15.1.11

Ada apa dengan UCL

Tiba-tiba nak promote universiti. Bukannya apa, saja nak berkongsi. Tolong (bakal) junior isi borang UCAS katanya, kan. Tak pun nanti nak pilih firm university atau insurance university. Itu je. Perhatian: penulis blog tidak dibayar oleh UCL mahupun sesiapa sahaja yang berkaitan dengan UCL.

Bangunan utama UCL di bahagian Quad.

1. Ranking dan hidup universiti

Mungkin banyak orang pilih masuk universiti ni atas sebab ranking (aku pun – tapi aku rasa yang itu yang aku mampu).

Wikipedia sikit... walaupun... mungkin tak se-gah Imperial College, mungkin Kings College. Tapi, Imperial College tidak menyediakan pengajian untuk aliran kemanusiaan ataupun seni (Arts). Mungkin (sekadar pendapat aku saja ye!) sebab itulah Imperial boleh potong. Hehehe. Oops. LSE? Amboi, nak kita banding bezakan buah epal dengan buah oren pula!

Ok, ok. Ranking ini boleh diguna sebagai kayu ukur, tapi diingat, ranking yang sesuai atau muktabar ialah ranking QS dan boleh juga Times Higher Education. Ranking oleh penerbitan akhbar bolehlah juga, cuma jangan dijadikan kiblat semata-mata sebab, er, kadang-kadang biasalah... sekadar pandangan seorang jurnalis...

Hiruk-pikuk seorang pelajar universiti. Er, bergantung kepada subjek which you are going to read. Takkanlah nak ambil kejuruteraan elektronik nak tanya seorang pelajar dalam fakulti fizik dan astronomi? Hehehe. Bergantung....


2. Pengangkutan

Oh ya, boleh rujuk peta khusus UCL sendiri di sini. Dan juga boleh semak destinasi bas yang melalui (berdekatan) UCL di laman web Transport for London. Malas cari? Ok, ok! Ini (antara) senarai bas yang melalui UCL...

Walaupun bersalji, pengangkutan awam masih lagi cuba berjalan seperti biasa...
  1. 390 (Archway ↔ Notting Hill Gate / Palace Garden Terr) :: turun di sini atau di sini.
  2. 29 (Trafalgar Square / Stesen Tube Charing Cross ↔ Lordship Lane) :: turun di sini atau di sini.
  3. 134 (North Finchley Bus Station ↔ Stesen Tottenham Court Road) :: turun di sini atau di sini.
  4. 10 (Hammersmith Bus Station ↔ Stesen Tube King's Cross / York Way) :: turun di sini atau di sini.
  5. 18 (Sudbury And Harrow Road ↔ Stesen Euston) :: turun di sini atau di sini
Eh...  sudah-sudah... Taip je University College Hospital. Ada lagi 15 buah bas yang lalu ke situ!

Tube? Er... kereta api? Ada stesen...

Tube... err... Underground. Mind the Gap!
  1. Euston Square. Betul-betul depan UCL. Aliran Metropolitan, Circle, dan Hammersmith & City.
  2. Euston. Jalan sikit. Lintas jalan. Aliran Northern, dan Victoria. Dan juga kereta api ke utara misalnya... Manchester?
  3. Warren Street. Jalaaaaaan sikit. Aliran Northern, dan Victoria.
  4. Goodge Street. Jalan jauh la juga, tapi boleh beli buah depan pintu stesen. Aliran Northern.
  5. Russell Square / King's Cross St. Pancras... er, jauh la! 

 3. "Kolej kediaman" / Asrama

Pautan UCL: Accommodation

Masuk bab nak duduk di mana. UCL ada je hostel yang banyak pilihan dari yang murah (er... paling jauh dari kolej) sehinggalah yang termahal (selesa macam kat bilik sendiri).

Oh, UCL menyediakan dua jenis hostel - Hall of Residences dengan Student Houses. Bezanya makanan (tak semestinya makanan halal) disediakan untuk penghuni Hall of Residences.

John Tovell House, dibina pada tahun 1800 rasanya...
Pendekkan cerita. Alhamdulillah dapat yang paling dekat dengan universiti, sebab dah pilih nak dekat. Jadi, aku punya kolej kediaman diberi Bait Al-Arthur Tattersalli Arthur Tattersall House. Seberang jalan dah sampai universiti. Betul! Boleh tengok di sini (pautan Google Maps). Selain Arthur Tattersall House dan John Tovell House (sebelah-sebelah saja), ada juga Ramsay Hall, dalam 10 minit berjalan kaki. Sewanya £92 (bilik 2 orang) seminggu atau lebih kurang £400 sebulan. Ada bilik perseorangan, £130 seminggu. Tapi bayaran selalunya dibuat untuk satu penggal (semester), misalnya untuk semester pertama lebih kurang £1500. Tapi ingat, itu harga sebelum cukai (VAT) naik. Tahun 2011 memang lebih mahal.

Nak lagi murah (dan jauh)? Ada di Camden Town, 10 minit menaiki bas. Ifor Evans Hall, bilik 2 orang, £111 seminggu. (Pautan Google Map). Ann Stephenson House, bilik perseorangan, £110 seminggu. Tempat yang sama, cuma Ifor Evans menyediakan sarapan dan makan malam. Tinggal dekat Camden Town pun OK, Camden Town tu pekan kecil yang ada macam-macam (pasar raya Sainsbury's besar, Sports Direct, kedai makanan, kedai daging, dan lain-lain). Tak rugi juga, cuma kena dapatkan pas tambang bas bulanan.

Alternatif lain? Intercollegiate house. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Contohnya Commonwealth Hall yang lebih dekat dengan Birkbeck University of London. Hehehe, sebelah UCL je. £145 sebulan.

Oh ya, kalau rancang nak duduk sebilik dengan kawan sekolej, boleh minta tau! Jangan tak cuba. Hehehe.

Mungkin nanti aku akan kongsi lebih lanjut mengenai Arthur Tattersal House.

Eh, ada juga yang memilih duduk sekali dengan senior. Boleh je, cuma... tapi... duduk di hostel ni pengalaman yang bukan calang-calang. Cuba dulu untuk satu semester, lepas tu, baru buat pilihan sama ada nak duduk sekali dalam mana-mana rumah atau terus duduk dalam hostel.

Rasanya cukup dulu buat kali ini. Insya Allah, mungkin ada follow-up.



2 respons:

muhammad fakhruddin said...

Apakan daya kota London bukan destinasi pilihan.

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

Fakhruddin: ye ke. oooo. tapi macam tu la panduan kasar, serupa je. so, bercadang nak ke mana tu?

Post a Comment

Your Computer