22.5.11

Bagaimana merakam audio dan bunyi-bunyian (Stereo Mix)

Salam. Ana nak berkongsi bagaimana untuk merakam audio dalam Windows.

Hampir pelbagai jenis program yang boleh digunakan untuk merakam bunyi. Sound Recorder dalam Windows itu sendiri sudah ada tetapi dalam Windows XP, tak silap ana hanya terhad kepada 60 saat. Program terbina dalam (built-in) ini boleh diakses melalui Start > All Programs > Accessories > Sound Recorder. Ana lebih menggemari Audacity, namun begitu program ini tidak dapat mengeksport dalam format MP3 melainkan dengan melakukan sedikit pembetulan yang akan ana kongsi nanti. Insya Allah.

Baik, sebelum terus tekan butang Rakam (Record), berikut ialah langkah-langkah awal yang perlu diambil.

Windows XP

1. Klik-kanan pada butang speaker pada dulang sistem (System Tray). Pilih Adjust Audio Properties.


2. Klik pada tab Audio dan klik pada butang Volume.



3. Dalam tetingkap Wave In, cari Stereo Mix. Sekiranya tidak terdapat paparan Stereo Mix seperti rajah di bawah, sila ikuti langkah seterusnya. Sekiranya Stereo Mix dipaparkan terus ke langkah ke-6.


4. Klik Options > Properties.

5. Tandakan rait pada kotak Stereo Mix.


6. Dan kembali kepada tetingkap tadi. Klik Enable. Jangan lupa untuk melaraskan tahap bunyi.


Windows Vista/7

1. Seperti Windows XP. Cuma kali ini pilih Recording Devices.


2. Sekiranya pilihan Stereo Mix tidak dipaparkan teruskan mengikut langkah seterusnya. Sekiranya ada, langkau terus ke langkah ke-5.


3. Klik-kanan pada kotak putih dan pilih Show Disabled Devices.


4. Akan ada Stereo Mix. Klik-kanan pada Stereo Mix dan pilih Enable.

 
5. Klik-kanan Stereo Mix (lagi) dan pilih Set as Default Device.


Insya Allah, lepas tu boleh mula merakam dengan program kesukaan. Selepas siap jangan lupa untuk matikan pilihan Stereo Mix sebagai alatan merakam.

Oh ya. Audacity boleh dimuat turun dari laman web ini.

Diharap membantu. Wassalam.

[Rujukan]



0 respons:

Post a Comment

Your Computer