13.11.10

Tatkala hujan...

Dalam minggu ni, hampir tiap-tiap hari hujan. Dek sistem tekanan udara rendah yang diberi nama "Carmen" oleh Institüte für Meteorologie atau dalam bahasa Inggerisnya Institute of Meteorology of the Free University of Berlin. Angin yang bertiup di luar bilik, membuatkan sejuk makin menggigit tulang, dan juga menerbangkan payung dan barang-barang jualan di luar kedai macam di Bayswater. Malam pula makin kian awal menjelang. Jam 6.10 petang sudah masuk waktu solat fardhu Isyak.

Carta tekanan udara permukaan MetOffice. Tanda "L" itu maksudnya tekanan udara rendah.

Ini buktinya fenomena ini dinamakan. Kenapa nak diberi nama? Senang dijejak. Mungkin boleh jadi sejarah, katakan ribut ini bertukar menjadi ganas dengan membadai UK dan memberi impak yang hebat. Manalah tahu kan?

Diramalkan oleh pegawai kaji cuaca di MetOffice, insya Allah cuaca baik diramalkan esok, lusa, dan tulat. Tak apa, kita tengok langit dulu sebelum keluar.


Ramalan kaji cuaca sehingga lima hari bagi London oleh MetOffice.
Bila hujan, putus mood nak keluar ambil angin. Terasa nak duduk bilik je. Kononnya nak mengulangkaji la, menyiapkan tugasan (assignement) yang kena hantar minggu depan la, macam-macam. Balik-balik, mengadap skrin laptop je. Tak pun nampak duvet tebal, apa lagi, bergelumanglah dalam duvet yang selesa!

Hari Jumaat menandakan penghujung (penghulu) minggu. Minggu ni Reading Week. Minggu lepas hari Sabtu aku ke Nottingham, ada Nottingham Malaysian Games. Pada waktu tu terus universiti tu jadi kampung Malaysia sekejap. Sini ada orang Malaysia, sana ada orang Malaysia. Sampailah jam 8.00 malam. Pasukan futsal University of Southampton membuatkan pasukan University of Newcastle menangis, balik tak dapat hadiah utama. Rasanya lepas tu mungkin ada majlis pemberian hadiah tapi malam tu sejuk sangat. Terus menginap di rumah senior. Hehehe.

Hari esoknya ke Sheffield, sampai betul-betul sebelum Maghrib (baca: lebih kurang 4.30PM). Disambut dengan meriahnya oleh teman sebilik waktu A Level dahulu dan juga kawan senegeri. Pusing-pusing Sheffield, terjumpa dengan booth XBox 360 Kinect. Apa lagi, jom cuba teknologi baru sebelum masuk kedai! Adalah satu game ni. Tapi kena melompat-lompat, genggam-genggam tangan, undur-undur badan dan cangkung-cangkung. OK la, tak macam Wii, tak perlu pegang alat kawalan jauh. Tapi sebab dah lama tak bergerak aktif... badan rasa sengal-sengal bila keluar dari booth tadi. Puas jugalah...


Cenderamata dari Sheffield ekslusif dari Microsoft.

Hari keesokannya... (sebelum tu nak puji kesedapan masakan anak Johor di bumi UK ni)... berpusing-pusing di bandar Sheffield. Memang Sheffield ni tak macam London, tapi kecil-kecil cili api (yelah... masuk je peribahasa ni). Tapi waktu tu rezeki untuk cuaca baik ditunda, tak apalah, redah je hujan!

Pertama. University of Sheffield.

Bangunan Student Union (SU) - dikatakan Sheffield mempunyai SU terbaik di UK

Mungkin ini sebabnya SU terbaik? Hehehe...
Prof. Hans Krebs untuk Kitaran Krebs dan Prof. Kroto untuk buckyball...

Kedua: Weston Park


Tugu Ebenezer Elliot (klik untuk ke Wikipedia untuk mengetahui siapakah encik Elliott ni)
Memorial Godfrey Sykes

Eh, ini bukan tempat menjual daging khinzir! Ini suatu pameran di Muzium Weston Park.

Ketiga: Tram di Sheffield!

Apa itu tram? Tak sama macam kereta api, tram ni boleh bergerak di atas permukaan jalan raya...

Perhentian tram di hadapan Unversity of Sheffield.
Tram berselisahan dengan kereta di jalan raya

Keempat: Meadowhall

Meadowhall ni kompleks beli-belah antara yang terbesar di UK. Tapi... lelaki mungkin tak boleh disamakan (sangat) dengan membeli-belah ni. Hehe. Memandangkan Krismas makin dekat... jadi faham-fahamlah ye. Mereka di sini ada jualan hampir dua bulan (mulai Oktober) untuk Krismas.

Tengok je...
Tengoklah lagi... hehehe.

Hm. Ada lagi sebenarnya yang menarik di Sheffield ni. Cuma masa mencemburui kami. Yelah tu. Apa-apapun terima kasih kepada kawan-kawan di Sheffield atas segalanya: tempat menginap, sambutan, makanan, dan bawa kami berjalan-jalan...



1 respons:

muhammad fakhruddin said...

Saya suka shopping...shopping buku je la =)

Post a Comment

Your Computer