8.5.11

Keputusan referendum pengundian parlimen UK

Salam. Tarikh 5 Mei itu telah tiba dan berundur. Sekiranya pembaca budiman tak mengerti tentang perkara yang ana maksudkan ini boleh rujuk tulisan ana yang lepas.

Berjalan menuju pusat mengundi
Untuk memendekkan cerita yang panjang ini, ana lompat terus masuk keputusannya. Daripada laman web The Electoral Commission itu sendiri...

Rakyat telah bersuara... walaupun hanya tak sampai 50 peratus yang keluar mengundi.

Jadi, proses pengiraan undi dilakukan pada hari Jumaat 6 Mei bermula jam 4.00 petang. Tak silap ana, menurut laman web itu juga, undi-undi terakhir dikira pada jam 8.50 malam. Bilangan peratusan disahkan pada hari ini (Sabtu, 7 Mei) kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Dari laman web yang sama, hampir semua maklumat tentang bilangan itu dan ini boleh diakses. Cuma boleh diperhatikan terutamanya bilangan turun mengundi. Mungkin banyak sebab, mungkin juga orang tak acuh, tambah-tambah lagi hanya pada minggu lepas, Perkahwinan Diraja dilangsungkan. Manakala para pelajar universiti seperti ana kelam-kabut mengulangkaji untuk peperiksaan! Hehe.

Oh ye. Mungkin sebab lain, rakyat UK ini tidak diberi kefahaman menyeluruh tentang baik-buruknya dua sistem pemilihan ini. Ana setuju juga dengan pandangan ini, boleh dikatakan tiada publisiti besar-besaran walaupun maklumat tentangnya boleh dicapai di Internet. Risalah-risalah daripada wakil parti juga bertaburan di rumah tetapi bukan di kolej kediaman. Hehe.

Ana rasa video di bawah ini menerangkan kebaikan sistem Undi Alternatif (AV) dengan lebih jelas dalam ekosistem berbilang parti. Hm, bagus juga. Sebab rakyat UK dimomokkan dengan paranoia parti dominan bahawa sekiranya sistem AV ini dilaksanakan, parti ekstremis dapat membolot banyak kerusi.


Itu sahaja bagi isu referendum sistem demokrasi. Pagi-pagi hari itu, akhbar The Independent juga mengeluarkan keluaran percuma yang istimewa, juga untuk menerangkan isu ini.

Percuma! Lazimnya akhbar ini berharga £1.00

Berkaitan akhbar ini, taglinenya seperti yang dipaparkan dalam imej ini. Maaf, ana tak boleh letak dalam blog ana. Ada hak cipta, nanti tak semena-menanya ana kena saman. Cetak rompak katanya. Hehehe. Ana rasa betul-betul sukar untuk menjumpai media yang cuba menjadi pihak yang neutral. Memang kita tahu kita hanya boleh pilih syurga atau neraka sahaja, tetapi lebih menariknya akhbar ini merupakan penerbitan liberal.

Rasanya itu sahaja buat kali ini.



0 respons:

Post a Comment

Your Computer