8.4.11

Referendum sistem pengundian parlimen UK

Salam. Kali ini ana nak bincang mengenai, apa lagi, seperti tajuk yang tertera. Ana pergi memeriksa surat yang diterima di pejabat kolej kediaman, dan ana menerima "warkah cinta" seperti tertera dalam gambar di bawah:

Datang manalah agaknya surat misteri ni? Musykil. Ada nama sendiri pula tu.

Referendum sistem pengundian.. bla bla bla.. UK 5 Mei? Ok, baik. Video yang menyusul akan memberi penerangan secara mendalam mengenai referendum ini, yang bakal mengubah cara warga UK mengundi pada masa hadapan ataupun tidak.


Bagaimana? Faham? Alhamdulillah sekiranya faham. SPR boleh menggunakan model saudaranya dari UK ini, supaya mengajak lebih banyak orang untuk mengundi, terutamanya golongan belia. Eh, jangan salah faham dengan ayat ana ini. Sekadar cadangan sahaja ye.

Apa-apapun menarik juga cara mengundi yang terkini ini. Tetapi bergantung juga kepada yang lain yang berbeza cita rasanya. Mungkin ada yang kurang bersetuju? Sila letakkan komen ye, para pembaca budiman sekalian, mungkin ada yang lebih berpengalaman dan lebih tinggi autoriti dari segi ilmiah.

Dan juga ana rasa sangat hairan. Ana belum lagi berumur 21 tahun. Mungkin juga disebabkan had umur mengundi di UK ini ditetapkan pada umur 18 tahun.

Baik. Sambung mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu. Wassalam.



2 respons:

Affan said...

Salam. Mulanya agak pening, tapi faham sikit2 dari video tu.

Kelebihan yang saya nampak, dapat mengurangkan undi rosak. Agak menarik :)

ps: kat UK, student luar pun kena vote ek? Ada kawan cakap die kena vote jugak hehe. Kat Kanada, rasanya tak perlu. Hanya canada citizen / pr je kot

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

Waalaikumussalam. :)

Bagi ana, kebaikannya dari segi undi rosak langsung tak mempengaruhi keputusan akhir untuk melantik wakil parlimen (House of Commons).

Oh, di UK, tak silap ana, sebab pelajar Malaysia merupakan rakyat salah sebuah negara Komanwel ataupun jajahan British, jadi pelajar Malaysia boleh mengundi. Tapi tak silap ana, boleh juga untuk tak daftar mengundi. Rujuk rencana Wikipedia ni.

Post a Comment

Your Computer