Berpiknik di Regents Park bersama-sama rakan sebilik ana, Aeizatism. Dan juga rakan-rakan UCL. |
Enam minggu lagi, ya enam minggu. Insya Allah pada hari Jumaat, 13 haribulan, ana bakal menjawab kertas peperiksaan, yang akan berlangsung sehingga 27 Mei nanti. Bagi ana... enam minggu itu suatu tempoh yang getir. Ulangkaji lima subjek, ditakuti tidak sempat... silap haribulan balik Malaysialah ana.
Bila ana refleks balik perjuangan ana, ana sedar, yang banyak ranjaunya. Ana sememangnya bergerak seorang dalam perjuangan ini, bukan bermaksud orang lain minghiraukan ana, cuma, biasalah, kawan-kawan lain yang dekat semuanya mengambil bidang yang berbeza. Jadi, telah sekian lama ana berhempas-pulas berseorangan. Bukan tak nak meminta bantuan kawan antarabangsa, ana dah cuba, tetapi apakan daya, sememangnya gaya hidup antara ana dan mereka sangat tidak selari...
Ana sedar, ana bukan seorang prodigi atau yang luar biasa. Nak kata orang kebiasaan nanti... ada yang tak setuju pula. Hehehe. Telah banyak ana buat kesilapan sepanjang enam bulan di bumi asing ni. Kesilapan yang ana rasa tak patut sangat-sangat dibuat. Kesilapan yang boleh membuatkan ana menjadi fitnah kepada agama, astaghfirullah. Mungkin ana fikir melampau-lampau sangat, kan? Hehehe. Tapi itulah yang terjadi.
Sekadar gambar hiasan. |
OK. Sehingga berleter lagi pada hari yang akan datang.
P.S. Perjuangan itu bukannya suatu yang mudah. Perjuangan mudah itu berkemungkinan ada helah.
0 respons:
Post a Comment