Salam. Wah, bukan main lama tak kemaskini blog. Alasan popular kali ni:
- Merancang
- Beli barang
- Berulang-alik Kedah – Kuala Lumpur
- Hari Aidilfitri (kan kata orang – Ramadhan sebulan, Syawal pun sebulan)
- Masa dengan keluarga. Hehehe.
- Sibuklah sangat dengan belajar! (Alasan...!)
|
Pemandangan dari cermin depan bas MARA Liner laluan Alor Setar – Kuala Lumpur di (anggaran) KM 250 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Exit 141 Jelapang |
Em, terlebih dahulu aku nak lafazkan kalimah Alhamdulillah, atas segala nikmat-Nya. Untuk keputusan peperiksaan A Level, alhamdulillah, mencukupi kelayakkan yang ditetapkan University College London. Terima kasih kepada guru-guru di Cempaka International School atas segala usaha memastikan pelajar-pelajar (macam aku) mendapatkan yang terbaik dalam sepanjang program A Level Cambridge ni. (*Ayat skema) Dan tak lupa kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan semua yang menghulurkan semangat dan menadah doa. Oh ya, kepada penaja, Jabatan Perkhidmatan Awam!
24 September. Selepas 12 jam dalam kapal terbang, bersama-sama 22 orang rakan seperjuangan. Alhamdulillah aku selamat tiba di bumi yang memang asing bagi aku. Aku suka berjalan-jalan tengok dunia tapi kali ni rasa lain sangat. Mungkin tindakbalas kimia . Sesampainya aku di lapangan terbang Heathrow, selepas siap segala urusan imigresen, ada senior-senior yang menanti di hujung pintu bertanda
Nothing to declare. Terkejut? Terkejut...
Warga Gloucester Terrace berlapang dada menjemput di situ dan menumpangkan aku selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, terima kasih ye! Oh ya, keluar dari lapangan terbang dan masuk dalam kereta api bawah tanah, terasa hawa dingin 10 darjah Celcius. Senior-senior kata cuaca hari tu luar biasa, sebab tak sepatutnya sesejuk tu waktu-waktu ni. Hm...
|
Trafalgar Square. Bangunan di depan tu The National Gallery. |
|
Tengoklah siapa yang mainkan alat gamelan tu! |
|
Aku pun "mengambil kesempatan" berjalan-jalan sikit dalam tempoh yang sekejap tu. Tak la ke mana-mana sangat. Risau dengan kesan
jetlag, katanya. Misalnya petang Jumaat tu juga ke Trafalgar Square. Ada Malaysia Night – "pasar malam" – anjuran Tourism Malaysia. Jual makanan je hampir semua gerai ni. Ada la juga gerai untuk Malaysia Airlines, Tourism Malaysia sendiri, dan mungkin kegunaan urus setia. Eh, roti canai sekeping £4, nasi berlauk daging £5! Biasalah, bukan standard UK, tapi standard gerai pameran. Eleh, gerai hari kantin pun macam tu juga, kan? Hehe.
Email ThisBlogThis!Share to FacebookShare to Pinterest