Ana hanya boleh beri pautan di sini. Ana sarankan supaya pembaca masuk sendiri. Sekiranya tulisan tersebut dipadam, ana telah arkibkan di sini.
Dalam karya blog di laman terbabit, imej ini menyusul. Ana, dengan izin, ingin memautkan gambar tadi:
Ada logo Vegetarian Society di situ, perhatikan. |
Ok, baiklah. Memang dalam Islam kita diharamkan untuk memakan daging khinzir. Dalam kes ini, boleh dilihat bahawa produk ini merupakan produk vegetarian. Tetapi produk ini juga telah mendapat pensijilan Vegetarian Society yang bagi ana, sangat ketat juga (telur yang diguna haruslah telur ayam lepas, bukan ayam sangkar!). Ok, sekiranya syarikat makanan ini menipu dalam perkara ini, baik, memang bos dia... tanggunglah sendiri!
Berbalik kepada produk "khinzir". Memang geli, ya, kita, Melayu (dan juga ingat, Muslim) tak makan benda yang jelas haram dalam al-Quran ini. Tetapi masalahnya, produk ini produk vegetarian, jadi tiada unsur yang diragui dalam produk ini. Tetapi dari segi budaya... ana faham...
Bagaimana pula dengan produk ini?
Dan lihat kandungannya di sini. Ada unsur yang diragukan ke?
Ok, baik. Sebelum ana berhenti di sini, ana nak ucapkan setinggi-tinggi hormat kepada para pengkomen yang cuba untuk membangkitkan perkara yang hak.
Sebarang pandangan jangan tak letakkan komen.
P.S. Video itu walaupun disahkan asli, tetapi adakah orang dalam video itu orang yang dimaksudkan? Janganlah sebar fitnah.
0 respons:
Post a Comment