"...memalukan dan (merupakan) kegagalan besar, jauh daripada intipati asal," Tim Jones, Gerakan Pembangunan Sedunia
"... Copenhagen (merupakan suatu) tempat kejadian jenayah, dengan penjenayah terus melarikan diri ke lapangan terbang," John Sauven, direktor Greenpeace
Sedikit pasal latar belakang persidangan ni
Sebelum tu, mesti banyak orang dah tahu apa yg sebab dan kesan perubahan iklim ni. Yang utamanya gas karbon dioksida dan peningkatan suhu. Last2 sekali kekurangan bekalan makanan. Korang tau la kot.
Dipengerusikan oleh perdana menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen, antara 7 - 18 Disember 2009 kat Bella Centre, Copenhagen, Denmark. Mestilah 192 negara anggota ada. Macam-macam la jadi dalam sidang ni. Tunjuk perasaan utk negara maju amik tindakan dari sekarang la, Earth Hour Copenhagen (special edition punya!), perjanjian ini itu la, ambil pengecualian la, negara maju kena mula dulu la, China dulu baru AS, dan macam-macam kerenah, macam budak-budak bergaduh. Hehehe.
Sebenarnya sebelum Copenhagen ni, PBB dah bersidang pasal perubahan iklim ni sejak Protokol Kyoto. Utk Copenhagen ni, PBB dah buat perjumpaan dlm 8 sesi kecil2 utk persediaan. Ye la kot. Mcm tu la bunyinya.
Apa yg dicapai?
Pendek kata, macam-macam. Yang utama Copenhagen Accord (Perjanjian? Persetujuan? Persefahaman? $%^&~).
Oh ya, yg bestnya, negara maju/kaya/"dunia pertama" (kelas satu la konon) tak habis2 belasah negara membangun/"dunia ketiga". Negara2 "miskin" "merajuk" sebab diorang mcm melukut kat tepi gantang bila nak buat apa2 persefahaman/persepakatan. Tak aci. Betul, memang buang masa mcm ni. Entah apa yg dibincang, entah ke mana benda ni nak pergi.
Takde la sgt benda lain yg jadi isu utama. Tapi yg paling menonjol, "Copenhagen Accord", Perjanjian Copenhagen.
Dlm persidangan ni, the so-called "Copenhagen Accord", thn 2100 nanti naik tak lebih dari 2°C berbanding tahap praindustri (dlm abad 19 camtu la). Ada negara nak 1.5°C! Surprise, surprise! Institut Kemapanan Institut Teknologi Massachussets (MIT's Sustainability Institute) buat analisis Perjanjian Copenhagen, semua faktor tu menyumbang kenaikan suhu sebanyak 3.9°C thn 2100 nanti! Hm..!
Tak nak cakap panjang2... negara2 "maju" ni nak jaga periuk nasi a.k.a. industri. Sebab tu hentam negara lemah dan ambil kesempatan. Diorg buat sikit, yg lain2 tu biar negara lain uruskan walaupun memang tak adil!
Persetujuan Copenhagen
Dokumen yang dipersetujui delegasi utk "diberi perhatian". Bukan dipersetujui, malah bukan diikuti oleh satu2 negara!
PM Denmark umum benda alah ni mlm last persidangan. Dah la tu, dia kata benda ni "hasil buah fikiran" 26 ketua negara, tak sebut negara mana plak tu. Tiba2 je minta 165 delegasi lain terima "Pesetujuan" ni. Apa ni? Tak adil! Sebab pandangan 26 org saja, tak mewakili yg lain!
Ni cerita pegawai berpangkat tinggi AS. PM AS (Obama) dgn setiausaha negara (Hillary Clinton), buat "mesyuarat" tiba2 dgn pemimpin China, Brazil, Afrika Selatan, dgn India. Diorg buat isi-isi utama dan "OK je". 21 negara lain sain mcm tu je, "mewakili yg lain2", termasuk Britain. Hah? 165 negara lagi? TAK ADIL!
Nak habiskan cerita, sebab tu langkah yg disepakati dlm persidangan tu pasal benda ni, "diberi perhatian" saja. Maka bergaduhlah dua kumpulan negara ni; yg membangun dan yg kononnya dah maju.
Sikit lagi, tapi bukan kesemua petikan isi persetujuan:
- Pemotongan besar kadar pelepasan gas itu perlu (mesti buat la) berdasarkan sains
- Takde perjanjian dari segi satu2 negara akan beri sumbangan atau mendapat dana
- Negara maju akan mengumpul dana "pecutan awal" (fast-start) dlm 2010-2012 sebanyak $AS 30 bilion utk bantu negara "miskin" yg perlu bantuan segera. *tapi sumber sebahagian besar dana tu tak tau lagi dari mana. Itulah, hutang byk sgt kot?
- Menjelang thn 2020, dana $AS 100 bilion sethn melalui Dana Iklim Hijau Copenhagen berjaya dikumpul oleh negara anggota PBB.
Mcm mana suara Malaysia?
- bersetuju nak kurangkan pelepasan CO2 40 peratus per unit KDNK (Keluaran Negara Dalam Kasar) pada thn 2020 berbanding thn 2005. Ni bergantung kpd bantuan ($$$) dari negara maju! :) Bantuan tu merupakan perkongsian teknologi dan (dah cakap awal2) bantuan kewangan. *Data PBB bagi pelepasan karbon thn 2006 kata Malaysia lepaskan 187 juta tonne, atau 7.2 tonne seorang! Wow! Mcm mana tu? Selain pernafasan apa lagi ek? Kenderaan? Bakar hutan? Kilang? Asap rokok? Demonstrasi ganas yang bakar sana sini? Kentut? Eh, lebih pulak (Sorry, bad joke)!
- sekurang-kurangnya 50% kawasan tanah negara dikekalkan jadi kawasan hutan. PM kata sekarang ni 75% kawasan tanah negara ni kawasan hutan dan agrikultur/tanaman. Ni apa yang dijanjikan kat Persidangan Rio (mungkin sesi persidangan pra-Copenhagen).
- PM sindir (tak de la, cuma sarankan) negara yg tak iktiraf Protokol Kyoto (AS tu salah satu) ambil langkah kurangkan pelepasan karbon mcm yg dipersetujui Pelan Tindakan Bali (cerita thn 2007).
- Negara-negara maju ni patut bekerjasama mengurangkan paras CO2 sebanyak 49% pada thn 2017 berbanding thn 1990.
- Dana pulak, (isu sensitif ni), negara2 maju hendaklah (memang patut sebenarnya!) menyumbang $AS 200 bilion sampai thn 2012, lepas tu $AS 800 bilion, utk usaha-usaha ni. (AS dah la byk hutang, perang di Timur-Tengah pun kena duit banyak lagi, jangan harap AS nak bagi duit la... Duh~!). PM kata lagi, kalau nak capai target kenaikan suhu sampai 1.5 darjah Celcius dekat2 thn 2100, tiap2 thn sepatutnya negara maju menyumbang $AS 1.5 trilion! Apa yang PM sindir, "ni tak la banyak sangat kalau nak bandingkan dgn kos nak menyelamatkan syarikat2 dan bank2 (masa kecairan ekonomi 2008-2009)". AS rajin sangat berperang sana-sini tak kan tak de "seciput" aset nak "tolong" dalam hal ni?
Dlm 2010, ada lagi persidangan PBB... hm... cuba menjelaskan isi Perjanjian Copenhagen ni... entahlah klau "negara2 maju" ni tak habis2 nak berselindung blkg batu. Sebab mmg jumlah gas ni, banyak dtgnya dari diorg!
Tamat sudah
Cakap saja tak buat tak guna kan? ^^
"Saya merasakan saya telah memainkan peranan dlm menyatukan negara2..." PM Britain, Gordon Brown
"Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah membuatkan mereka berasa sebahagian daripada (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar kembali (ke jalan yang benar)." Surah Ar-Rum, 30:41
Bacaan
- The uncertain legacy of Copenhagen
- Malaysia Announces Conditional 40 Per Cent Cut In Emissions
- Copenhagen chaos, Agreements and unfinished business, Pointless protests, The Star, 22 Disember 2009.
Tu je kot. Biasalah kalau tersalah kata ek? Sebarang komen sgt dihargai :)
0 respons:
Post a Comment