30.9.11

Media dalam peranan menyebarkan maklumat yang betul

Salam. Sedikit mengamuk dengan media massa (berbahasa Melayu) di Malaysia ni mengenai isu penyebaran maklumat mutakhir dan yang sewaktu dengannya. Ana tak dapat nafikan isu utama media massa sekarang ialah politik, politik dan politik sahaja, jadi kebanyakan orang muda yang kononnya sangat membenci politik secara total inilah yang tak ambil kisah sangat, padahal rakyatlah yang sebenarnya mempunyai kuasa atas negara masing-masing. OK cukup, cukup, nanti tiba-tiba tulisan blog kali ini berkisar politik daripada awal hingga akhir. Lagilah orang meluat. Hehehe.

Masalah utamanya ialah dari segi penggunaan penyampaian maklumat yang betul. Kalau pengunjung budiman rasa pernyataan ini tepat bermakna itulah mentaliti anda, hehehe. Luas sangat isu ni. Baiklah, ana nak mengetengahkan isu penggunaan istilah yang tepat.

Ok, ana nak bagi satu contoh. Berkenaan bidang kaji cuaca atau dalam bahasa orang putihnya meteorologi. Sebab sejak sekian lamanya penggunaan istilah yang tidak tepat ini macam tak jadi masalah langsung.


Video ini sendiripun menggambarkan peristiwa ini sebagai puting beliung. Padahal Jabatan Kaji Cuaca Malaysia (JMM) hanya menyatakan kejadian ini sebagai angin kencang akibat ribut petir. [JMM | Arkib] Lihat apa kata media massa. Wartawan dan pengarang berita Utusan Malaysia terus merujuk perkara ini sebagai taufan. Errr, mungkin membantu masyarakat dalam mempelbagaikan kosa kota? [Utusan 14 Ogos 2010]. TheStar sebagai akhbar bahasa Inggeris, walau bagaimanapun, menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris yang lebih tepat dengan kenyataan rasmi JMM [TheStar 14 Ogos 2010]. Manakala media-media lain, ana tak boleh bagi pandangan ana sebab tiada laporan ataupun... kena ambil lebih masa sikit nak buka Buletin Utama dalam Tonton.com.my? (Alasan, hehehe)



29.9.11

Apabila robot menghantar SPAM

Salam. Kali ini sama-sama kita lihat jenaka teknologi. Sebelum itu ana nak cerita sikit. E-mel ni ana dah lama daftar tapi tak terguna sangat pun. Bila nak mendaftar masuk satu laman web ni tiba-tiba ana teringat e-mel ni. Tak tersangka ada satu SPAM. Persoalannya dekat manalah agaknya ana guna e-mel ni...?

Selepas log masuk dan e-mel baru mengenai pendaftaran di suatu laman web komuniti.
 E-mel terkini 16 Disember 2008? Okay...

$800 ribu!!! WOW!
Eh, mana ada e-mel baru pun. Nak kata kena hapus, tapi kenapa e-mel ni tak terhapus???
Jadi ana boleh katakan...

SPAMMING FAIL.

Sekian.




29.7.11

Puting beliung di Jerlun, Mac 2011?

Salam.

Dah berhabuk blog ana. Balik Malaysia ni entahlah, banyak kerja di samping meluangkan masa dengan keluarga tercinta, jadi ana pun bertambah malas nak menulis.

Terus kepada isi. Ana juga minat menjejak puting beliung, di samping minat astronomi, sedikit fizik dan juga siklon tropika (taufan). Hehehe. Ana paling suka bila ada berita puting beliung ni, terutamanya jika ana terdengar terjadinya puting beliung di Malaysia. Yang kerap ana jumpa ialah berita sengkayan atau puting beliung di laut. Jarang-jarang dengar berita puting beliung atas darat kecuali kes di Arau, Perlis pada penghujung bulan Oktober 2010 [sampel video] dan juga di Sanglang, Kedah beberapa bulan sebelum itu [sampel video].

Jadi memandangkan pekembangan teknologi seiring dengan masa, makin banyak bukti yang dapat dirakam dan dimuat naik ke dalam YouTube misalnya supaya dapat dilihat oleh orang ramai. Ana dah buat satu senarai video untuk puting beliung yang dikatakan terbentuk atas daratan dan juga di laut (waterspout atau sengkayan). Dah jadi tabiat ana rupanya. Hehehe.

Sebelum masuk lebih mendalam, mekanisme puting beliung di hampir semua tempat ialah serupa (menurut ahli kaji cuaca). Cumanya di Malaysia, puting beliung yang terbentuk tidak seperti di Amerika Syarikat dan kebanyakan kes di Eropah, kerana sistem cuaca induknya tidak melibatkan awan sel super (supercell). Sebaliknya (dalam ayat ringkasnya) akibat proses pusaran angin di bahagian dasar awan kumulonimbus dan permukaan bumi dalam sistem ribut petir di kawasan iklim macam Malaysia ini. Jadi fenomena ini dikenali sebagai landspout, dan bagi ana merupakan salah satu sunnatullah, cuma jarang-jarang disaksikan ramai.




11.7.11

Monolog dalaman suatu pagi

Hari Isnin, 5.30AM. (Masa anggaran). Lampu bilik dipasang.

"Dalam kelompok masyarakat Muslim Melayu, acap kali ada sahaja yang menanti lampu hijau ustaz mengenai beberapa isu."

"..."

"Baguslah, sekurang-kurangnya masyarakat masih lagi memerlukan pendapat dari segi Islam."

"..."

"Dan juga masyarakat boleh menilai dari segi agama."

"Tapi kan, asyik-asyik tunggu fatwalah, ceramah YouTubelah, blog terkinilah, penyampaian dalam Facebooklah, bukankah sebegitu ada masalahnya?"

"..."

Menggoreng telur.

"Bukannya apa, ada sahaja yang memerlukan pemikiran logik yang waras dan adil. Bukankah itu dah selari dengan Islam? Biarlah yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah itu sebagai panduan asas."

"Tak boleh, nanti terlebih had pula. Silap-silap tersalah arah... Mengundang murka Allah!"

"Sekiranya begitu, ke mana halatuju intelek masyarakat dalam bab-bab sebegini? Memang budayanya begitu. Lambat laun habislah, tak dapat masyarakat itu sendiri tak digalakkan untuk perkembangan pemikiran sendiri."

"..."

"Oh ya, kau nak fikir pun takkan habis, kau tak belajarpun sosiologi dan falsafah. Inikan metafizik. Dan pandangan pemurnian alam yang selari dengan kehendak Islam."

"..."

"Manakan nak dapat jawapan yang memuaskan hati kau."

"Tapi dalam Al-Quran itu sendiri dah tercatat, bahawa Allah swt menciptakan pelbagai jenis manusia. Jadi berlakunya proses gelung maklum balas. Lagipun bukankah fitrah manusia itu pelengkap antara satu sama lain?"

Menyuap nasi.

"..."

"Jadi hampir mustahil sekiranya berkehendak satu kelompok masyarakat yang mampu melakukan sedemikian secara total, bukan?"

"..."

"Tolonglah realistik sikit."

"Why do you have to think for God, dude?"

"..."

Solat subuh.



19.6.11

Sembilan purnama

Alhamdulillah.

Selesai sudah dengan peperiksaan (susah sebenarnya!) dan selesai sudah tahun pertama. (menanti keputusan peperiksaan!)

Entahlah, ana serahkan kepada-Nya. Ana tahu, perancangan-Nya jua yang terbaik untuk ana.

Pada mulanya ana ingin merasai musim panas di sini, apakan daya, sekali lagi jua ana ingin tegaskan perancangan-Nya jualah yang mengatasi segalanya.



6.6.11

Ana seorang jutawan!

Salam.

Ana buka e-mel dan macam biasa... ini adalah salah satu e-mel yang ana terima.

€1,850,000 tu... Mengikut kadar tukaran matawang, bersamaan RM8,150,296.46. [Pada 5 Jun 2011 melalui laman XE]
Tapi sayangnya kenapa masuk folder Spam? Tak mengapa. Sesiapa yang mahukan wang ini boleh sahaja hubungi wakil yang memberi maklumat yang tertera.

Tak perlu susah-susah nak buat MLM, skim piramid dan menaip separuh masa. Rezeki terpijak katanya.

Sekianlah tulisan ana yang penuh sindiran ini.



22.5.11

Bagaimana merakam audio dan bunyi-bunyian (Stereo Mix)

Salam. Ana nak berkongsi bagaimana untuk merakam audio dalam Windows.

Hampir pelbagai jenis program yang boleh digunakan untuk merakam bunyi. Sound Recorder dalam Windows itu sendiri sudah ada tetapi dalam Windows XP, tak silap ana hanya terhad kepada 60 saat. Program terbina dalam (built-in) ini boleh diakses melalui Start > All Programs > Accessories > Sound Recorder. Ana lebih menggemari Audacity, namun begitu program ini tidak dapat mengeksport dalam format MP3 melainkan dengan melakukan sedikit pembetulan yang akan ana kongsi nanti. Insya Allah.

Baik, sebelum terus tekan butang Rakam (Record), berikut ialah langkah-langkah awal yang perlu diambil.

Windows XP

1. Klik-kanan pada butang speaker pada dulang sistem (System Tray). Pilih Adjust Audio Properties.


2. Klik pada tab Audio dan klik pada butang Volume.





8.5.11

Keputusan referendum pengundian parlimen UK

Salam. Tarikh 5 Mei itu telah tiba dan berundur. Sekiranya pembaca budiman tak mengerti tentang perkara yang ana maksudkan ini boleh rujuk tulisan ana yang lepas.

Berjalan menuju pusat mengundi
Untuk memendekkan cerita yang panjang ini, ana lompat terus masuk keputusannya. Daripada laman web The Electoral Commission itu sendiri...

Rakyat telah bersuara... walaupun hanya tak sampai 50 peratus yang keluar mengundi.

Jadi, proses pengiraan undi dilakukan pada hari Jumaat 6 Mei bermula jam 4.00 petang. Tak silap ana, menurut laman web itu juga, undi-undi terakhir dikira pada jam 8.50 malam. Bilangan peratusan disahkan pada hari ini (Sabtu, 7 Mei) kira-kira jam 2.00 petang tadi.




8.4.11

Referendum sistem pengundian parlimen UK

Salam. Kali ini ana nak bincang mengenai, apa lagi, seperti tajuk yang tertera. Ana pergi memeriksa surat yang diterima di pejabat kolej kediaman, dan ana menerima "warkah cinta" seperti tertera dalam gambar di bawah:

Datang manalah agaknya surat misteri ni? Musykil. Ada nama sendiri pula tu.

Referendum sistem pengundian.. bla bla bla.. UK 5 Mei? Ok, baik. Video yang menyusul akan memberi penerangan secara mendalam mengenai referendum ini, yang bakal mengubah cara warga UK mengundi pada masa hadapan ataupun tidak.


Bagaimana? Faham? Alhamdulillah sekiranya faham. SPR boleh menggunakan model saudaranya dari UK ini, supaya mengajak lebih banyak orang untuk mengundi, terutamanya golongan belia. Eh, jangan salah faham dengan ayat ana ini. Sekadar cadangan sahaja ye.

Apa-apapun menarik juga cara mengundi yang terkini ini. Tetapi bergantung juga kepada yang lain yang berbeza cita rasanya. Mungkin ada yang kurang bersetuju? Sila letakkan komen ye, para pembaca budiman sekalian, mungkin ada yang lebih berpengalaman dan lebih tinggi autoriti dari segi ilmiah.

Dan juga ana rasa sangat hairan. Ana belum lagi berumur 21 tahun. Mungkin juga disebabkan had umur mengundi di UK ini ditetapkan pada umur 18 tahun.

Baik. Sambung mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu. Wassalam.



4.4.11

Sebelum bertindak, berhenti dan kaji dahulu

Salam. Ana, lepas penat berziarah, tiba-tiba dapat pautan sebegini pada hari ni. Bukan ana meragui, cuma laman sebegini yang sangat popular (menurut Alexa pada tulisan ini ditulis, laman ke-216 paling popular di Malaysia), sanggup membiarkan penulis yang sebegini menyebarkan cerita yang kurang enak akibatnya.

Ana hanya boleh beri pautan di sini. Ana sarankan supaya pembaca masuk sendiri. Sekiranya tulisan tersebut dipadam, ana telah arkibkan di sini.

Dalam karya blog di laman terbabit, imej ini menyusul. Ana, dengan izin, ingin memautkan gambar tadi:

Ada logo Vegetarian Society di situ, perhatikan.




Your Computer