*Post disunting balik 7 Februari 2010 dan 8 Februari 2010
Alhamdulillah, 6 Februari (Sabtu), aku turut masuk dalam majlis pengajian kitab 40 Hadis Penawar Hati, anjuran Masjid Al Mukarramah. Masjid tu dekat Bandar Sri Damansara... err... dekat mana? Sorry banyak-banyak... aku tak tahu la nak cakap dekat mana... aku kan bukan orang KL... apa-apapun inilah kali pertama aku masuk program yang seumpama dengannya. Kat SAINA dulu mungkin ada macam ni, tapi ni dekat masjid, a different environment. Terima kasih banyak-banyak dekat Fakhruddin sebab ajak masuk! :)
Oh ya, yang pergi 4 orang boys, 3 orang girls. Jumlah 7 orang senior. Junior dah sampai kat destinasi... Wow! Best kan ada kereta!
Ha! Nak cerita betapa mencabarnya hari ni! Mula-mula sebab aku silap bagi maklumat... ada yang lambat... (sorry!!!)... Lepas tu meniti perjalanan menuruni lurah (over la...) dan sampai juga kat
Dalam perjalanan... ada seorang minah... dapat teksi. Nak pergi LRT... cepat-cepat aku cakap kat geng perempuan tumpang sekali. Tapi driver tu pantas... Vroom~...terlepas... baru je nak dapat tambang murah, tapi alhamdulillah diorang dapat teksi lepas tu. Kami jalan lagi dan lagi... sampai kat perhentian bas Taman Alam Jaya. Alhamdulillah ada teksi. Vroom~... sampai pun stesen Bandar Tasik Selatan. Tambang ~RM 7.00 sebab trafik jalan lancar. Memang tak percaya sebab selalunya tambang busuk-busuk RM 10.00 - RM 11.00!
Pemandangan rawak dari dalam tren. Laju tak tren ni?
Naik KTM dalam jam 8.20 AM. Sekejap laju sekejap perlahan... dan tiba-tiba berhenti. Dekat-dekat KL Sentral, tren "berehat" 5 minit, ada kereta api penumpang nak keluar! Ya Allah, risau betul sebab takut terlalu lambat sampai... Satu lagi, perkara ni sangat menakutkan~~~ gerabak tren ni suka bergoyang-goyang...
Akhirnya sampai stesen Kepong Sentral jam 9.00 AM. Tempat baru jelajah~ (suatu tabiat bagi aku, suka sangat jadi jakun kat tempat yang tak pernah sampai lagi)... Dapat lagi teksi dalam masa yang singkat... Alhamdulillah.
... dirasmikan oleh ...
Masuk jalan sana, masuk simpang sini... akhirnya samapi di masjid... tengok mana-mana kawasan masjid tercatat nama masjid ni Masjid Al Muhajirin. Mana Masjid Al Mukarramah?! Cuak sebentar... tapi tanya seorang mak cik yang mungkin peserta program ni, alhamdulillah, dia kata memang ni Masjid Al Mukarramah. OK~... dengan perlahan-perlahan kami masuk ke dalam masjid dan dalam majlis. Ustaz Fahmi yang sudi berkongsi ilmu.
Apa-apapun aku suka majlis ni. Alhamdulillah :). Dapat kenal saudara-saudara jauh la.
Balik ke stesen... memang sangat mencabar... silap jalan la... silap pilih U-turn... terlajak pun sama!!! Macam-macam lagi dalam dua trip ulang-alik nak hantar kami, senior ni... Alhamdulillah, sebab masih boleh ingat jalan macam mana dan selamat juga sampai stesen Kepong Sentral balik... Terima kasih banyak-banyak Hazim!!! :)
Dapat tren dalam 30 minit lepas tu. Masya Allah, panas dunia tunggu tren. Dalam tren pun berhawa... orang banyak masuk. Baru tahu kat Kepong ni orang banyak juga. Sebab tu dekat KL Sentral tren KTM macam manapun padat! Masuk dalam tren ada satu grup orang dalam satu uniform... agak bising la... Lepas tu dekat stesen Kepong ada dua pasang couple Melayu masuk... (no comment). Diorang bising sebab seorang laki dengsan seorang perempuan ni, kuat melatah. Yang lelaki ni bila melatah gelak terbahak-bahak. Yang perempuan melatah "Cina makan X". "X" tu macam-macam. Mihun goreng la tapi tak terucap la k******r... Entah... Ya Allah, lawaknya!
Stesen KL Sentral, couple tadi turun... Orang ramai masuk... Padat balik... MidValley pun... lenguh berdiri sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan. Tak ada rezeki nak duduk. Masuk surau.. ZZZ!!! Letihnya!
Sampai stesen Bandar Tasik Selatan. Touch n' Go tak boleh punch out pula. Pergi kaunter tiket. Ni kali ke-3 jadi macam ni. Pergi beratur kat sebelah barisan orang beli tiket. Tiba-tiba je ada pak cik tegur suruh beratur ikut belakang barisan tu. Aku hairan la pula. Dua kali dah aku buat macam ni. Tak apalah, sebab nak hormat orang yang lebih tua, beratur saja. Sebelum pak cik tu dapat tiket dia, ada seorang wanita Cina. Masalah yang sama. Beratur di tempat yang aku berdiri tadi. Lepas tu selesailah urusan dia. Pak cik, ada orang "potong barisan" la kat depan tu? ... Sabar je la~
Sebab letih sangat naik teksi... naik je. Driver tu tanya hostel aku tu ada gate ke? Lepas tu terus kata tak nak masuk lepas pondok jaga. Dah la alasan yang silap dan tak munasabah dengan fakta! Sabar~ Dia tanya lagi... ikut jalan tol ke? Sejak bila nak pergi hostel aku kena ikut jalan tol? Aku balas, "jalan biasa lah." Dekat simpang susur nak masuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, kereta memanjang! Driver tu cadang pergi ikut jalan jauh! Bila sampai dekat susur tiba-tiba kereta meluncur masuk simpang laju je... Sabar~... Dekat Jalan Cheras pula, kelazimannya... masuk Exit 701. Tapi dia tak masuk! Masuk tol Batu 9, keluar kat susur Batu 9, ikut jalan belakang yang MEMANG SANGAT JAUH! Sabar! Sampai pondok jaga tiba-tiba dia rasa nak masuk. Alhamdulilah! Tambang? RM 16.00! Astaghfirullah! Kenapa jauh beza sangat?! Masa aku pergi internship dulu, aku guna jalan biasa, tetap sesak dan tak boleh gerak laju-laju pun tak sampai RM 13.00!
SABAR!
Lain kali sebelum masuk teksi periksa betul-betul, in depth, kalah JPJ kalau nak elak benda macam ni jadi. Terima kasih banyak-banyak Wan, sebab tolong kawal emosi aku. Kan binasa badan nanti?
Tersebutlah hikayat 6 Februari 2010 bagi aku.
Hm~ untuk setakat ni sahajalah. Jangan takut nak bagi komen, kalau rasa aku ni mean sangat, cakap saja. Aku tak ambil hati.
2 respons:
Assalamualaikum,dugaan itu rencah kehidupan
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Terima kasih daun keladi,rajin2 jd peserta program cmni =)
@fakhruddin
waalaikumussalam :)
wah siap pantun lagi..
Sebenarnya semalam ada hikmah bila aku pause to ponder dan fikir dalam-dalam.
Betapa susahnya nak menuntut ilmu tambah-tambah lagi bila nak titip ilmu fardu ain... dalam zaman materialistik ni..
Tapi insya Allah, this will not discourages me to get more and more, insya Allah. Ada yang tak kena tu disandarkan kat aku, sebab tak rancang betul-betul. Insya Allah, there is still room for improvement.
Macam mana pun sebenarnya pasal teksi tu aku tak patut la cakap macam tu. Wan Husni tegur aku, so apologies upon him is the best thing anyways.
Insya Allah ditakdirkan aku dapat result grand A2 nanti, bulan 8 aku akan dok kat KL, ada benda kena uruskan. So, ada aktiviti jangan tak jemput pula. Insya Allah ada rezeki aku turut masuk sekali. =)
Post a Comment