4.1.12

Berlaku adil

Salam.

Ana berharap ana bukan dalam golongan sebegini, insya Allah.

Bukannya apa, ijazah belum habis lagi, sekiranya ditanya mengenai konsep-konsep yang hanya diajar dalam pengajian tahun tiga (atau jauh lebih tinggi daripada itu), insya Allah ana akan mengaku dengan pantas, "maaf, tidak tahu".

Insya Allah, ana akan berbuat sebegitu apabila ditanya mengenai isu-isu dalam Islam. Apakan daya ilmu Islam di dada ana hanyalah sekadar Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Kehadiran Kelas Fardhu 'Ain di sekolah rendah dan sekelumit pembacaan serta beberapa sesi kuliah (yang boleh dikira dengan jari). Ana tidak mahu, sekiranya sekelumit kebatilan diujarkan dalam perkongsian atas sebab memang ana tidak ada ilmu terhadap bidang terbabit, ana bimbang, jalan yang diredhai Allah ini menjauh daripada pembaca-pembaca.

Mungkin sesetengah orang kata sekiranya tempelan berbentuk pendapat itu memang rencah blog tetapi ana lebih bimbang sekiranya idea-idea ana disalah tafsir atau dijadikan hujah bagi seseorang (lebih bimbang sekiranya digunakan untuk menegakkan kebatilan sambil meruntuhkan kebenaran), sedangkan ana bukanlah orang yang sesuai dirujuk. Entahlah, bagi ana, perkembangan teknologi Internet ini menjadikan manusia kian bersikap lepas tangan atau acuh tak acuh. Kenapa serius sangat? Sebabnya ketika ajal menjemput ana pada waktu yang ditetapkan nanti, ana "masih" hidup, ya, "hidup" dalam alam maya. Sebarang sisa-sisa yang ditinggalkan di dunia Internet ini, sekiranya buruk, maka, siapalah yang tahu dalam alam baru nanti...


Postscript:

1. Susah untuk berlaku adil terhadap diri sendiri, bukan?

2. Awak belajar Fizik bukan Ulum Syariah, Hadis, dll. Orang kampung pun tahu, nak tanya agama carilah ustaz bukannya saintis. Bukan dasar sekularisme, tetapi ini ialah suatu kelaziman.

3. Dalam Internet bolehlah tunjuk hebat tetapi kehebatan yang terasah itu biar selari dengan alam nyata. Cakap kampung, "tak payah act sangat la!"

4. Jangan melompat-lompat autoriti dalam ilmu. Senang cerita, belajar biar berguru dan berbuku.

5. Tempelan blog yang bertemakan pendapat, sepatutnya cenderung bersifat ilmiah bersandarkan nas-nas sahih disertakan dengan pandang alam yang munasabah dan masuk akal. Tidak salah menyebarkan pendapat tetapi lebih baik sekiranya bersifat adil iaitu mencanangkan kebaikan di samping menyelitkan keburukan.

6. Ruangan komen disediakan bagi pembaca budiman yang berlapang dada sahaja. Insya Allah ana cuba berlapang dada. :)

Sekian.



0 respons:

Post a Comment

Your Computer