1.12.10

68 hari kemudian

Salam.

68 hari aku berada di bumi orang.

Dari kaca tingkap bilik...

Setelah sekian lama mendengar khabar jiran-jiran dari Edinburgh, Cardiff, Nottingham, Sheffield dan Birmingham yang mereka sedang gembira "menikmati" kerpasan salji, kini giliran kami di selatan pula merasa "sedapnya" nikmat turunnya salji.

Semasa tulisan ini disiapkan, salji rintik-rintik (wujud ke istilah ni?) menempias Gower Street, dipuput angin lintang walaupun dipaksa turun ke bumi kerana tarikan graviti.

Ya. Itu yang berlaku pada hari ini.

Isnin baru-baru ini, lepas solat Subuh. Tiba-tiba teringatkan kampung. Bukannya ayam atau itik. Tetapi keluarga di rumah. Tiba-tiba berlinangan air mata...

Ya Allah, kuatkanlah aku. Dalam genggaman aku ini suatu kepercayaan. (terdapat ayat yang tak mampu dilengkapkan)

Cuma, alih-alih ada tugasan belum disiapkan lagi. Kembalilah aku ke petak pertama.



13.11.10

Tatkala hujan...

Dalam minggu ni, hampir tiap-tiap hari hujan. Dek sistem tekanan udara rendah yang diberi nama "Carmen" oleh Institüte für Meteorologie atau dalam bahasa Inggerisnya Institute of Meteorology of the Free University of Berlin. Angin yang bertiup di luar bilik, membuatkan sejuk makin menggigit tulang, dan juga menerbangkan payung dan barang-barang jualan di luar kedai macam di Bayswater. Malam pula makin kian awal menjelang. Jam 6.10 petang sudah masuk waktu solat fardhu Isyak.

Carta tekanan udara permukaan MetOffice. Tanda "L" itu maksudnya tekanan udara rendah.

Ini buktinya fenomena ini dinamakan. Kenapa nak diberi nama? Senang dijejak. Mungkin boleh jadi sejarah, katakan ribut ini bertukar menjadi ganas dengan membadai UK dan memberi impak yang hebat. Manalah tahu kan?

Diramalkan oleh pegawai kaji cuaca di MetOffice, insya Allah cuaca baik diramalkan esok, lusa, dan tulat. Tak apa, kita tengok langit dulu sebelum keluar.




11.11.10

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Salam. Wah, bukan main lama tak kemaskini blog. Alasan popular kali ni:
  1. Merancang
  2. Beli barang
  3. Berulang-alik Kedah – Kuala Lumpur
  4. Hari Aidilfitri (kan kata orang – Ramadhan sebulan, Syawal pun sebulan)
  5. Masa dengan keluarga. Hehehe.
  6. Sibuklah sangat dengan belajar! (Alasan...!)
Pemandangan dari cermin depan bas MARA Liner laluan Alor Setar – Kuala Lumpur di (anggaran) KM 250 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Exit 141 Jelapang
Em, terlebih dahulu aku nak lafazkan kalimah Alhamdulillah, atas segala nikmat-Nya. Untuk keputusan peperiksaan A Level, alhamdulillah, mencukupi kelayakkan yang ditetapkan University College London. Terima kasih kepada guru-guru di Cempaka International School atas segala usaha memastikan pelajar-pelajar (macam aku) mendapatkan yang terbaik dalam sepanjang program A Level Cambridge ni. (*Ayat skema) Dan tak lupa kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan semua yang menghulurkan semangat dan menadah doa. Oh ya, kepada penaja, Jabatan Perkhidmatan Awam!

24 September. Selepas 12 jam dalam kapal terbang, bersama-sama 22 orang rakan seperjuangan. Alhamdulillah aku selamat tiba di bumi yang memang asing bagi aku. Aku suka berjalan-jalan tengok dunia tapi kali ni rasa lain sangat. Mungkin tindakbalas kimia . Sesampainya aku di lapangan terbang Heathrow, selepas siap segala urusan imigresen, ada senior-senior yang menanti di hujung pintu bertanda Nothing to declare. Terkejut? Terkejut...

Warga Gloucester Terrace berlapang dada menjemput di situ dan menumpangkan aku selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, terima kasih ye! Oh ya, keluar dari lapangan terbang dan masuk dalam kereta api bawah tanah, terasa hawa dingin 10 darjah Celcius. Senior-senior kata cuaca hari tu luar biasa, sebab tak sepatutnya sesejuk tu waktu-waktu ni. Hm...

Trafalgar Square. Bangunan di depan tu The National Gallery.
Tengoklah siapa yang mainkan alat gamelan tu!
Aku pun "mengambil kesempatan" berjalan-jalan sikit dalam tempoh yang sekejap tu. Tak la ke mana-mana sangat. Risau dengan kesan jetlag, katanya. Misalnya petang Jumaat tu juga ke Trafalgar Square. Ada Malaysia Night – "pasar malam" – anjuran Tourism Malaysia. Jual makanan je hampir semua gerai ni. Ada la juga gerai untuk Malaysia Airlines, Tourism Malaysia sendiri, dan mungkin kegunaan urus setia. Eh, roti canai sekeping £4, nasi berlauk daging £5! Biasalah, bukan standard UK, tapi standard gerai pameran. Eleh, gerai hari kantin pun macam tu juga, kan? Hehe.





12.8.10

Bunga api malam Ramadhan

Suatu meteor Perseid. Ehsan sumber.
Salam. Bagaimana ibadah puasa? Kepada yang dapat berpuasa penuh pada hari-hari pertama Ramadhan itu, alhamdulillah. Mudah-mudahan dapat berpuasa sampai hari ke-30 Ramadhan. Insya Allah.

Kenapa pula bunga api dalam tulisan kali ni? Bukan bunga api fizikal ye. Nak macam tu pergi beli sendiri di... pasaran gelap. Memperkenalkan sunnatullah yang lazimnya berlaku pada bulan Julai sehingga Ogos, hujan meteor Perseid (Perseids meteor shower). Oh ya, meteor itu lazimnya dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai tahi bintang. Dari segi istilah astronomi, meteor itu serpihan objek angkasa misalnya komet dan asteroid, yang memasuki atmosfera bumi pada kelajuan di antara 60000 km/j dan 240000 km/j. Subhanallah.

Masuk sedikit belakang tabir fenomena hujan meteor Perseid. Komet 109P/Swift-Tuttle yang beredar dengan bebasnya (tipu je), meninggalkan sisa-sisa berupa material komet itu sendiri. Analogi yang hampir mengena, misalnya lori sampah yang bergerak di atas jalan. Ada sisa-sisa sampah yang mungkin terjatuh. (Kalau tak ada tu, bersyukurlah sebab kita ada pengurusan sisa pepejal yang sangat mantap.) Kita yang bergerak di atas jalan tadi mungkin berselisih dengan sisa-sisa sampah tadi. Begitulah kesnya dengan planet Bumi. Planet kita juga melintasi jaluran sisa material komet tadi, dan sisa-sisa material itu tertarik masuk ke dalam Bumi sebagai meteor. Jangan risau, sememangnya material-material tu sempat "terbakar" di atmosfera Bumi dan menghasilkan hujan meteor. Insya Allah tiada sisa-sisa tadi dapat menghempap kepala anda.




11.8.10

Selamat datang ya Ramadhan

Salam. Kali ni memang lama tak menulis sebab asyik menyunting rencana di Wikipedia. Asyik sangat, sebab seronok sampai terabai pula blog ni. Insya Allah kali ni nak menulis mengenai bulan Ramadhan (Clichélah pula!). Tulisan kali ni menggambarkan bingkisan-bingkisan sang penulis terhadap dirinya sendiri. Mudah-mudahan para pembaca boleh dapat manfaat juga, insya Allah.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2: Ayat 183)






14.7.10

Pemansuhan UPSR dan PMR

Izinkan suara kecil aku memberi pendapat dalam isu ni. OK, mungkin isu ni dah lapuk sikit, sebab dah berminggu-minggu terhangat di pasaran. Mungkin dah tumbuh cendawan dan boleh dibuat kacau goreng dek laungan penyokong Andrés Iniesta Luján yang meletakkan bintang di atas jersi baru Sepanyol nanti.

Oh, terlebih dahulu, tulisan kali ni mungkin penuh dengan pendapat aku. Tapi macam biasalah, fakta yang ada akanku letakkan sumber... Dan pandangan aku ni juga bersumberkan pengalaman sikit-sikit.

Aku pun tak pasti bila isu ni timbul. Terima kasih pak cik Google, lebih kurang 20 Jun. Lumrah alam, ada pihak yang bersetuju, dan ada pihak yang tak bersetuju. Menurut artikel MalaysiaKini ini, sebab musabab keputusan ini ialah "aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya."

Hm. Ada juga betulnya, kan? Lagipun apa kegunaannya keputusan UPSR dan PMR ni, selain memantau prestasi akademik bagi sekolah rendah dan pendidikan menengah rendah, dan tiket memasuki institusi pengajian yang elit?

Sebenarnya pemansuhan peperiksaan awam ni bukan suatu isu terhangat di pasaran. Tak silap aku, masih ingat lagi Penilaian Tahap Satu? Itu juga dimansuhkan lebih kurang dalam tahun 2001. Aku malas nak Google dalam-dalam, dalam artikel Wikipedia bahasa Inggeris (Education in Malaysia) menyebut punca PTS dimansuhkan ialah atas sebab "tekanan daripada waris dan guru-guru terhadap pelajar demi mendapatkan keputusan cemerlang". Oh, untuk makluman pembaca, pelajar yang cemerlang dalam PTS layak diletakkan dalam darjah lima (melangkau darjah empat). Pendek cerita, "lompat kelas", istilah yang sangat popular dulu-dulu. Oh, aku pun dalam zaman itu juga. Alhamdulillah, aku pernah mendapat tawaran sebegitu, tapi kesabaran meneruskan darjah empat membuahkan hasil yang jauh lebih baik – semasa tingkatan satu program PPSMI dimulakan.



6.7.10

Datangkanlah kepadaku ilham...

Salam. Lama juga tak menulis. Banyak hal sebenarnya (alasan ke?... hehehe...). Antaranya...

1 - 9 Jun: Menghabiskan peperiksaan A Level
10 Jun: Jalan-jalan Kuala Lumpur I
11 Jun: Ke Kajang, menziarahi akhi Dzar-Abdullah
12 Jun: Parti perpisahan
13 Jun: Persiapan untuk kem Biro Tatanegara (BTN)
14 - 18 Jun: Kem BTN
19 Jun: Mengosongkan hostel
20 Jun: Berjalan-jalan di Sunway (Toy Story 3 sangat seronok!)
21 Jun: Mengemaskan barang
22 Jun: Jalan-jalan Kuala Lumpur II
23 Jun: Siar-siar Putrajaya
24 - 25 Jun: Cuti-cuti Melaka
26 Jun: Balik ke Kedah
27 Jun: "Menyesuaikan diri" dengan rumah

"Padat" kan? Ha... faham-fahamlah...

Oh ya, 1 Julai barulah aku melanggan Celcom Broadband. Pakej Student, hehehe. Alhamdulillah, ok je, cuma ada masalah dengan modem. Hm... pelik... pelik. Dah berhari-hari troubleshoot masalah ni, tapi tak tahu puncanya... Hm...

Aku tak tahu la nak tulis apa sebenarnya walaupun banyak isu semasa. Contohnya, pemansuhan UPSR dan SPM, kes buang anak, Piala Dunia, dan macam-macam isu lagi sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa melalui media massa. Mungkin jiwa aku nak memberontak kot, sampai-sampai je di rumah. Nak qada tidur, nak senang-lenang, nak tengok TV... dan macam-macam lagilah rasanya.

Dan alhamdulillah, nak menghela nafas lega, detik 9 Jun 2010 aku menamatkan pengajian A Level Cambridge di Cempaka International School. Tapi, awal lagi nak "bergembira", sebab keputusan peperiksaan hanya boleh diketahui selepas 12 Ogos. Doa-doakan ye, jangan lupa! Insya Allah, doa seseorang kepada seseorang sangat diperkenankan Allah S.W.T.

OK, OK, sebenarnya ada tulisan dalam proses. Insya Allah, akan datang, dengan syarat ada idea dan dorongan yang secukupnya. Hehehe.

P.S. Alhamdulillah belajar guna Pen Tool dalam Photoshop nak edit gambar kat atas. Tahniah kepada Najmi yang lulus International Baccalaureate.



1.6.10

Kisah untuk dikongsi

Salam. Hari ni aku nak "bercerita" pula. Terima kasih kepada saudara Naufal (jangan kembang ye!) kerana berkongsi ilmunya.

Alkisah...

Ada seorang syeikh di negara Mesir ni, salah seorang daripada hamba Allah, pada satu hari telah menaiki teksi dengan anaknya. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki ni naik tumpang sekali. Semasa dalam perjalanan, lelaki itu (macam lelaki lain juga) mengeluarkan rokok dan pemetik api. Mestilah lepas itu dia menghisap rokok tanpa segan silu. (Tambah saudara Naufal, antara segala ragam orang Arab.)

Syeikh tadi nak menegur, tetapi beliau mempunyai metode yang luar biasa dalam dakwahnya.. boleh sahaja syeikh ni nak keluarkan dalil-dalil untuk hukum lelaki itu. Nak tahu tak bagaimana syeikh ni tegur?

Beliau mula berbicara dengan lelaki tadi, "jam pukul berapa?" Kemudian syeikh tadi menyatakan ada satu masalah untuk dikongsikan dgn lelaki itu. Lelaki itupun berkata, "saya OK je!". Syeikh pun mula bercerita tentang anak di sebelahnya itu suka sangat akan gula-gula. Macam-macam jenis nasihat dah keluar dari mulutnya, anak syeikh ni masih "khayal" dengan gula-gula. Syeikh ingin meminta jasa baik lelaki ni kalau-kalau nasihat lelaki membuat hati anaknya terbuka untuk berhenti high dengan gula-gula.

Lelaki ni pun mula memberikan nasihat, misalnya, "gula-gula ni tak elok untuk kesihatan", "nanti gigi jadi jongang la...", "malam-malam semut masuk dalam mulut", dan nasihat-nasihat lain.

Selepas lelaki tadi macam dah puas berhempas-pulas memberi sebab-musabab, syeikh berterima kasih atas nasihat yg mantap. Tapi tak habis lagi kisah ni, apabila syeikh nak tanya pendapat daripada lelaki tadi tentang benda lain pula. (Saudara Naufal mencelah lagi, bahawa orang Arab memang pantang ditanya. Mesti terjawab.) Syeikh mula bertanya, "macam mana pula nak beri nasihat kepada orang yang hisap rokok ye?"

Tamat sudah alkisah. Apa reaksi anda sekiranya ada menjadi watak lelaki tadi?

Bagi aku, itu adalah salah satu cara untuk berhikmah dalam setiap tindakan kita. Apakah yang dimaksudkan dengan hikmah? Menurut Kamus Dewan (maksud literal, dari segi bahasa), hikmah membawa erti kecerdikan. [Rujukan] Maksud dari segi istilah (terminologi), metode dakwah untuk mendekati sesuatu golongan tertentu [Rujukan]. Jadi, pendekatan yang berbeza perlu diterap bagi golongan yang berbeza. Wah, aku cuma menyebut sumber, macam biasa. Sampai sini sahaja tulisan buat kali ini.

PS: Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia bagi tahun 2010 yang jatuh pada 31 Mei setiap tahun.



28.5.10

Usaha dulu baru tawakal

Salam. Hari ni (Jumaat, 28 Mei 2010), aku dah jawab kertas Matematik (Matematik Tulen) 9709/33 dan Fizik (Soalan Struktur A2) 9702/42. Kertas matematik tu waktu pagi, kertas fiziknya tengah hari. Er, biasalah, peperiksaan mana yang senang kan? Kepada yang tengah mencari kertas soalan tahun-tahun lepas sila berpatah balik, sebab blog ni bukannya bank soalannya, harap maaf (nada telefonis).

Habis-habis saja, rasa tak puas hati tu adalah juga. Sebab ada soalan yang gagal dipuaskan kehendaknya, Hehehe. Apa yang boleh dibuat? Yang sudah lepas, lepaslah. Tak perlu nak menyesal. Tawakal. Sebut pasal tawakal ni, aku nak sentuh sikit untuk tulisan kali ni.

Tawakal (توكُل) ni maksudnya "berserah diri kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh". [rujukan] Ha... itulah definisi "buku teks". Sememangnya tawakal itu sinonim dalam hidup kita terutamanya dalam hampir semua situasi. Perlu ke nak bagi contoh? Tak perlu rasanya... hehehe. Tahu sendiri tahu kan...? Tambahan (sila rujuk pautan tadi), sedangkan dalam dakwah Rasulullah s.a.w. pun, baginda bertawakal. Inikan pula urusan duniawi yang prioritinya tak terbanding dengan usaha baginda.




19.5.10

Panas... panas...

Salam. Baru saja habis menjawab kertas peperiksaan Matematik A Level, komponen Mekanik. Alhamdulillah, dah cuba menjawab yang terbaik, dan lepas ni hanya bertawakkal kepada Allah sajalah.


Ini dia kertas Cambridge A Level... Matematik komponen Mekanik (kertas 43)

Kali ni nak berkongsi mengenai kenaikan suhu global. Dalam ceramah Ustaz Hasrizal yang  aku hadiri dalam tiga minggu lepas, beliau ada menyatakan bahawa pemanasan global itu ada kaitan dengan kedahsyatan dosa segelintir manusia yang bergelumang dengan maksiat dasawarsa... eh, wallahualam. Macam itulah ujar beliau.
Sila baca tulisan beliau di sini - tulisan lama.

Hari ni lepas balik dari sekolah, baca blog-blog cuaca Weather Underground. Satu blog milik pengguna dengan nama samaran Weather456, telah mengetengahkan isu bulan April yang lepas merupakan bulan April yang "paling panas" dalam rekod cuaca. Lepas baca tulisan blog, aku sambung baca komen-komen pembaca yang menyusul. Selalunya begini juga bila aku baca blog Dr. Jeffrey "Jeff" Masters - salah seorang pengasas laman web Weather Underground.




Your Computer