29.7.11

Puting beliung di Jerlun, Mac 2011?

Salam.

Dah berhabuk blog ana. Balik Malaysia ni entahlah, banyak kerja di samping meluangkan masa dengan keluarga tercinta, jadi ana pun bertambah malas nak menulis.

Terus kepada isi. Ana juga minat menjejak puting beliung, di samping minat astronomi, sedikit fizik dan juga siklon tropika (taufan). Hehehe. Ana paling suka bila ada berita puting beliung ni, terutamanya jika ana terdengar terjadinya puting beliung di Malaysia. Yang kerap ana jumpa ialah berita sengkayan atau puting beliung di laut. Jarang-jarang dengar berita puting beliung atas darat kecuali kes di Arau, Perlis pada penghujung bulan Oktober 2010 [sampel video] dan juga di Sanglang, Kedah beberapa bulan sebelum itu [sampel video].

Jadi memandangkan pekembangan teknologi seiring dengan masa, makin banyak bukti yang dapat dirakam dan dimuat naik ke dalam YouTube misalnya supaya dapat dilihat oleh orang ramai. Ana dah buat satu senarai video untuk puting beliung yang dikatakan terbentuk atas daratan dan juga di laut (waterspout atau sengkayan). Dah jadi tabiat ana rupanya. Hehehe.

Sebelum masuk lebih mendalam, mekanisme puting beliung di hampir semua tempat ialah serupa (menurut ahli kaji cuaca). Cumanya di Malaysia, puting beliung yang terbentuk tidak seperti di Amerika Syarikat dan kebanyakan kes di Eropah, kerana sistem cuaca induknya tidak melibatkan awan sel super (supercell). Sebaliknya (dalam ayat ringkasnya) akibat proses pusaran angin di bahagian dasar awan kumulonimbus dan permukaan bumi dalam sistem ribut petir di kawasan iklim macam Malaysia ini. Jadi fenomena ini dikenali sebagai landspout, dan bagi ana merupakan salah satu sunnatullah, cuma jarang-jarang disaksikan ramai.


Pada mulanya secara rawak, ana terjumpa gambar ini dalam Internet dalam carian rawak.

Sebab hanya ada satu bukti, jadi ana kurang bersangka baik, ana tegaskan bahawa mungkin pengambil gambar tersilap memberi maklumat mengenai tarikh.

Ehsan pengguna Yanmie daripada FlixYa.
Sila klik pada caption gambar, dan penerangan secara ringkas dalam halaman itu menyatakan bahawa peristiwa ini terjadi pada 9 Mac 2011 di Jerlun, Kedah.

Carian rawak menemukan ana dengan laporan berita Sinar Harian ini [arkib WebCite] yang menyatakan tragedi puting beliung di Jerlun. Cuma tiada tarikh maka carian Google dibuat untuk mencari tarikh penerbitan laporan. Alhamdulillah nasib baik ada satu blog salin dan tampal, memberi bukti bahawa berita ini diterbitkan pada 11 Mac 2011.

Carian terhenti dan ana abaikan hal ini.

Namun begitu pada hari ini, akibat carian rawak ana terjumpa satu lagi gambar yang boleh menjadi bukti konkrit wujudnya puting beliung yang melanda Jerlun.

Ehsan pengguna RawMotion daripada Flickr.
Masuk sahaja laman deskripsi gambar, maka pemuat naik gambar telah menyatakan bahawa sememangnya puting beliung ini berpusar di atas daratan! Subhanallah! Memang Jerlun itu terletak berhampiran dengan laut tetapi gambar pertama dikuatkan dengan gambar kedua, bagi ana, sememangnya nampak puting beliung ini berpusar atas daratan.

Jadi ana boleh simpulkan bahawa sememangnya terbuktilah bahawa berlakunya puting beliung (jenis landspout) di Jerlun sekitar awal Mac 2011.

Sekian berita cuaca daripada tulisan ana.

P.S. Pemilik gambar, sekiranya hot-linking ini tidak dibenarkan maka sila beritahu ana. Ana tak mahu kena saman. Hehehe.



0 respons:

Post a Comment

Your Computer