28.5.10

Usaha dulu baru tawakal

Salam. Hari ni (Jumaat, 28 Mei 2010), aku dah jawab kertas Matematik (Matematik Tulen) 9709/33 dan Fizik (Soalan Struktur A2) 9702/42. Kertas matematik tu waktu pagi, kertas fiziknya tengah hari. Er, biasalah, peperiksaan mana yang senang kan? Kepada yang tengah mencari kertas soalan tahun-tahun lepas sila berpatah balik, sebab blog ni bukannya bank soalannya, harap maaf (nada telefonis).

Habis-habis saja, rasa tak puas hati tu adalah juga. Sebab ada soalan yang gagal dipuaskan kehendaknya, Hehehe. Apa yang boleh dibuat? Yang sudah lepas, lepaslah. Tak perlu nak menyesal. Tawakal. Sebut pasal tawakal ni, aku nak sentuh sikit untuk tulisan kali ni.

Tawakal (توكُل) ni maksudnya "berserah diri kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh". [rujukan] Ha... itulah definisi "buku teks". Sememangnya tawakal itu sinonim dalam hidup kita terutamanya dalam hampir semua situasi. Perlu ke nak bagi contoh? Tak perlu rasanya... hehehe. Tahu sendiri tahu kan...? Tambahan (sila rujuk pautan tadi), sedangkan dalam dakwah Rasulullah s.a.w. pun, baginda bertawakal. Inikan pula urusan duniawi yang prioritinya tak terbanding dengan usaha baginda.




19.5.10

Panas... panas...

Salam. Baru saja habis menjawab kertas peperiksaan Matematik A Level, komponen Mekanik. Alhamdulillah, dah cuba menjawab yang terbaik, dan lepas ni hanya bertawakkal kepada Allah sajalah.


Ini dia kertas Cambridge A Level... Matematik komponen Mekanik (kertas 43)

Kali ni nak berkongsi mengenai kenaikan suhu global. Dalam ceramah Ustaz Hasrizal yang  aku hadiri dalam tiga minggu lepas, beliau ada menyatakan bahawa pemanasan global itu ada kaitan dengan kedahsyatan dosa segelintir manusia yang bergelumang dengan maksiat dasawarsa... eh, wallahualam. Macam itulah ujar beliau.
Sila baca tulisan beliau di sini - tulisan lama.

Hari ni lepas balik dari sekolah, baca blog-blog cuaca Weather Underground. Satu blog milik pengguna dengan nama samaran Weather456, telah mengetengahkan isu bulan April yang lepas merupakan bulan April yang "paling panas" dalam rekod cuaca. Lepas baca tulisan blog, aku sambung baca komen-komen pembaca yang menyusul. Selalunya begini juga bila aku baca blog Dr. Jeffrey "Jeff" Masters - salah seorang pengasas laman web Weather Underground.




2.5.10

Masih lagi berkata-kata

Salam. Dah lama sangat-sangat tak update. Sengaja biarkan sebulan, baru banyak cerita boleh sumbat. Hehehe...

Aku, terakhir sekali berkongsi cerita mengenai Pesta Buku Antarabangsa.. akhir Mac! Fuh, memang aku tinggalkan blog aku ni kegersangan~

Minggu ke-13, 22-26 Mac

Kelas macam biasa... ZZZ

27 Mac

Cuti penggal kedua. Di sini, cuti ni lebih dikenali sebagai cuti Easter. Alhamdulillah! ^_^ Jauh daripada hiruk-pikuk dunia akademik (kononnya~)

29 Mac - 1 April

Baru balik rumah je, dah tak duduk diam-diam! Keluar lagi!
OK, junior ajak ke Pulau Pinang! Ala, Alor Setar dengan Pulau Pinang tu dekat je. Maka, marilah kita terjah (dan menyibuk!)

Dari Alor Setar ke Butterworth dengan bas. Tambang RM 9.75 je. Rasanya semua tambang bas standard. Lepas tu kawan jemput di tempat yang bakal menjadi Penang Sentral ("Wow!"). Keluarganya buat jamuan sikit.




Your Computer