28.2.10

Gempa bumi magnitud 8.8 Chile 27 Februari 2010

Subhanallah.

Gempa ni terjadi di Maule, Chile (sebuah negara benua Amerika Selatan) pada 3.34 AM waktu tempatan. 2.34 PM waktu Malaysia. Masa tu aku ke cawangan sekolah aku lagi satu dekat Sepang, pergi acara wajib sekolah, Swimming Gala. Subhanallah, masa tu mesti warga Chile menikmati tidur nyenyak. [rujukan]

 Di mana Chile?


Tempat kejadiannya bencana. [Sumber imej]
Chile dan negara-negara berjiran sudah kena gegaran dan kemusnahan.

Kemusnahan awal di Chile.

Dan semestinya gempa bumi sangat kuat dikaitkan dengan tsunami. Setakat 12.00 AM, amaran tsunami melata negara-negara Pasifik dah dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik NOAA Amerika Syarikat. Amaran meluas telah diberikan.

Amaran bahaya tahap tertinggi yang dikeluarkan.

Antara 54 kawasan yang diberi amaran berjaga-berjaga menurut amaran berjaga-jaga termasuklah Chile, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Polynesia Perancis, New Zealand, Samoa, Taiwan, Jepun, dan Indonesia. [sumber] Dijangka gelombang tsunami mencapai Hawaii pada 11.19 AM waktu tempatan (5.19 AM Sabtu waktu Malaysia). Subhanallah! Di Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan (fail pdf) bahawa Malaysia (insya Allah) selamat daripada ancaman tsunami. Cuma orang Sabah di kawasan pantai perlu berjaga-jaga, mungkin laut tak tenang dan paras air meningkat. Wallahualam.

Jangkaan ketibaan gelombang tsunami.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga, gelombang tsunami sudahpun dijana di kawasan berdekatan epipusat (epicentre) gempa. Setakat masa post ni ditulis, amplitud (ketinggian) maksimum gelombang mencapai 2.4 meter di Talcahuano, Chile. Ada juga laporan juga ombak yang tinggi di pulau-pulau berdekatan epipusat gempa. Wallahualam. Yang pasti, mari kita sama-sama tunggu laporan yang lebih lengkap dari masa ke masa.

Kemaskini 7.30 AM

Data tsunami dari Wikipedia diatur mengikut amplitud.

Selewat-lewat 10.11 AM waktu Hawaii (6.00 AM waktu Malaysia) tsunami beramplitud (tinggi) maksimum 1.0 meter telah melanda Hawaii. Video YouTube gelombang pertama.

Kemaskini 4.30 PM

Gelombang tsunami sudah sampai di Jepun, 2.00 PM tadi! Di Hokkaido, gelombang setinggi 0.8 meter direkod. Amaran tsunami untuk Rusia dibatalkan, Jepun masih dalam amaran tsunami. [Sumber]

Kemaskini 7.00 PM

Pusat Tsunami Pasifik mengeluarkan pembatalan amaran tsunami. Tiada sebarang amaran tsunami yang dikuatkuasakan.

Kemaskini 1 Mac 2010 7.30 AM

Alhamdulillah, bagi semua tempat, selamat daripada bala yang mendatang. Marilah kita sama-sama bermunajat kesyukuran sebab kemusnahan kecil (kecuali di Chile, 100+ korban) di kawasan yang dijangka teruk kena tsunami. Tapi ingat, janganlah kita lupa suruhan dan larangan-Nya dan juga tunduk kepada-Nya, anggaplah ni sebagai suatu rahmat yang besar. Insya Allah, liputan tsunami gempa bumi Chile 2010 sampai sini saja. Berhajatlah kepada-Nya, mudah-mudahan kita dijauhi bala/musibah sebegini.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca yang mengikuti kemaskini yang ringkas ni.



2 respons:

Anonymous said...

i ngah wat research sal ni
i nak tau camna u dpt data ni (amplitud)
coz i dah minta kat jab meteorologi pun dorg ckp xda
bleh x u reply msg ni ASAP at my emel
coz i da lg seminggu je nak submit report sal research ni.
ask_mha@yahoo.com

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

Anonymous - Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/2010_Chilean_earthquake

Post a Comment

Your Computer