14.7.10

Pemansuhan UPSR dan PMR

Izinkan suara kecil aku memberi pendapat dalam isu ni. OK, mungkin isu ni dah lapuk sikit, sebab dah berminggu-minggu terhangat di pasaran. Mungkin dah tumbuh cendawan dan boleh dibuat kacau goreng dek laungan penyokong Andrés Iniesta Luján yang meletakkan bintang di atas jersi baru Sepanyol nanti.

Oh, terlebih dahulu, tulisan kali ni mungkin penuh dengan pendapat aku. Tapi macam biasalah, fakta yang ada akanku letakkan sumber... Dan pandangan aku ni juga bersumberkan pengalaman sikit-sikit.

Aku pun tak pasti bila isu ni timbul. Terima kasih pak cik Google, lebih kurang 20 Jun. Lumrah alam, ada pihak yang bersetuju, dan ada pihak yang tak bersetuju. Menurut artikel MalaysiaKini ini, sebab musabab keputusan ini ialah "aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya."

Hm. Ada juga betulnya, kan? Lagipun apa kegunaannya keputusan UPSR dan PMR ni, selain memantau prestasi akademik bagi sekolah rendah dan pendidikan menengah rendah, dan tiket memasuki institusi pengajian yang elit?

Sebenarnya pemansuhan peperiksaan awam ni bukan suatu isu terhangat di pasaran. Tak silap aku, masih ingat lagi Penilaian Tahap Satu? Itu juga dimansuhkan lebih kurang dalam tahun 2001. Aku malas nak Google dalam-dalam, dalam artikel Wikipedia bahasa Inggeris (Education in Malaysia) menyebut punca PTS dimansuhkan ialah atas sebab "tekanan daripada waris dan guru-guru terhadap pelajar demi mendapatkan keputusan cemerlang". Oh, untuk makluman pembaca, pelajar yang cemerlang dalam PTS layak diletakkan dalam darjah lima (melangkau darjah empat). Pendek cerita, "lompat kelas", istilah yang sangat popular dulu-dulu. Oh, aku pun dalam zaman itu juga. Alhamdulillah, aku pernah mendapat tawaran sebegitu, tapi kesabaran meneruskan darjah empat membuahkan hasil yang jauh lebih baik – semasa tingkatan satu program PPSMI dimulakan.
Sebelum masuk isu utama, aku nak berkongsi sikit mengenai sistem peperiksaan awam kita. Oops, bukan sistem pendidikan kita ke? Bagi aku, sistem peperiksaan ni sebahagian daripada sistem pendidikan kita. Nak tumpu dekat situ je, tak nak melalut-lalut. Apa itu peperiksaan awam? Hm... UPSR, PMR, SPM, STPM, dan STAM. Maklumat-maklumat lepas ni aku rujuk belakang sijil SPM aku. SPM selepas tahun 1978 dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan adaptasi sistem Lembaga Peperiksaan Setempat Universiti Cambridge (University of Cambridge Local Examinations Syndicate, UCLES). Cambridge tu! [Sila rujuk sini untuk maklumat terperinci.]

OK, sistem peperiksaan British pula, terutamanya di England. Ada beberapa lembaga peperiksaan, yang menetapkan silibus sendiri dan peperiksaan sendiri. Misalnya Edexcel, Perikatan Pentaksiran dan Kelayakan (Assessment and Qualifications Alliance, AQA) dan OCR (Oxford, Cambridge and RSA Examinations). Dalam sistem Edexcel dan OCR, ada satu peperiksaan saja sepanjang sesi persekolahan, iaitu Sijil Am Pelajaran Menengah (General Certificate of Secondary Education, GCSE). GCSE biasanya diambil oleh pelajar-pelajar yang berumur 15 ke 16 tahun. Gred subjek yang diberi ialah A* (A bintang), A–F, dan gred U (ungraded). SPM Malaysia pula A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred Kepujian SPM (B dan C) ialah setara gred C dalam GCSE Cambridge.

Sebelum tahun 2008, ada peperiksaan untuk pelajar-pelajar 7 tahun, 11 tahun dan 14 tahun. Sekarang yang tinggal cuma GCSE. [Rujukan] Masih ada lagi ujian penilaian standard (Standard Assessment Tests, SATs) untuk pelajar-pelajar berumur 11 tahun tetapi untuk tiga subjek sahaja (bahasa Inggeris, matematik dan sains). Ada juga penilaian untuk pelajar berusia 5 tahun dan 7 tahun, tetapi dijalankan dalam sekolah dan guru-guru menjadi penilai. [Rujukan: BBC, Guardian]

Mungkin begitu sistem peperiksaan kita pada masa depan, sekiranya peperiksaan awam dimansuhkan. Cuma, satu persoalan, mampukah tenaga-tenaga penggerak sistem pendidikan kita terus bergerak lancar, selain dibebani dengan tugas-tugas bukan akademik di sekolah?

Nak berkongsi, boleh je hantar anak-anak nak merasa GCSE ni. Hantar ke sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Di situ, silibus yang disediakan ialah GCSE antarabangsa (International General Secondary Certificate, IGCSE) – betul, kelayakan sekolah menengah antarabangsa. Boleh pilih subjek yang lebih sedikit atau lebih banyak – 6 subjek ke, 15 subjek ke... Dan juga IGCSE ini dikendalikan oleh lembaga peperiksaan Cambridge juga – Peperiksaan Antarabangsa Cambridge (Cambridge International Examinations, CIE). Tapi berbaloi ke? Sila buat penilaian sendiri ye, waris-waris pelajar, anda menentukan masa depan anak anda. (Eh... macam lari tajuk je...)

Sekarang mari sama-sama pula masuk bahagian implikasi isu ni. Ha, semuanya pandangan aku. Hehehe.

Pelajar



  • Mungkin berkata, "Yay! Seronok giler takde exam ni! Takde tuisyen la, takde kelas tambahan la, tak kena masuk kem motivasi peperiksaan la, takde seminar menjawab peperiksaan banyak-banyak! Boleh enjoy, bla bla bla!!!"



  • Kita tengok sistem pentaksiran baru, yang mungkin berterusan, misalnya buku skrap yang kena buat tiap-tiap tahun ke, kena buat presentation tiap-tiap bulan ke, aktiviti luar ke, ... tunggu! (Gelak jahat)
  • Peperiksaan kemasukan ke sekolah-sekolah idaman hati kalbu...

Sekolah



  • Dana sekolah boleh diguna untuk hal-hal bukan akademik. Selalunya kena buat kem itu, kem ini, kelas tambahan itu, kelas tambahan ini...
  • Cikgu-cikgu tak terkejar untuk habiskan silibus. Mungkin suasana pembelajaran yang selesa.


  • Sekolah premier misalnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan sekolah-sekolah elit susah untuk mencari pelajar baru yang sesuai. Mungkin lepas ini pengimplementasian peperiksaan kemasukan?
Ibu bapa




  • Tak perlu hantar ke tuisyen, ..., dan kem-kem motivasi. Wang untuk menanggung keluarga (tambah-tambah lagi keluarga yang besar, tapi anak-anak masih belajar) dapat diagihkan mengikut prioriti.
  • Anak-anak tak tertekan dengan hidup persekolahan.
  • Mungkin anak-anak ada lebih masa dengan keluarga, bagus kan?
  • Boleh jimat duit, tak perlu hantar ke sekolah swasta atas alasan anak, "benci UPSR/PMR!".


  • Anak-anak kuat berpeleseran. Banyak masa kosong, kan?
  • Mungkin juga tak larat menasihatkan anak supaya mengulangkaji dan mendapat respons, "peperiksaan lambat lagi...".
Pihak-pihak lain



  • Penerbit buku: Pasaran sangat sengit.



  • Penerbit buku: Lambakan stok buku soalan ramalan UPSR dan PMR.
  • Pusat tuisyen: Mungkin lepas ini, kehilangan banyak "pelajar", sebab yang tinggal hanya pelajar SPM.
  • Pengendali kem motivasi: Membuang modul menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR.
  • Guru sekolah yang jadi guru pusat tuisyen: Berhenti jadi guru pusat tuisyen, terutamanya subjek UPSR/PMR.

Hm. Cukuplah sampai di sini. Oh ya, perbetulkan apa-apa yang tak betul ya. Akhir kata, aku pun tak tahu nak kata apa-apa pasal isu ni, nak kata kekalkan UPSR dan PMR tak boleh, mansuhkan UPSR dan PMR pun tak boleh juga. Bak kata pepatah, telan mati bapa, luah mati ibu.

P.S. Jangan malu-malu beri pandangan membina di bawah ini!



6 respons:

Syairah Shamri said...

Wahh interesting sharing by u encik mahathir..
b4 diz, ade berbincang dgn my kazen, seorang cg stpm..
4 me, personally, I consider UPSR as titik permulaan samada kita akan dapat belajar di sekolah yg lebih baik environmentnya ataupun yang biasa2..Mungkin student peringkat sekolah rendah kurang nampak apa function UPSR, including me 9years ago. Tapi, actually pentingnya UPSR for me is bcoz it will decide where u will pursue ur study in 12years laters. Why I'm saying this?Hurmm..sebab kita perlukan environment yg bagus utk studi..Kalau after UPSR,kita tak dapat menlanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang bagus2, mungkin juga kita akan tergelincir dan hanyut dengan kawan2 lain yang ada di antaranya "tak minat" nak belajar. Kalau sebaliknya, inshaALLAH environment yang baik, persaingan sengit mungkin dapat meransang kita untuk belajar lebih gigih supaya kita dapat sama-sama berjaya seperti kawan2 yang lain.Namun, tak dinafikan, ada juga yang UPSR nya keputusan "biasa2 sahaja" tapi berjaya sehingga mendapat title "Dato'", antaranya telah berjaya menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini juga mungkin kerana kegagalan kali pertama dalam 'ujian terbesar' dalam hidupnya ketika kanak-kanak itu telah menjadi pemangkin untuknya terus melangkah maju ke hadapan :)

Bagi PMR pula, saya melihatnya lebih kepada satu proses peralihan di mana pelajar perlu lebih memikirkan masa depannya, jurusan apakah yang perlu dia pilih kelak. Ini adalah disebabkan apabila seseorang itu tamat Tingkatan 3, ia perlu memilih untuk memilih jurusan apakah yang ingin dia pilih untuk 2tahun terkebelakang di sekolah menengah. Namun, pemilihan jurusan ini bukanlah semata-mata atas minat, tapi ia perlu disandarkan atas keputusan yang cemerlang dalam PMR. Jika keputusannya bagus dan menepati kriteria, bolehlah seorang pelajar itu memilih jurusan2 yang barangkali menjanjikan masa depan yang lebih menarik. Jurusan sains perakaunan, sains tulen bukanlah suatu jurusan yang mudah untuk dipilih sekiranya keputusan anda 'biasa-biasa sahaja' ; ia terlalu competitive. PMR mendidik kita untuk bersifat tersusun dalam segala urusan untuk menggapai masa depan yang lebih cemerlang kelak

SPM? Semua orang tahu betapa besar impak SPM kepada kita semua. Oleh sebab itu, kerajaan 'tak berani' untuk menghapuskannya, kalau dihapuskan juga, lebih baik hapuskan terus kesemuanya. Tak perlu belajar di sekolah lagi kerana anda takkan diuji apa-apa pun.. huhu T-T

Suka ayat ni "Nak berkongsi, boleh je hantar anak-anak nak merasa GCSE ni. Hantar ke sekolah antarabangsa atau sekolah swasta"
Kalau nak merasa sangat 'keistimewaan' gaya pendidikan mereka, silakan.. ;)

Sepupu pula berkata, kami as teachers lebih suka kiranya pendidikan gaya era SRP dulu diwujudkan kembali. Jika tak pass, tak boleh naik tingkatan seterusnya, barulah budak2 lebih peka dan bersungguh2 dalam belajar..

Wallahua'lam

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum,
satu perkara yg terlepas pandang dlm membincangkan isu ini ialah wujudnya SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH menggantikan UPSR dan PMR.Usul pemansuhan ini dibuat agar sistem pentaksiran(baca:peperiksaan) di bawah kendalian sekolah seperti yang terkandung dalam Rancangan Pendidikan Malaysia(pernah terbaca dlm buku PTK mak saya) berjalan lancar.

Untuk itu,tidak perlu bimbang tiadanya ujian menilai prestasi murid.

Untuk kemasukan ke SBP,MRSM,Kluster dan terbaru SBT,sepatutnya diwujudkan mekanisme ujian tersendiri.

Seperti ukhti Syairah cakap juga,sistem peperiksaan dan pendidikan juga perlu lebih menekankan pembangunan potensi pelajar tanpa memaksakan dasar pendidikan negara yg bagai lalang ditiup angin yang berimpak besar kpd masa depan.

Anonymous said...

Kebayakan guru di sekolah-sekolah Malaysia tidak mampu untuk melestarikan sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan, apatah lagi jika diharapkan guru-guru yang sama untuk menjayakan suatu pendidikan yang holistik. Saya sangat kecewa bahawa majoriti guru-guru kini hanya makan gaji sahaja dan tidak mengutamakan kerjaya mereka untuk mendidik anak bangsa di mana mendidik sangat lain ertinya dengan mengajar jiaka didalami. Sebenarnya, walau apapun sistem pendidikan yang diimplementasikan, minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran amatlah penting. Pelajar-pelajar yang ingin berjaya perlu bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri untuk meningkatkan prestasi mereka. Saya percaya bahawa kebanyakan pelajar di Malaysia belajar semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan jika peperiksaan awam dimansuhkan, tidak akan wujudnya azam untuk belajar demi memajukan diri dalam diri pejajar.

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

Terima kasih atas pandangan masing-masing.

Syairah:
Itu memang kepentingan UPSR dan PMR. Sebagai jalan untuk pelajar untuk penambah baik dalam perjuangan menuntut ilmu sepanjang 11 tahun.

Betul juga, bila kehilangan UPSR dan PMR ni, mungkin impak dekat pelajar-pelajar masa depan nanti.. salah satunya, hilang fokus. Datang sekolah cuma belajar je. Nak lari sikit, mungkin nanti juga diorang dah lari niat untuk belajar ni. Akibatnya... faham-fahamlah sendiri.

Hm... menarik juga sistem SRP ni. Lebih kurang macam nak ambil ijazah juga. Tak lepas kena ulang... takpe, ada masa boleh kongsi?

Fakhruddin:
Waalaikumussalam. Ha, itulah isi perenggan ke-8. Lupa nak elaborate, yang itu memang sistem di England, pentaksiran berasaskan sekolah. Pentaksiran tu disusun oleh kerajaan, dan diuruskan cikgu-cikgu di sekolah saja, tapi pentaksiran tu diambil kira olej jabatan pendidikan.

Setuju dengan pendapat Fakhruddin, pembelajaran tu sepatutnya bukan jadi suatu beban untuk murid-murid. Isu ni, boleh je jadi topik sebenarnya... insya Allah =)

Hamba Allah/anonymous:
Itulah masalah sekarang. Banyak yang jadi cikgu semata-mata nak ada kerja. Tapi sayang dah tak menghayati profesion guru itu sendiri. (Boleh jadi suatu tulisan masa depan nanti, insya Allah)

Sebab tu ada saya catatkan bahawa ada cikgu sanggup buat part-time sebagai cikgu tuisyen. Tapi gaji bukan suatu faktor...

Sememangnya itu salah satu Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya memang pelajar dalam sistem itu, jadi saya memang ada la pengalaman... tak semua mampu belajar secara berdikari, tanpa push (bukan desakan) daripada sesiapapun.

Pendapat anda tu betul, namun pelajar-pelajar itu sendiri kena betulkan niat untuk belajar. Sebenarnya bukan sukar tapi realitinya... jika anda seorang pelajar, anda sendiri pun faham.

(Yang silap minta perbetulkan ye, minta maaf terlebih dulu, ada yang nak dikongsi jangan malu-malu nak berkongsi)

Anonymous said...

nak tanya kalau amik IGCSE.. tak perlu ambil spm la kan.. kalau nak ambil juga boleh ke

Mohd Mahathir Maula Saidin said...

Anonymous:

maaf lambat sangat jawab. katakan ambil IGCSE... memang ada yang tak ambil SPM (di sekolah swasta). kelayakan daripada IGCSE tu bimbang tak mendapat tempat di Malaysia untuk matrikulasi ke. Tetapi boleh cuba untuk asasi di universiti ke. Harap membantu.

Post a Comment

Your Computer