19.5.10

Panas... panas...

Salam. Baru saja habis menjawab kertas peperiksaan Matematik A Level, komponen Mekanik. Alhamdulillah, dah cuba menjawab yang terbaik, dan lepas ni hanya bertawakkal kepada Allah sajalah.


Ini dia kertas Cambridge A Level... Matematik komponen Mekanik (kertas 43)

Kali ni nak berkongsi mengenai kenaikan suhu global. Dalam ceramah Ustaz Hasrizal yang  aku hadiri dalam tiga minggu lepas, beliau ada menyatakan bahawa pemanasan global itu ada kaitan dengan kedahsyatan dosa segelintir manusia yang bergelumang dengan maksiat dasawarsa... eh, wallahualam. Macam itulah ujar beliau.
Sila baca tulisan beliau di sini - tulisan lama.

Hari ni lepas balik dari sekolah, baca blog-blog cuaca Weather Underground. Satu blog milik pengguna dengan nama samaran Weather456, telah mengetengahkan isu bulan April yang lepas merupakan bulan April yang "paling panas" dalam rekod cuaca. Lepas baca tulisan blog, aku sambung baca komen-komen pembaca yang menyusul. Selalunya begini juga bila aku baca blog Dr. Jeffrey "Jeff" Masters - salah seorang pengasas laman web Weather Underground.



Satu komen yang diberi oleh pengguna cyclonebuster (lihat sebelah) ni sangat menarik. Dinyatakan olehnya dalam tempoh beberapa bulan ini, suhu purata dalam tiga aspek (darat, laut, dan kedua-duanya, skala global), mencatatkan rekod 5 suhu tertinggi, berbanding tahun-tahun yang lepas. Senang cerita, misalnya, rujuk jadual di bawah, pada April 2010 suhu laut global ialah yang paling tinggi dalam rekod (nombor 1), berbanding bulan April dalam tahun-tahun yang lain. OK? Jelas?

Oh, lupa nak cakap, data-data ni dipetik daripada Pusat Data Iklim Negara, Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat. Data setiap bulan dipetik daripada laporan keadaan iklim bulanan, yang dikemaskini setiap bulan. Ada dua kategori laporan: laporan setempat (sekitar Amerika Syarikat) dan laporan antarabangsa. Wow, sungguh rajin, cekap dan terkini.

Bulan
Darat + Laut
Darat
Laut 
Jun 2009
2
6
2
Julai
5
9
1
Ogos
2
4
1
September
2
2
5
Oktober
6
6
5
November
4
8
4
Disember 2009
8
31
2
Januari 2010
4
12
2
Februari
6
14
2
Mac
1
4
1
April
1
3
1

Oh ya, Jabatan Meteorologi (Kaji Cuaca) Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai Monsun Barat Daya (fail pdf). Dijangka berlaku antara Jun hingga September tahun ini. Mungkin sekarang waktu pertukaran musim, sebab tu sesetengah tempat hujan lain macam. Wallahualam. Mudah-mudahan hujan pembawa rahmat Allah menyuburkan tanah di muka bumi Malaysia yang bertuah ni, insya Allah.

Sampai sini sahaja perkongsian ilmiah tulisan ini.



2 respons:

Fairosza said...

camne mechanics??soalan yg last2 tu cam susah sket r...kene cover balik ni p3...good luck

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

wah.. sorry balas lambat.. hehe... er.. boleh tahan la... soalan last tu actually M/J/05 pny soalan.. mmg x pernah keluar kesekian kalinya.. hehe.. good luck juga fai!

Post a Comment

Your Computer