Terlebih dahulu mari kita tahu pasal meteor. Kadang-kadang memang ada seketul dua tahi bintang kat langit.
Dalam sains darjah enam, sebarang objek yang merentasi atmosfera dikenali sebagai meteor.
Tapi tiba-tiba dalam seminggu tu ada banyak. Makin banyak dari hari ke hari. Biasanya event ni lebih dikenali dengan nama hujan meteor (meteor shower). OK... komet ada ekor, ekor tu terjahan material. Biasanya "sisa-sisa" itulah tertinggal di orbit komet tu. Bila bumi mendekati orbit komet yang tertentu, "sisa-sisa" tu ditarik ke bumi oleh graviti bumi sendiri, dan "terbakar" di atmosfera akibat daya geseran yang tinggi. Semestinya "sisa-sisa" tu bukannya seketul dua! Maka banyak meteor boleh dicerap di langit, insya allah diberi keadaan langit cerah. Hehe.
Kalau jumlah meteor yang boleh dicerap tu sangat banyak sampai boleh naik bulu roma, event tu bertukar menjadi ribut meteor. Tapi insya Allah masih selamat. Oh ya, hujan meteor ni juga salah satu pencerapan astronomi percuma. Hanya guna mata kasar saja. Binokular boleh guna untuk cerap meteor yang malap. Oh ya, kerusi malas ke, lapik kepala ke, tikar ke, tilam lagi bagus, sebab nanti boleh baring sambil tengok langit! Tak de la, nanti sengal leher tu! Dalam setahun ada event hujan meteor yang utama kalau tak besar pun. Contohnya Perseids (Ogos), Leonids (November), dan Geminids (Disember). Rujuklah blog, Google, laman artikel Wikipedia, tak pun akhbar.
Kenapa nama buruj ni? Sebab "punca" meteor ni nampak seolah-olah "keluar" dari kawasan buruj tu. Hehe. Senang cerita macam meteor Perseid, kena tumpu dekat buruj Perseus. Tapi kena tengok seluruh kawasan langit sebab meteor ni sangat rawak.
Aktiviti ni seronok kalau ramai. Boleh buat fighting game: lawan siapa yang nampak paling banyak meteor. Hehe...
Oh? Sebenarnya, untuk hujan meteor Geminids tahun ni, menyebut (cite) blog Astromas, berlaku 11-16 Disember. Tapi aktiviti puncak 13-14 hb. Lepas tarikh tu mungkin ada la, tapi bilangan meteor nampak mungkin makin sedikit. Sesuai dicerap mulai 10.00 PM sampai ke subuh.
Aku pagi-pagi buta 15 hb, 2.00 AM keluar rumah. Kepala pusing sana pusing sini. Ditemani ayah. Sampai 3.00 AM sebab kesian ayah tunggu dan nyamuk banyak. Alhamdulillah dalam lebih kurang 1 jam walaupun dalam pencemaran pencahayaan lampu elektrik, dapat nampak dalam 8 macam tu. Tapi alang-alang bawa kamera, tangkap star field. Tak la dapat tangkap gambar meteor. Enjoy!
Gambar asal. Setting automatik dengan dedahan 30 saat
Gambar yang dah disunting dan diletak overlay buruj untuk sama-sama kita nikmati kekuasaan Allah swt.
OK, itu saja untuk kali ini. Insya Allah nantikan post mengenai gerhana bulan dan matahari yang insya Allah boleh kita lihat Januari nanti.
2 respons:
waaaa...mmg btol2 astronaut
ish...
ko ni kena belajar english vocab lain la :P
Post a Comment