23.12.09

Hari ini dan semalam

Ni bukan pasal lagu.. ^^ [nak dengar lagu tu sangat masuk sini... hehehe]

Semalam (orang Kedah kata kelmarin)

Kol 11.00 pagi keluar rumah... of course mana lagi kalau bukan ke Alor Setar (bukan Alor Star... naming convention confusion???). Nak tengok running shoes dengan court shoes. Sampai la kol 3.00 petang. Pening~ jalan banyak sangat. Apa yg aku dpt? Beza kasut court dgn running shoes. Oooo~ (aku ni mmg sempit pemikiran pasal sukan ni)... Nak 2-2 pasang kena la ada RM 150, tunai :)

Oh ya, kat Star Parade a.k.a. Pacific aku terjumpa Herr Azhar. Hehe~ Exchange of stories. Habis cerita. Meanwhile aku belek DVD+/-R dual layer. Wow! RM 10 sekeping! 5 kali ganda sekeping DVD+/-R biasa! Kenapa jauh beza sgt?

On the way balik rumah, singgah kedai buku kat Masjid Bukhari. Sebab ada jual buku lama. Buku-buku lama bagi aku a very big deal. Tak semua tempat even kat library boleh ada buku ni. Yg aku kebas utk RM 20:
  • Klimatologi Kawasan Tropika - ni asal buku BI, terjemahan dlm BM
  • Prinsip Geografi Muka Bumi - sama gak
  • Istilah Ukur dan Pemetaan - bagus! istilah teknikal termasuk istilah astronomi BM <-> BI
  • A Level Course in Practical Physics - mungkin boleh guna utk Physics A Level kertas praktikal, terbitan 1980-an camtu, tapi masih relevan rasanya!
  • Hadis-Hadis Pilihan
  • Pengetahuan Agama Islam Form 5 - silibus 1970-an





(korang mesti kata "geek gila"... hahahaha!!)

Malamnya pergi pasar dengan ayah dan kak. At the end of the day... pergh letih kot? Tapi kol 2.00 pagi tu still online... Hahahaha!!!

Hari ni

Tak de la apa sgt... dok kat umah... Pagi dpt surat dari sekolah... Markah gred dgn laporan pencapaian!! Huhu... Tak mau cerita lebih2!! Hehe..



Petangnya pergi potong rambut... botakkan. Bukannya apa, rambut panjang seyh, rimas. Pakai helmet gatal plak...

Sebelum (serabut....)



Selepas (tada~~~!!)


Uh, sekianlah merepek utk kali ini. Hehe...



2 respons:

let me be X said...

i nmpak jerawat???waaaa....

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

yup..byk~! besar plak tu. Tmpt aku skrg kwsn pembinaan jln. mgkn kotor sgt2 kot?

Post a Comment

Your Computer