26.12.09

Dua fenomena gerhana awal Januari

Straight to the point, ada gerhana bulan separa pd 1 Januari (new year treat!) dan gerhana matahari separa pd 15 Januari.

Gerhana bulan separa 1 Januari

Macam mana bulan gerhana Jumaat nanti. Oh ya, ekliptik tu "denai" matahari di langit, umbra tu bayang gelap, dan penumbra tu bayang kurang gelap.


Bulan mungkin nmpk gelap kat certain bahagian walaupun tgh purnama. Tak la byk sgt, but still noticeable. Maybe on its lower limbs. Ntah la. Tak reti nak bagi gambaran. I'm sorry!



Kawasan yang boleh cerap semua atau sebahagian gerhana. Alhamdulillah Malaysia dapat cerap semua fasa gerhana. UK pun!

Anyway, ni timing gerhana ni nanti (Malaysia saja). Nak tgk make sure stay up throughout the night. Hehe.

Mula gerhana (P1):    01.15 AM
Masuk umbra (U1) :    02.52 AM
Gerhana maksimum:    03.22 AM
Keluar umbra (U4):    03.53 AM
Akhir gerhana (P4):    05.30 AM

Lamanya gerhana ni dlm lebih kurang 4 jam 15 minit. Memandangkan Subuh masuk dlm jam 6.10 (kat Langgar dlm daerah Kota Star, Kedah), in between tu...faham2la sendiri. Bukan masuk tido...tapi guna la kesempatan ni nak top-up ibadah. Hehehe...

Oh ya, mata kasar je cukup. Nak guna binokular/teleskop gunalah. Kopi panas, sweater, apa2punlah.

Yang dok kat KL, Planetarium dgn Masjid Negara collabrate buat viewing party. Masjid Negara buat khutbah istimewa dgn solat sunat gerhana bulan berjemaah. So, those KLites who are interested are most welcomed to this event. :)

Oh ya, solat sunat gerhana (untuk gerhana bulan dan matahari). 2 rakaat. Kaifiatnya senang saja, macam solat sunat lain. Surah bacaan sunat (yang aku biasa amalkan) dalam rakaat pertama Surah Al-Kafirun dan dalam rakaat ke-2 Surah Al-Ikhlas. Tapi buatlah rujukan luas, mana tau, ada kaifiat yang improved, bacaan doa ke. Solat sunat ni afdal disempurnakan masa gerhana tengah jadi. Take five! :)

Gerhana matahari separa (di Malaysia) 15 Januari


Kawasan boleh cerap gerhana anulus. Luar kawasan boleh cerap gerhana separa. Takpe, insya Allah ada rezeki nanti travel la! :)

Sebenarnya gerhana matahari anulus (cincin) diramal boleh nampak kat tengah2 benua Afrika, selatan India, Sri Lanka, Myanmar dan tengah2 China. Magnitud (=nisbah diameter matahari dilindungi diameter bulan) kat Malaysia ni antara 0.15 sampai 0.50). Orang Kedah/Perlis dapat tengok matahari terlindung dlm ~30% (magnitud 0.50). KL plak, matahari terlindung dlm 28% (magnitud 0.419).

Gerhana mula jam 3.01 petang (Aku balik hostel pukul 4!). Maksimum 4.53 petang (lindungan bulan sampai magnitud yang maksimum). Akhir 5.38 petang. Panjang gerhana ni (durasi) dalam 2 jam 37 minit. Waktu ni (insya Allah dijamin tepat utk) di KL. Tempat lain pun lebih kurang la gak, tapi mungkin kena standby 10 minit awal. Sorry la, aku tak reti nak buat pengiraan kompleks nak tentukan waktu2 ni kat tempat lain. Tak belajar lagi :P. My bad.

Ha! Benda yg penting nak tengok gerhana matahari. Penapis suria (filter) tu mesti! Klau xde, boleh guna pelindung si pengimpal besi (welder's glass #14). Klau rumah kampung, bumbung rumah yg berlubang-lubang tu, perfect! Tengok je kat lantai! Sebenarnya filem negatif tak berapa selamat, takut retina terbakar dek UV.

Semestinya solat sunat gerhana digalakkan~ hari Jumaat. Mudah-mudahan dapat keredhaan Allah yang berlipat ganda pada penghulu segala hari ni :)

Itu saja utk entry kali ni. Happy observing + clear skies!



0 respons:

Post a Comment

Your Computer