaki. Di sebelah kiri, Puan Fauzana :)
Dan juga pelajar perempuan.
8.30 PM, perjumpaan terakhir wakil JPA di Malaysia dengan diorang seramai 38 orang! Mungkin taklimat dan nasihat? Apa-apa saja. Dan lebih kurang 9.00 PM, masa dah tiba untuk diorang berpisah dengan keluarga masing-masing di Malaysia. Sebelum bergerak masuk ke kaunter imigresen, sekali lagi berkumpul, dengan 9 orang pelajar MARA (Taylor's College). Bacaan doa... dan bye-bye terakhir. The point of no return.
Tibalah masa untuk perpisahan yang sementara... insya Allah
Sebelum diorang lenyap dari pandangan, ada pemeriksaan imigresen. Standard la.
9.15 PM. Dan diorang semua dah lenyap dari pandangan mata. Apa-apapun aku doakan yang terbaik untuk semua, insya Allah, untuk di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan lepas habis dua tahun ni, balik Manipal Melaka, insya Allah, mudah-mudah seorang-seorang jadi doktor. Berkhidmat kepada agama, bangsa, dan negara. (Ewah~!)
Lepas tu, kami overnight dengan kawan-kawan di Bangi. :)
Aku terfikir, adakah aku boleh ke UK September nanti? Wallahualam. Peperiksaan akhir A2 (A Level) bulan Mei dengan Jun. Ya betul, seperti kata-kata cliché "berusaha lebih kuat"! Insya Allah. Doakan untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan aku di sini. Insya Allah. Mungkin lepas ni aku kurang aktif berkongsi cerita dengan pengunjung blog ni. Insya Allah 10 Jun nanti, iaitu hari pertama aku sebagai bukan pelajar sekolah, aku aktif balik.
Insya Allah, ada rezeki daripada-Nya aku nak masuk sini. Doa-doakanlah aku :)
[Suntingan]
Oh ya, sikit lagi gambar untuk menggambarkan suasana sekeliling sebelum masing-masing berpisah daripada keluarga.
0 respons:
Post a Comment