Baiklah, ana ingin sekadar menyatakan pendapat buat kali ini.
Sememangnya diketahui umum bahawa hanya Nabi Muhammad ﷺ yang layak disandarkan sifat-sifat kemaksuman, atau dalam bahasa Melayu yang difahami, terpelihara daripada perkara-perkara yang mencemarkan kemuliaan seorang rasul. [Rujukan pantas]
Bagaimana pula dengan para sahabat? Ada yang dijanjikan tempat di syurga, subhanAllah! (segala puji hanya kepada Allah!) [Rujukan] Bagaimana pula para ulama' yang hidup mereka hanya semata-mata menitip redha Allah SWT dalam mengembangkan deen dari segi pelbagai aspek misalnya ulum Quran, ulum hadis dan pelbagai jenis ulum (ilmu)? Tentunya ada sahaja yang berpendapat bahawa mereka tidaklah maksum tetapi bagi ana, keperibadian mereka yang unggul mampu mengecilkan sebarang kekurangan yang ada pada mereka.
Namun begitu, janganlah atas sebab kita boleh bersembunyi di sebalik identiti rahsia (bomohkan baru tahu hehehe!), kita meremeh-temehkan segala usaha mereka. Tidak dapat dinafikan lagi sememangnya telah dituntut terhadap golongan yang beriman supaya mematuhi perintah-perintah Allah SWT seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ, seelok-eloknya seperti dalam bentuk yang asal. Merekalah yang meneruskan tradisi penyampaian yang tidak putus-putus daripada Nabi Muhammad ﷺ sendiri.
Sedih apabila ada sahaja yang enggan meneruskan tradisi sebegini. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan sebegini, insyaAllah.