14.12.09

Fenomena Facebook bloom di Malaysia

Hehe... just want to be honest... I just opened my Facebook account only on the March this year. Mula-mula tu tak la ramai yang pakai Facebook, lama-lama Facebook ni dapat sambutan. Kalah Friendster, walaupun my account was made April last year! Sekarang ni Malaysians still prefer all Friendster, myspace and Facebook.

Sebenarnya memang betul peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Aku rasa fenomena ni dah bermula lepas Malaysia adakan Youth Engagement Summit 2009 kat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bulan November lepas. Tetamunya, guess who, Randi Zuckerberg (pengurus pemasaran Facebook), Biz Stone (penemu Twitter), Donald Trump (siapa yg tak tahu kan? Tapi muncul dalam bentuk perbincangan video), dan ramai lagi... rujuk laman web rasminya. [masuk sini kalau "Page not found"]

Di samping laman web sendiri (personal) dan blog, PM kita ni pun dah ada Facebook sendiri, tapi baru je naik. Twitter pun. Gagasan 1Malaysia pun dah ada Facebook page sendiri...wow!!! Bukan nak kata, mungkin trend pemimpin pakai Facebook/Twitter/apa-apa laman perhubungan sosial ni mungkin dipopularkan (kalau tak dimulakan) daripada Obama (presiden AS) tu sendiri. Memang sekarang ni Facebook makin berkembang kat Malaysia, tak silap sekarang dah 3.5 juta pengguna dah. Kalau nak sebar propaganda/dakyah/bla-bla-bla pun boleh (jangan fikir lain ya!!!).


Tapi sayangnya... kita kena jaga diri kat internet. Jangan pulak dedah identiti berleluasa kat Facebook, macam alamat, no telefon, alamat e-mel... sebab 3.5 juta orang tu suatu pasaran yang luas. Untuk jual produk la, untuk ditipu, di"scam", di"fraud"... berhati-hatilah. Identiti di Internet... suatu benda yang harus dijaga. Silap-silap jatuh ke tangan orang yang berniat tak baik... Hmm... jangan jadi nasi yang dah dibuat bubur. Jaga kata laluan (password) tu... gunalah pelayar Internet (browser) yang elok: Mozilla Firefox, Internet Explorer 8 (jangan guna yang versi lama), Opera atau Google Chrome. Lagi baik guna komputer yang ada antivirus dan Windows/Mac asli (sebab masalah lubang keselamatan akan dibaiki secara automatik). Kalau yang tak tu... jangan pasang benda yang bukan-bukan kalau tak tahu apa sebenarnya benda tu. Hehe...

Satu lagi, benda yang diletak di Internet akan kekal selama-lamanya walaupun sumber asal dipadam. Kalau kita misalnya mengutuk seseorang, betul, orang lain akan salin, letak di mana-mana tempat di Internet yang boleh diletak (e-mel, blog, Facebook ke), tersebar berleluasa dengan segala forward/retweet/salin-dan-tampal (copy-pasting), itu satu cara. Satu cara lagi, jeng jeng jeng, jangan terkejut kalau Google/Yahoo! yang simpankan! Mana tahu tersesat masuk ke laman web yang mengarkib segala jenis laman web macam Internet Archive: Wayback Machine! Pandai-pandailah fikir apa-apa bahan yang kita letak di Internet ni, jangan sampai termakan diri sendiri...

Lagi satu budaya kita: salin-tampal (copy-pasting) tanpa rujukan/reference pada sumber asal. Kalau budaya profesional dikenali sebagai sebutan/citation untuk elak plagiat. Plagiat ni memang tak disukai oleh bidang profesional sebab "amik barang orang buat harta sendiri pulak"... mesti orang yang hasilkan idea asli tak suka tengok orang asyik salin-tampal bahan dia, tak minta kebenaran pula tu. Kalau cakap dirujuk pada laman sekian-sekian pun dah cukup. Orang tulis sumber asal pun suka, sebab promosi percuma (tak lah...)!

Akhir kata, kita tunggu dan lihat saja. Tapi kita masih baru berpucuk. Tak hairanlah kalau tiba-tiba ramai masuk Facebook termasuklah pengetua sekolah saya sendiri, mana tahu suatu hari nanti pula, sekolah ada fan page sendiri, negeri Kedah pun... mana tahu anda pula dijadikan fan page! Sorry for any unrelated blubberings! Wallahua'lam.



3 respons:

let me be X said...

waaa..bagus2...

izzat ismail said...

aku letak no hp kat facebook..tapi untuk kawan2 sahaja..kalau org lain tak leh view.

hmm.selamatkah?

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

@izzat ismail:
haha... sori lambat sangat nak reply..
no fon tu friends je kan yang view..
insya allah selamat punya.. :)

Post a Comment

Your Computer